Sunday, May 22, 2011

Aduhai.. musykil betul status halal haram produk makanan sekarang!




Assalamualaikum...

Dah 2 hari no post... tak sempat biasa le hujung minggu.  Cuma hari ni rasa nak meluahkan perasaan tak puas hati bab2 isu makanan halal haram yg tak berkesudahan. dan mmg menyampah le kalau nak beli belah barang dapur ke, makanan anak2 ker .. makin banyak pulak kluar produk2 yg tak halal yg dari dulu2 lagi berstatus halal! pergi sana sini org cakap ni dia list produk yang non halal.. jgn makan... gi situ plak.. keluar plak pasal coffee ada gelatin babi, KLUANG RAIL COFFEE TIDAK HALALkuar semalam terpampang lam paper.  Dan juga Ramuan Bahan untuk Membuat Kek juga ada DNA BABI!. BAHAYA2.. PADAHAL DAH DOK NEGARA SENDIRI KENAPA RASA TAK SELAMAT DALAM BAB2 PEMAKANAN????..?? sampai anak2 dok tanya kenapa banyak tak halal mama sedangkan kite dok malaysia, dulu duduk di Jepun mama kata hati2 banyak babi dan wain dalam makanan, tapi nape balik mesia pun macam sama jer?... TENGOK???.. camne nak jawab soalan budak2 kecik yg macam tu pun dah conpius.

Nak beli air kotak soya tu pun... dah takut bile ada sorang ustaz ari tu tunjuk satu produk soya ada lendir di bhg bawah dalam kotak soya tu.. tu adalah gelatin babi.   Kita sebagai pengguna ni betul2 atau nak kata lagi memang hidup2 di tipu!, kalau dulu lagi dok pakai colgate dan darlie kat rumah sekarang dah tukar pakai HPA mukmin punya..dengar2 produk tu dari siam ada babi.  sampai serbuk kari maggi segera tu pun ada babi...  dah bertahun dari zaman aku kecik lagi dok tibai maggi sampai ke anak2 .... last2 HARAM.


JAJAN... kegemaran kanak2.. mana ada logo halal jakim.. tapi berleluasa di jual sana sini. Cukup ke dk tengok kanak-kanak bergembira dengan penerimaan jajan yang masuk menjadi darah daging mereka ni tanpa mengambil kira halal dan haramnya?,

Seperti kata cikgu isza :   "Atau mungkin dengan alasan semua itu di sponsor? Mana mungkin mampu ditolak? 'Orang memberi kita merasa'. Bila kita sakit... adakah orang menanggungnya sama? Tidakkah terfikir.. kenapa mereka-mereka ini yang selalu memberi sponsor? Ikhlas atau ada agenda tersembunyi?

Dan bagaimana untuk saya memejam mata bila jajan yang di terima telah saya pastikan status halalnya di JAKIM? 'Tiada dalam senarai!'. Walaupun tertera logo halal JAKIM di situ... kenyataannya... syarikat berkenaan... TIDAK PERNAH MEMOHON STATUS HALAL DARIPADA PIHAK JAKIM! Dan kerana logo palsu itu juga pertelingkahan berlaku dengan alasan ada logo halal. Sah tak sah itu tanggungjawab pihak yang berkenaan. Mereka yang menanggung. Kalau tak sah... kenapa mereka tidak ambil tindakan?

Dunia sekarag bukannya boeh dipercayai sangat. "Banyak sangat jenis penipuan yang wujud demi sebuah keuntungan". Yang menjadi mangsa... kita. Kadangkala dalam berhati-hati pun... masih tertipu. Kalau benar dah check kat JAKIM... kenapa tak senaraikan/ maklumkan? Entahlah. Siapa saya untuk menyenaraikan syarikat-syarikat yang terlibat. Bukan pihak yang berkenaan... apalagi mereka yang mempunyai kuasa tentangnya. Saya check dan saya dapat pengesahan. Itu sahaja. Kalau saya maklumkan... apa yang terjadi bila fakta berubah? Maklumlah... dalam melindungi diri... rasuah... politik... apa-apa sahaja kemungkinan boleh berlaku dan saya tiada backup untuk menghadapi semua ini. Apalagi bila diri terikat dengan peraturan dan undang-undang kerjaya. Apa yang saya mampu... ajak orang lain untuk pastikan status halal sesuatu barangan itu. Jika yakin terpulang... jika tidak pun terpulang. Orang macam saya... hanya menjadi MELUKUT DI TEPI GANTANG."  (blog cikgu Isza)


Untuk pengguna2 seperti kita,,, jangan rasa selamat apabila kita dk makan makanan dan produk2 sekarang...  lebih banyak status yang meragukan.   So berhati2 le kita semua....Isu makanan HALAL dan HARAM haruslah diambilberat oleh kita semua umat Islam.

Salam sayang dari MAMALUV untuk semua pembaca2 di sini



4 comments:

アヌム ちゃん said...

susah la camtu kalau status halal dekat negara sendiri pun di ragui..isk2

Kak Eiza said...

kan.. masa akak dk jepun dulu rasanya lebih selamat agi..sebabb org jepun telus dan jujur.. apa2 bahan kandungan mmg terperinci ditulis.. tp kat sini byk yg nak diselindung le... anak2 akak pun slalu merungut yg sulong tu... macam2 katanya cikgu pesan itu dan ini yg haram di makan.. sob22.. :(

mama_sal said...

mmg keliru bab2 halal haram ni...takut kan nak makan luar, baik la kita masak hari2 je..tp bila weekends nak gak makan luar...susah hati betol

Kak Eiza said...

tu le.. kdg2 yg kita masak kat rmah tak terlepas gak terkena bhan yg diluaar dugaan kita rpanya ada gak mde tu.. Subhanallah.. memang mengejutkan bila dah tau.. sob22

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq