Sunday, April 10, 2011

Mengaibkan orang. seronok ke?


Assalamualaikum..

Mama sebenarnya tak tau nak tulis apa, cuma rasa cam frust  jer kalau baca apa-apa news tak habis-habis banyak isu politik yang cuba mengaibkan sesama manusia.  Mama bukanlah nak menyebelahi sesiapa atau  mana-mana parti politik, kerana dunia hari ini kelihatan dah semakin berkecamuk dengan kata-kata yang kesat, memalukan dan mengaibkan.  
Kita sebagai orang Islam harus jaga tatasusila sifat2 sebagai orang Islam.  apa2 semua tu biar le hakim atau orang yang sepatutnya yang selesikan atau kalau terlepas di dunia ni pun  Hakim akhirat yang menentukan dan membalasnya... kita pula tak perlu le nak menambah-nambah atau mensensasikan cerita atau berfikiran itu dan ini, hasilnya sajer2 kita dapat saham free di akhirat esok2. ini kerana dosa mengumpat itu seperti kita memakan daging saudara kita sendiri.. seelok-eloknya mendiamkan diri lebih bagus dari membuka mulut... tapi biasanya orang-orang suka bersembang berita sensasi ni sajer2 untuk memeriahkan persembangan atau melepaskan geram.  ye laa itu hak masing-masing. mulut masing-masing,  cuma biar le berpada-pada.  Jangan le pula kita pula yang cuba jadi hakim dalam menentukan nasib seseorang...siapa lah kita ye???

Ini petikan yg mama dapat dari halaman kawan-kawan blogger kita sambil ber bw pagi tadi selepas membaca news.

Apa maknanya ‘Aib’? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian,keburukan orang. Kita tidak boleh mendedahkan orang yang tidak sembahyang kerana itu dipanggil ‘Aib Agama’.
Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti “Eh, itu anak haram”
“Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni” Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.
Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.
Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:
  • Cerita keburukan orang
  • Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
  • Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
  • Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya
Contoh lagi..
Jika jiran kita ada sekumpulan anak gadis tinggal serumah dan kemudian ada salah seorang membawa pulang boyfriend dia dan duduk berdua-duaan di dalam rumah tersebut, kita boleh melaporkan ke Jabatan Agama. Tapi kena selidik, takut suami isteri. Ini salah satu langkah utk menjaga aib org supaya kita tidak terburu-buru.
Bagaimana mendedahkan aib sendiri?
Contohnya: “ Aku telah minum arak begitu banyak sebelum ini”. Atau “ Aku tidak sembahyang selama 40 tahun”
Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti contoh di atas, seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian.
Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.
Hadis Rasulullah SAW:


“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
Ada yang bertanya, apa hukumnya jika mengintai orang. Sememangnya haram. Kerana kita telah mengaibkan orang dengan cara mengintai.

Satu lagi untuk saya sampaikan. Jika kita baru berkahwin, ataupun telah berkahwin, ataupun bercerai, jangan sesekali mendedahkan perlakuan kita bersama pasangan kita. Maknanya, jangan menceritakan hubungan intim kita bersama pasangan kepada orang lain. Hukumnya adalah haram.
Jadi, sama-samalah kita semua berazam untuk tidak cuba mengaibkan orang. Tidak ada untungnya.
Ikhlas dari,
Nozi




“ Asalamualaikum.
Islam agama mulia. Allah tidak suka orang-orang Islam membuka aib orang lain. Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya, "Barang siapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat". Allah juga menjelaskan supaya orang Islam menjauhi daripada pra-sangka buruk dan mengaibkan orang lain. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari pra-sangka, sesungguhnya pra-sangka itu adalah dosa...(Surah Al-Hujurat, ayat 12). Oleh itu mengaibkan orang lain adalah haram dan berdosa
.”
Bagi aku, seseorang yang telah mati hatinya terhadap hukum Allah pastinya tidak takut dengan firman Allah dan sabda Rasulullah ini.. malah, mereka akan terus tersenyum dengan perbuatan mazmumah mereka itu….
Maksud Mazmumah : Membuat kejahatan untuk mendapatkan keuntungan
Contoh situasi : “Mengaibkan orang lain untuk menunjukkan dia seorang yg baik dan menutup mata orang sekeliling terhadap keburukannya sendiri”
sikap suka mengaipkan orang lain adalah sikap mazmumah yang menjadi punca hati tidak bahagia.
Hasad dengki - amalanya ‘hangus’ akibat hasad dengkinya itu kerana ia beranggapan memiliki sifat ketuhanan.
****************************
Semoga apa yang dikongsikan ini menjadi satu panduan hidup kepada kita semua. Orang yang berusaha untuk menjadi yg terbaik adalah lebih baik dari orang yang beranggapan dirinya “aku tetap aku”
“Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka berusaha utk mengubahnya sendiri”
-Wallahu’alam-



6 comments:

Nancy Poh said...

Aib mengaib memang selalu menjadi budaya politik..memalukan saja.

Kak Eiza said...

betul.. lama2 dah jadi sebati dengan diri mrk kalau dah selalu terbiasa mcm tu

hafiz hafizol said...

xbaek taw membuka keaiban org.. xsuke x suke.. Miahahaha

ayie said...

besar malunyee bila buka aib org lain

Kak Eiza said...

kalau yang tak betul dok mengaibkan org lagi kesian org tu.. sedey nya..

aya nee said...

Hati mnusia mmg busuk.same2la beringat agar jge aib msing2.jgn mudah prcaya kt org luar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq