Tuesday, April 12, 2011

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.

NONEMenurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

NONEBernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/161232

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak paling simple

by Kuantan Sweet Cupcakes on Wednesday, September 1, 2010 at 10:28am
Bahan-bahan

2 ekor ikan patin (dibasuh dengan air beras utk hilangkan hanyir ikan)

*2 ulas bawang putih
*2 ulas bawang besar (kuning/merah-ikut suka)
*1 inci halia
*1 inci kunyit (blh juga gantikan 1 sudu kecil kunyit serbuk)
*2 hiris lengkuas
*2 sudu besar cili giling (boleh tambah jika suka pedas)
*4 biji cili api
*2 batang serai
*2 keping asam keping
5 sudu besar tempoyak/ikut kesesuai

Cara2nya

Kisar semua bahan bertanda *. Masukkan dan periuk dan rebus.
Bila dah mendidih, masukkan tempoyak, garam dan gula secukup rasa.
Pastikan anda dah berpuas hati dengan rasanya, kemudian masukkan ikan.

Hidangkan panas atau sejuk bersama ulam2 dan sambal belacan



3 comments:

estee_8980 said...

tu dia rm13k..buleh byr d/pymt kereta sebijik...wakakaka

Amiera Hilton said...

huih mahal gileeee!!!! -.-

ladyzamea said...

kalau balik kg..mmg singgh mkn patin kat situ
biasanya makan 4 org dlm rm60-mmg agak mahal..
tp kalau sampai 13k..mungkin 3 kawah patin kot yg diaorg mkn..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq