Wednesday, April 27, 2011

Mata Anakku bengkak & merah - alergi kueh mueh kedai




 Gambar dr Mr. google..
Assalamualaikum

Hari ni seperti biasa mama akan bertanya camne Basma kat sekolah hari ni (prasekolah),makan ke tidak..sebab Basma ni mmg cerewet sikit makannya, kalau nak dibandingkan dengan adiknya Batriysa.  Masakan kat rumah hanya disukainya iaitu spagheti, sup ayam, donut & pancake.  Roti pula walau mama hias camne comel pun dan berdekorasi pelbagai rupa mmg tetap tak makan juga,.. last2 roti kosong jer nak dikunyahnya.  Begitu juga di sekolah... tiap kali waktu rehat hanya nak makan ketupat dan karipap makcik sebelah sekolah. Aduhh... pening, taknak beli kan nanti berlapar plak..sebab dia akan ngajuk langsung taknak makan.  tadi  cikgu Basma bagitau, katanya setiap kali Basma makan ketupat/donut/karipap mesti selepas tu akan genyeh mata dan bengkak merah2....
laa tak tau pulak mama selama ni... sampai dah pening kepala ni dok fikir selama ni kenapa mata Basma setiap kali balik sekolah mesti merah2 bengkak, dok rumah okay pulak.  nasib baik cikgu bgtau awal2..skrg mama dah tau le kenapa puncanya jadi macam tu...  rupanya mungkin alergi/alahan bahan yang digunakan utk membuat kueh tersebut seperti penggunaan minyak dalam bungkusan plastitik, minyak tu di gunakan berulang kali atau marjerin yang dah tak elok.    Kalau kat rumah tak pernah plak berlaku macam tu... ye laa kat rumah memang tak guna langsung bahan2 yg  bungkusan plastik seperti minyak atau marjerin. semuanya berbotol.  Tapi kalau nak difikirkan dahulu zaman mama kecik2 dulu (makayah bukannya dari org yang hidup senang.. jual karipap juga) penggunaan bahan2 seperti margerin dan minyak memang dalam plastik jugak, 2 kali guna terus di tukar ganti minyak baru. tapi takde pun kami berpenyakit ...  so ehmm... kalau nak di fikirkan di mana silapnya.. dahulu dan sekarang?... ???....   mama rasa le sekarang ni kerana banyak persaingan sengit bisnes2 ni dorang main dah tak ikut kualiti dah kot.. semuanya nak kaut keutungan.  yang jadi mangsanya peniaga kecil kecilan dan juga pengguna2.    Wallahualam.. takde kesahihan bukti2 yang kukuh.  Ini hanya pendapat mama jer.. takde melibatkan dari sumber2 yang lain.  Minta maaf bagi sesiapa yang terasa.

 Basma berbaju pink

Oh ya.. meleret plak, hehehe.. sorry mama ni kdg2 hampir nak  terkeluar dari tajuk yg nak dibincangkan pula.  ok pasal  Basma tadi pula..balik2 sekolah tadi terus pujukkk.... mulai sekarang mama akan cuba tidak belikan lagi kueh mueh  kedai, khas untuk Basma seorang jer kot.. hehe.. nak  beli pun kena perhatikan betul2 le, dah tau sorang anak mama ni sensitif.. kena hati2 le.  Mana boleh nak cakap tak beli langsung kan... dok Malaysia ni kaya dengan pelbagai jenis kueh mueh tambah lagi masuk bulan Ramadhan nanti..  cuma kita sendiri le pandai2 le memilih.   Pasal Basma tadi sebenarnya kena fikir camne caranya lagi supaya makan di tadikanya spt kawan-kawanya yang lain... kerana makanan yang disediakan pun bukannya tak ok.. menunya berkhasiat cuma krn cerewet tu masalahnya.  nak kata tak cuba buat bekalnya?.. dah bermacam2 bekal yg di sediakan mama tapi tak makan juga... so kalau donut jer yg Basma suka.. terpaksa le donut yg akan selalu mama buat hingga jemu dibuatnya.. mana tau nanti order menu lain plak.. heheh.. usaha dan lihat hasilnya walaupun memakan masa yang panjang utk memujuk hati si gadis kecil ku ini... InsyaAllah.

p/s :  Malam ni kena buat  donut le banyak2 satu kilo ker utk stok  seminggu simpan dalam freezer.  ok beres bab masalah sakit mata lagi.


Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri

3 comments:

zippo miller said...

la camtu pulak? Sensetif maksudnye....dan Hikmahnye ape? hahaha anak2 mama dapat makan kueh hasil tangan mama sendiri heheheh lagi Sedap huhu

estee_8980 said...

kalo camtu mama kena merajinkan diri masak donut...hehehe..kesian basma...

Kak Eiza said...

hikmahnya Mr zippo & Pn Estee.. hehe... seelok2nya macam tu le... lebih elok makan dari hasil tangan ibu sendiri, lagi berkalsiat dan selamat, tapi kdg2 tu krn tak sempat masa nak uruskan 4 org serentak nak kesekolah.. masa terhad... masa dok terhabis dengan dok kejutkan tido jer :( kedai jugak jawabnya .uhuk222..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq