Thursday, April 21, 2011

Segmen Jom Berkenalan





Assalamualaikum dan Salam sejahtera Semua..

Terima kasih sekali lagi kepada saza-haiza kerana kali ini tag mamaLuv dalam segmen jom berkenalan, sebelum ini mamaLUV juga menerima award dari orang yang sama juga iaitu Pn saza. Ribuan terima kasih.

Hari ini pun mama takde entry yng nak di post, sebab tak sihat dan agak BANYAK (bukan agak sikit) sibuk le dgn urusan kerja rumah tangga  yg sememangnya takkan ada kesudahannya.  hehe tapi walaucamne  pun mama takkan menghampakann Pn Saza... dan mama akan tetap akan menjawab beberapa soalan seperti di bawah  yang serba ringkas dan padat.. InsyaAllah.

Apakah Status Anda?
Mama hanya seorang surirumah sahaja, kerja mama hanya berkhidmat untuk suami tersayang dan juga memantau semua segala urusan anak-anak di rumah...

Ceritakan tentang diri Anda.
Nama sebenar mama agak panjang jugak.. hehe.. hanya sekadar mama sebut nama glemer zaman sekolah2 dulu org panggil Che Ku, lepas tu Eija.dan sekarang ni pun ija.. kakJa.  Mama ni jenis orang yang tak suka duduk diam.. ada jer sesuatu yang mama nak buat... nak kata suka tidur siang.. tak jugak... kat rumah jarang sangat sebab rasa cam rugi masa jer sedangkan banyak perkara lain lagi yg nak kena uruskan melainkan kalau terlalu penat sampai nak pitam tu le baru mama akan tidur berehat kejap...  :)

Ceritakan tentang blog anda.
Ehmm rasanya blog mamaLUV ni bese2 jer.. tak hebat sangat pun, lagipun usia blog ni baru jew 4 bulan, kdg2 tgk blog orang rasa wowww menarik nya, yang aku punya suram jer nampak tak tau kat mana.  cuma mama rasa puas dan seronok le apabila hot popular post mama iaitu TIP INGIN BERCUTI KE BANDUNG setiap masa ada org google... memang ramai org Malaysia yang suka  melancong ke Bandung.  kdg2 tu  rasa lucu jugak.. dulu2 mama takle suka sangat blog2 ni.. rasa malas nak mengarang2, sebab kalau masa free pun hanya fokus dengan bisnes online jer.. tapi entah camne satu hari tu masa tu masih lagi ada bibik... masa terluang pun kira banyak le jugak mari terdetik nak berblogging pulak untuk hilangkan strees!.. So itu le ceritanya camne terlahirnya blog mamaLUV yang tak seberapa ini.. hehehe...

Apa pandangan anda tentang dunia blog
Memang sangat2 menarik kerana dapat ramai kenalan baru dan berkongsi tip2, ilmu2 dan bertukar2 fikiran.  Apabila bosan boleh singah menyingah blog ke blog blogger yang lain.  Yang paling mama  suka sekali  iaitu  baca entry puak2 mama atau family, berkisar hal anak2 dan hal kekeluargaan.  yang bab ni memang mama paling suka!  tapi seronok jugak kalau bw blog adik2... banyak melucu dan menghiburkan.

Nasihat anda kepada rakan-rakan yg baru nak buat blog
Olohh.. nak nasihat apa ya?.. sebab mama ni pun masih baru lagi dalam dunia blogging.. cuma satu jer la.. kalau dah terlilbat dengan blogging ni anda akan rasa ketagih.  ada jer masa terluang pasti akan rasa nak update blog. hehe... Oh ya nak buat blog juga tak bleh suruh org tolong buatkan tau.. anda sendiri yg harus belajar dari A sampai Z, kalau tak.. anda takkan rasa kenikmatan berblogging yang sebenarnya.

Nyatakan keunikan yang ada pada blog anda
Ehmm.. unik?.. takdeee kott.  Uniknya mungkin pasal banyak tip-tip melancong kot untuk sesiapa yg pertama kali nak pergi melancong ke Bandung contohnya... heheh.

Sampai bila hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Woww soalan yg menarik ni!  tapi tak pasti le.. selagi ada semangat dan idea2 yang menarik selagi tu le mama akan teruskan berblogging.

Tag rakan-rakan anda yang anda nak kenal sangat.


Segmen Jom Berkenalan ini  kalau ikutkan hati ramai lagi nak tag kat sini tapi terlalu panjang plak.. lagipun hehe tak sihat skrg.. terbantut sikit masa.. walaucamne pun mama tag kan kepada semua followers mamaLUV di sini.  Kepada yang mama senaraikan di atas,... kalau free sudi2kanlah terima perkenalan ini dan kalau busy tidak mengapa.. mama tidak memaksa.  Okay.. mama pun dah rasa mengantukk.. jam dah hampir 12 malam... esok InsyaAllah.. kalau ada citer yg menarik mama akan postkan...  
salam sayang utk semua...


3 comments:

ciksufi said...

ciksufi tersenarai...terharu...tq mamaLUV

Kak Eiza said...

as salam ciksufi.. nasib baik dah terkunjung kat sini.. nanti jawab soalan2 ya.. semalam tdak sempat nak bw.. ngantuk sangat..:(

ciksufi said...

dah jawab...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq