Sunday, May 15, 2011

Amaran kepada Wanita dan pelajar: Hati-hati ancaman asid



Hati-hati ancaman asid

KUALA LUMPUR: Orang ramai terutamanya wanita dan pelajar yang sering berjalan bersendirian di kawasan sunyi seperti kawasan parkir, stesen komuter atau transit aliran ringan (LRT) serta laluan sekitar sekolah, diminta lebih berhati-hati dengan ancaman disimbah asid daripada lelaki misteri.

Berwaspada dengan lelaki ini!

Sejak Februari hingga 27 Mac lalu, terdapat 18 kes kejadian simbah asid berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan kejadian itu reda seketika namun
berulang kembali di Sentul dan Dang Wangi pada Jumaat dan Sabtu lalu. Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini semalam, mendedahkan kebanyakan mangsa di kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik bekerja serta terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields berlaku pada penghujung tahun lalu.

“Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki India, modus operandi suspek bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘alkaline-based’ atau ‘oxidizing agent’ ke arah muka atau badan mangsa. “Cecair itu akan memberi kesan radangan kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam kebanyakan kes serangan, suspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau sedang berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke tempat letak kenderaan. Selain itu, lokasi lain yang kerap menjadi sasarannya ialah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah dan pondok menunggu bas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menyalurkannya kepada pihak polis dan mangsa atau sesiapa yang melihat kejadian dinasihatkan melaporkan kepada polis dengan cara menghubungi talian hotline 03-21159999 dengan segera.

“Ini bagi membolehkan tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini yang menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, pihak polis turut meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat yang menjadi sasaran kejadian itu.

Harian Metro semalam melaporkan lima wanita menjadi mangsa terbaru kes serangan asid dengan seorang daripadanya dikhuatiri buta manakala empat lagi cedera ringan di muka dan badan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di sekitar bandar raya mencecah 20 sejak Disember tahun lalu. Tiga kejadian terbaru berlaku di lokasi berasingan antara jam 9 pagi Jumaat lalu dan jam 3 petang kelmarin di Jalan Pudu Lama, tempat letak kereta pusat beli-belah berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Persiaran Titiwangsa di sini. 


Lagi berita untuk hari ini :

KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai berhati-hati dengan ancaman simbahan asid oleh lelaki tidak dikenali berikutan satu lagi kes cubaan terbaru di Jalan Desa Pandan, di sini, petang kelmarin.

Cubaan berkenaan menjadikan 23 kes dikesan dari Februari hingga 27 Mac lalu dan reda seketika sebelum kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di Sentul dan Dang Wangi.  Selanjutnya lagi boleh baca di sini


p/s : Message from IPD TUN RAZAK, Motor suspek simbah asid dapat di kesan :
HONDA EX5 WPV 4963 
dari blog http://devilviernes.blogspot.com/2011/05/peringatan-buat-wanita-wanita-islam.html

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq