Saturday, April 2, 2011

Melahirkan bayi yang comel dengan hanya hamil 2 bulan

Assalamualaikum  dan selamat tengahari.
Sekadar gambar hiasan dr Mr. Google, gambar anak buah
dalam camera... tak masuk lam laptop lagi.

Mama lupa nak menyebarkan berita baik tentang mama telah menerima kehadiran anak buah baru yang cooomel sekali. dengan hanya mengandung 2 bulan sahaja.  Kelakar dan seperti tak percaya.  2 bulan yang lalu masa mama balik kampung adik ipar bagitau yang dia  sdg hamil.. haaaa???.. kitaorang yang sambil dok lepak kat rumah mak ni semua ternganga... haaa?.. biar betoiii ni!.. si kakaknya baru
setahun, tapi dah ngandung 5 bulan,.. rupanya dia tak sedar selama ni dia hamil dan takde tanda2 langsung yg dia hamil cuma rasa tak larat sangat tu yg pergi jumpa Dr.   Kemudian 3 hari yang lepas terima sms dr adik bagitau dah selamat bersalin anak pompuan berat 2.1 kg.. Haaa???.. biar betoiiii... baru balik kpg hari tu dapat tau hamil 5 bulan... ni tak sempat nak balik kampung kali ke dua.. dengar2 dah bersalin???... rupanya lahir tak cukup bulan tapi sihat walafiat dan comel lak tu, dengar kata sakit pun sekejap jer dalam 20 minit jer, sekali teran terus dah keluar.. Alhamdulillah.. kuasa Allah semuanya siapa sangka. kalau le mama bersalin mudah seperti tu 10 orang anak pun mama sanggup lagi.. Tapi dah mama dan adik beradik ni semuanya  ikut mak, tempoh sakit adalah terlalu lama dan memeritkan, selolah-olah separuh nyawa seperti di tarik-tarik.. sakit teramat sangat.. lepas bersalin tu dah cakap lepas ni dah tak mau dah.. tapi bila tengok bayi yang comel tak kira le anak buah ke anak siapa ker.. dah terfikir ehh nak bayi lagi le.. heheh...



 
Tu la... kalau nak cakap siapa yang tak sukakan budak, siapa yang tak geram tengok bayi-bayi yang comel, ni kan, sakit walau macammane pun seorang ibu takkan mudah serik atau mengalah... tetap akan berusaha menambah lagi bilangan anak.  Tapi kenapa ibu-ibu di luar sana sanggup membuang anak???.. sedih sangat, tolong lee.. kalau taknak sekali pun serah le kepada sesiapa pun.. diorg sanggup jaga bayi tu atau sekurang-nya selamat.. daripada di buang tempat-tempat yang tak sepatutnya.... :(

di bawah adalah gambar-gambar di pinjam dr Mr. Google... memang memilukan... Orang yang membuang bayi ni sepatutnya di hukum rejam hingga mati.  ini  dah dikira membunuh!.  Ya Allah.. apa nak jadi dengan dunia sekarang... dah takde nilai-nilai murni dan perasaan kasih sayang.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq