Sunday, April 3, 2011

Peluk isteri 10 saat setiap hari



Assalamualaikum..

hai semua pebaca-pembaca di sini.. sihat?

Suami-suami atau isteri-isteri di sini,  setiap hari adakah anda memeluk pasangan anda dalam 10 minit setiap hari??.. ehh 10 minit pula... lama sangat tu... sekejap jer sebelum pergi kerja ker atau mana-mana peluk le isteri anda 10 SAAT sahaja. tak lama sangat pun. Bukan salam tau.. salam tu tetap salam cium tangan tapi ini PELUK2.. kenapa mesti peluk 10 saat setiap hari?.. wajib atau harus ker?
Pada ceramah motivasi Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah, kata beliau... Apabila Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. ``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk  kesihatan tubuh.  ``Bagaimanapun, sebagai seorang   Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan   mengurangkan keresahan.  Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq