Sunday, April 17, 2011

Rawatan Islam - minyak penawar Munajat spiritual oil


Hari Khamis malam jumaat lepas mama dan adik mama ada pergi buat rawatan Islam di Kemaman, nama ustaz tu mama panggil Pak Haji Mat.  Adik mama ni menginap penyakit misteri sikit.. berubat sana-sini Dr cakap takde apa-apa penyakit so bila jumpa Hj Mat ni Alhamdulillah.. kira 'papas' terus buang dari badannya.  selama ni hari-hari bila dengar cd ruqyah... sakitnya hilang le seketika.. tapi lepas tu datang balik.. so Pak Haji cakap datang malam  4 beradik di buang terus apa-apa penyakit yng 'buruk' dalam badan.


Malam tu jam 9.30 malam.. terlalu ramai orang yang datang berubat.. masa giliran mama dan adik-adik mama tu ..kami di minta masuk dalam kain putih. dan 4 orang ustaz membaca bacaan ruqyah dengan suara yang lantang, tiba-tiba ada seorang pesakit di situ mengamuk histeria. memaki hamun kepada ustaz-ustaz supaya berhenti beruqyah.  mama dan adik-adik mama pun apa lagi.. eii dah mula seram sejuk, tapi buat tak tau je la.  lepas kami  selesai tu terus perempuan td tu di rawat, sambil di pegang oleh 3 orang ustaz kerana cuba lari dan mengamuk.  Mama cuba jugak memerhatikannya tapi tiba-tiba je dia terus berpaling ke arah mama seperti tau jer mama sedang memerhatikannya, dengan segera mama memalingkan muka mama.. eiii seram lagi dari tadi! pastu adik ipar mama pula di maki hamun perempuan tu kerana tengok ke arahnya. "aku bunuh engkau" dengan suara kasar jer.  kata ustaz yang memberitahu kami tu adalah saka nenek moyangnya yang tak nak kluar dari badannya.  Kami 4 beradik ni pulak di beri minum air halia panas, yangt telah di baca ayat suci Al-Quran. masing-masing ada sampai nak termuntah.. tapi dipaksa jugak minum, Alhamdullillah mama minum laju jer.. sebab mama memang suka dengan halia :)

cerita adik mama pula.. dari pagi semalam hingga hari ni asyik dok berak berdarah tak berhenti. petang kelmarin pula sebelum nak hantar Syaid ke asrama sempat mama suapkan ke semua anak-anak mama dengan air minuman sembahyang hajat dan di titiskan  minyak penawar spiritual oil munajat ke dalam minuman.  acu je nak naik kereta terus Batrisya termuntah-muntah.. banyak pula tu.. mama apa lagi kelam kabut le.. tengok-tgk jam dah lewat.. aihh camne ni.. Isya tak sihat ni tapi dah lewat  nak kena hantar Syaid ke asrama.  rupa-rupanya sekolah nya cuti hari ni, la buat penat jer pergi sana dan balik rumah tu terus Syahmi pula muntah2,  dan pagi tadi Syaid pula.. tiga2 orang dok demam sekarang.   Ni pun mama baru balik dari jumpa ustaz tadi cuba nak tanya kenapa lepas bagi spiritual oil munajat tu terus anak-anak mama termuntah2 dan demam... sedangkan 2 orang tidak. padahal kalau nak fikirkan pasal makanan, semuanya sama diorg  makan. lagipun berlaku tiba-tiba dengan keadaan masing masing tengah segar dan aktif.  katanya tu adalah tanda-tanda selama ni badan tu banyak termakan mde yg tak halal tanpa di sedari.. katanya seperti di Malaysia ni  terlalu banyak produk yang tak halal tapi di letak tanda halal! so bila badan di rawat dengan cara rawatan Islam seperti di beri minyak penawar tadi maka segala kekotoran akan dikeluarkan dari badan. Kalau badan seseorang itu juga ada penumpang makhluk halus,  InsyaAllah.. akan kelihatan terus makhlus itu kepanasan seperti yang mama perhatikan perempuan yg histeria tu  yg apabila ustaz dok titiskan minyak penawar tu ke dalam mulutnya mula menjerit-jerit dan terus pengsan. 

ok le panjang jugak mama menaip ni.. dan kat bawah ada mama selitkan perkara-perkara yang wajib kita semua orang Islam ambil berat apabila kita sudah tahu dari sumber2 di mana yang mana satu  haram dan halal.  semoga kita semua di lindungiNya dari segala najis BABI termasuk dalam badan kita. InsyaAllah...

berkenaan minyak penawar Munajat yang mama berikan pada anak-anak tu adalah kandungan minyak zaitun berkualiti dibacakan 3 x 30 juzuk Al-Quran, solat hajat, zikir & doa-doa khusus.

Adab-adab Rawatan:
~Yakin akan kebesaran Allah SWT
~Membaca Al-Fatihah
~Membaca ayat Kursi(3x)
~Berselawat keatas Nabi (3x)
~Niat dihati untuk hajat yang
dipohon kepada Allah SWT.

Sesuai bagi kanak-kanak ,Pelajar Sekolah, Mahasiswa serta Orang Dewasa:

*Ikhtiar untuk mudah belajar , penerang hati, hafalan.
*Ikhtiar menangani masalah STRESS" (tekanan), serta ketenangan, ketenteraman jiwa .
*Ikhtiar bagi menghindari / menjauhi dari gangguan Makhluk Halus.(Jin,Syaitan,Iblis)
*Ikhtiar untuk menghindari dari hasad dengki , sihir , santau serta gangguan ilmu hitam.
*Ikhtiar melembutkan hati anak - anak yang bermasalah.
*Ikhtiar memudahkan wanita untuk bersalin.
*Ikhtiar untuk suami Isteri , keluarga.
*Ikhtiar dan Doa untuk menyembuhkan penyakit Rohani, Jasmani.

Ini adalah sebahagian daripada ikhtiar dan usaha  serta bertawakal, semuanya adalah kekuasaan Allah SWT.

sumber penawar munajat boleh klik di sini utk lebih lanjut lg

9 comments:

nenektudung wangiwan said...

salam kak,

saya pembaca baru blog akak.
link akak kasi ni mmg valid ke takot ada tiruan.

Kak Eiza said...

link ni akak terjumpa dalam google, tp tak pasti tiruan atau tidak.. sebab ari tu akak cari maklumat utk di kongsi.. dan minyak munajat tu akak dapat dari ustaz yang membuat rawatan islam, ustaz tu memang ada byk dalma stoknya dan akk beli dgnnya.. kalau beli cara pos ni rasa musykil gak takut tiruan atau hilang munajatnya apabila tersilap langkah.. cuba risik2 sape ada jual.. rasanya kalau ustaz yg mengamalkan perubatan Islam ni mg akan ada kot....

suezam81 said...

saya ada jual minyak nie... boleh order kat saya.

suraya : 013-4898879

suezam81 said...

minyak nie mmg berkesan dan banyak manfaat...Insya Allah...

diamonds said...

Salam,nice blog and nak minta alamat rumah Pak Haji Mat di kemaman thank you

Kak Eiza said...

diamonds: akak tak ingt no rumahnya.. tapi di taman perumahan Perwaja, geliga, kemaman..kalau tanya org di kws perumahan situ pasti diorg tau...

empayarlina Diamonds said...

Thank you akak and blog akak bnyk tolong saya masa ke Bandung.Teruskan saya pembaca setia akak

Kak Eiza said...

empayarlina: Alhamdulillah... :)

eira said...

Maaf ye ganggu. Boleh saya mintak no telefon ustaz. Saya pernah pergi tapi cousin hilangkan no ustaz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq