Wednesday, April 20, 2011

Kita harus membuat pemeriksaan kesihatan



Assalamualaikum,
Apa khabar semua?.. sihat?.. sepanjang hidup anda adakah pernah buat pemeriksaan kesihatan?.. cek paras kolestrol ker setidak2nya??.

Mama sebenarnya baru balik dari Klinik sebab tu post pun bert title spt kat atas.. hehe... dah lepas sebulan hari tu cek paras kolestrol... mmg very bad.. so hari ni nak cek sekali lagi tgk ada perubahan ok ke tak.  so 3 hari lagi result kluar dan aka call nanti, 

 sesiapa yg tak pernah cek kolestrol mama syorkan buat le sekali.. tau2 jer lah pemakanan kita kat Malaysia ni terdedah dengan ancaman tahap lemak2 dan kalori yg tinggi.. baik jaga awal2 sebelum terlambat.. bila dah sakit kritikal baru sibuk nak berubat mungkin byk lagi problem lain yg timbul dari segi kewangan perubatan..

utk turunkan paras kolestrol tinggi Dr berikan Lipitor.. dan merah tu utk tambah darah 
sebab kata Dr muka mama pucat.

alang2 tu tunjuk le laboratory report bulan lepas pada Doktor tadi, yang cek first dulu  Doktor lain.. tak  banyak bagi penerangan.. yg ni serba detail le jawabnya.."woww mmg u mengejutkan I... tinggi kolestrol ni.. waaww.. bila tgk urine acid  tinggi ni dah tau u suka makan apa... ok I cadangkan u jangan makan kicap, sos tiram,cili boh kedai" (tp xpenah pun beli.. sebab giling sendiri kat rumah..haha), "serbuk perasa apa2 perasa kiub ayam ke, serbuk bilis ker.. buat sendiri jer kat rumah dan budu, ikan kering".. alamak feveret kami sekeluarga ni.. aduhh..."ayam kat pasaraya tu sebenarnya ayam suntik.. nak bagi cepat besar.. organ2 ayam jangan makan, nak makan sangat beli organ ayam kampung.. selamat".  weeiii lokk.. byk ni pantang larang... "santan dalam kotak.. sebab santan tu kita tak tau apa yg diorg masukkan.. bahan pengawet utk bagi tahan lama dan bagi saya itu santan basi yg boleh memudartkan kesihatan, lagi elok kalau guna santan perah sendiri".  mak oiii sepanjang hampir 6 thn aku di Jepun.. santan kotak ni le kegunaan kami pelajar2 Malaysia semua di sana.. alamak... balik Malaysia pun masih dok guna lagi santan kotak.. memang stok dapur selalu ada berkotak2 kat rumah.  camne nak beli kawasan rumah ni payah nak dapat kelapa utk di parut sendiri atau kedai yag boleh tolog perahkan.. "jangan makan marjerin dalam plastik.. cuba u biarkan lama2 kat luar.. tak berkulat kan?..sebab semua tu plastik.. pengawet", kalau yg betul2 atau yg mahal2 tu bila dibiarkan lama di luar dia akan berkulat" wa nasib baik tak pernah beli. Tapiii.. ehmm syouganai ne.. kata org Jepun.. maksudnya lebih kurang apa ya?.. ala maksud krg2nya dah termakan dah nak buat camne... bila dah tau  ni kena jaga2 le... itu jer.

Pelbagai langkah yang cuba di selesaikan tapi?.. lu fikir sendiri la beb.. kata2 Nabil..
Seperti nak salahkan ibubapa jer bunyinya?.. camne lah nak kontrol... mak ayah dah beri duit cukup2 utk beli nasi  dan minuman tapi dorang tak beli nasi tp dok beli makanan ringan/makanan yag tak menyihatkan jugak.. budak2 kan .. tau2 jer la. kalau kat rumah boleh le kontrol.. kalau di luar???.. ehmm..  bawak bekal jalan terbaik!

Anak2 mama bersekolah di Jepun dahulu lagi best.. sekolah rendah sana takde kantin.. tak pernah bawak duit ke sekolah, yuran makan di bayar bulan2.  makanan akan di hidangkan dalam class.. iaitu nasi,ikan, sayur, sekeping buah, sekotak fresh milk atau kdg2 berselang hari sandwich..  takde makanan bergoreng, takde makanan ringan atau tinggi lemak seperti daging burger, nuget, mee goreng yg sememangnya tinggi asic boridnya kalau tak cuci bersih2 buang colournya kuning benderang. Sana cikgu class masing2 akan makan semeja dengan pelajar classnya.  lepas diorg makan masing2 bekerjasama membersihkan class ambil masa dalam 15 minit, kotak susu tadi dibersihkan semula utk di recycle. daripada situ dah melatih kanak2 berdikari, berdisiplin dan tertib, kiranya termasuk dalam pendidikan  jugak tu time2 makan.. sebab kalau setakat mengajar tanpa  dorang dok amalkan kat sekolah tak menjadi jugak kdg2 tu kan.. bila dah terbiasa dan kat rumah pun dah terbiasa lama2 dorang akan membesar dengan berkualiti le.  Sebab tu org Jepun berdsiplin.. bukan dari rumah jer tapi juga di sekolah tadika lagi walaupun umur budak baru setahun dah di didik macam tu.   bestkan kalau Malaysia pun buat macam tu... tapi mungkin byk masalah.. mesti byk bertentangan pendapat masing2 dan org2 kita pun dah terbiasa dengan cara kita.. alaa.. takpe le.....  nanti pandai  dgn sendiri la tu.  betul tak.. alaa lu pikir sendiri la beb.. kata2 dari Nabil mama ambil.. hehe

ok le panjang pula, tak best kalau entry panjang meleret2 nanti anda jemu.  ok jumpa lagi esok dengan post apa ya?.. hehe.. tgk situasi hari2 apa yg berlaku itu le yg akan mama bercerita. salam sayang semua

6 comments:

Has said...

salam mama..thanks sebab banyak bagi info...soal pemakanan tak boleh ambil mudah..anyway, anak mama mesti pandai cakap jepun jugak kan sebab sekolah kat sana..bestnya satu family boleh cakap bahasa asing..jeles..=)

Kak Eiza said...

waalaikumsusalam.. tq Has sudi singgah sini.. betul kata Has tu, bila pikir bab makan mmg merunsingkan tp selera mmg tak boleh nak sekat2 sebab dah terbiasa kan. mula2 insaf le kejap kot.. hehe.. Kami sefamily blh le b.jepun, blk Mesia BM lingkup terus.. 2 tahun lbh gak ambik masa .. tp ok dah sekarang.. tp lenin anak2 dah lupa dah nak cakap jepun tapi masih lagi boleh faham.. lumrah budak cepat ingat dan cepat lupa

zippo miller said...

tu la masalhnye...kalo xade masakan bergoreng2 ni makan pun rase x kenyang hermm

Kak Eiza said...

betul22 ... kena belajar slow2 le..

Jiha said...

Assalam mama..nk tny ler...buat kat klinik swasta ke sume check up tuh?baper kos kesluruhan ye? Diorg buat total check up or yg kita nak jer?

Tq

Kak Eiza said...

waalaikumussalam
mama tak pasti le kosnya berapa sebab mama klinik swasta..panel. First masa mama cek keseluruhan utk cek ada apa2 penyakit ke tak iaitu urine, darah, ultrasound rm1400 di KMC, tapi kalau cek kolestrol sahaja rasanya dalam rm70 kot.. tapi kalau hospital besar kerajaan kos murah ... cuba tanya kaunter klinik kalau nak confrm lagi.. sbb takut lain2 klinik lain kos..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq