Wednesday, April 27, 2011

Tip di sayangi suami - Petua kekal langsing




foto pinjam dr Mr. Google

Zaman moden ini banyak jenis makanan yang mengandungi mudarat jikan dimakan  berlebihan.  Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan.  Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan?  Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi.  Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obersiti,  Sebelum masalah ini terjadi kepada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati.  Manakala bagi mereka yg sedsng berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang di sarankan di bawah adalah petua dan boleh diamalkan semua.  Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan.  Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hdup sihat.

A)  Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang di amalkan drpd kebiasaan kpd satu kaedah yang baru iaitu:

1)  Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengahari dibawa dan dimakan di waktu pagi.

2)  Pada waktu tengahari jangan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah-buahan atau makan sekadar semangkuk nasi dan sup.

3)  Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 6 hingga 7 malam.

4)  Jangan makan selepas jam 9 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya.  Jika perlu cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau biskut atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat)

B)  Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (Setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu makan malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok.  Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum.  Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman.

Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang  sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit,, namun manusia mudah lupa dan tdiak berdaya untuk melakukannya lantaran tiada disiplin.  Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "Sikap adalah menghukum diri"

C)  Ada satu lagi petua yang mudah diikuti.  Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi.  InsyaAllah  anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.


Sumber dari simpanan fail mama yg telah lama tersimpan 7 thn yg lalu.  juga di dapati di intn.. tp ketika itu lupa  c&p sekali dr sumber2nya... 

Mama telah amalkan petua di atas selama sebulan lebih di samping mengambil pil menurunkan paras kolestrol dalam darah... hasilnya amat memberangsangkan... paras kolestrol dah turun ke paras normal dan badan kembali langsing.  Alhamdulillah.. takde lagi rasa seperti lesu2... dan cepat mengah.




2 comments:

YAYA AZURA said...

selalu berusaha untuk makan secara sihat dakm usaha nak berdiet..

tapi ..

susah betul nak berdisiplin ...huhu..

Kak Eiza said...

sama2 le kita amalkan ya.. demi kepe ntingan kesihatan dan juga pandangan mata cik hubbby kite supaya tak beralih arah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq