Tuesday, April 12, 2011

Telur tiruan?? Camna nak kenal

Keratan akhbar Utusan Online - PULAU PINANG 7 April - Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri merampas 270 biji telur, disyaki tiruan dari tiga gerai di pasar Pulau Tikus, di sini hari ini.

Telur asli Kanan-Truan Kiri (di rebus)


Mama lihat banyak berita kecoh pasal telur tiruan. Nak tahu jugak kenapa, buatlah penyelidikan sikit kat internet, baca paper maka jumpalah berita kat utusan online dan beberapa sumber yang lain. Mama sharekan apa yang mama dapat kat sini.
Telur tiruan ni bila dimasak, tidak berbau spt telur biasa dan tiada rasa. Telur tiruan mempunyai bentuk yang berbeza drp biasa dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).

Kiri Asli - Kanan Tiruan

Mengikut laporan yang di baca jgk, telur tiruan ni banyak dan perkara biasa di China. Pengguna di China telah dinasihatkan supaya hati2 dgn telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut jgk, telur tiruan ada banyak bahan kimia. Contohnya; Cangkerang daripada kalsium karbonat, kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Cara nak hasilkan kuning dan putih telur (sila tengok you tube kat bawah ya). Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.



Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan di masukkan ke acuan untuk menghasilkan membran telur. Selepas tu kulit telur akan si salutkan pada telur tadi dengan cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.

Pada amnya bahan2 kat atas tadi penambah rasa makanan tapi jadi kompenen utama telur tiruan. Maka telur tiruan ni hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur asli.

Bagaimana nak kenal TELUR TIRUAN

1. Pecahkan telur dan pastikan putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cengkerangnya agak berkilat, tapi tidak ketara dan bila sentuh terasa agak kasar/kesat.

3. Bila goncang akan berbunyi kerana air berlebihan drp bahan pepejal

4. Tiada bau berbanding telur asli yg agak berbau spt daging mentah.

5. Ketika menggoreng, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh

Telur merupakan sumber protein yg murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Maka mama harap pihak berkuasa buatlah sesuatu utk sekat kemasukkan atau pengedaran telur tiruan ni. Dan kita sebagai pengguna jgk harus hati2 jangan terkena…ya lah kadang2 nak murah tu yang  mudah terkena tu, Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh kita org Islam. Semoga kita semua berwaspadalah selalu dalam bershopping barang-barang dapur selain telur tiruan ini



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq