Thursday, May 26, 2011

Bandung lagi... (handphone kena activate di celcom center ke?)


Hari ni mama cuma nak nak publish post pasal Bandung lagi.  Semalam mama ada terima sms dari pembaca blog mamaLUV.. so mama rasa nak share le kat sini.. mana tau berguna untuk kawan2 yg tak tau first procedure sampai airport sana...  at least kt sini boleh gak membantu kan...

A (lupa nak tanya nama) : Salam.. ni kak eiza blog mamaLUV ekk.. maaf ganggu nak tanya sikit?   Akak nk ke Bandung pd 31/5/11 ek. sy pun nk ke sana bsama isteri dan anak. ni 1st time ke Bandung. Skrg tgh cari info dan kawan2. flight sy dr kul 7 mlm airasia.  skrg agak risau ttg prosedur ke sana.
mamaLUV :   Wsalam : Nak tanya ttg apa.. blh jer. akk pun nnt bertolak 12.30 tgh. by MAS

A :  Ooo sy agak risau la ttg prosedur airport dia. ada yg ckp kena print tiket tunjuk le. sy tak faham. Tentang hp pulak bleh pakai celcom ke?. nak kena activate kt celcom center ke?.

mamaLUV : biasa beli tiket airasia melalui online dn akan di emailkan tiket tu. so email tu kena print le simpan.  Nnt org tanya kat airport.. balik bila.. tunjukkanah tiket tu.  dan biasa dorang akan tanya duduk hotel mana, kena ingat le nama hotel tu..

Hp lak kena activate roaming atau senang pakai simcard sana jer. sampai airport sana beli. ada org jual kat airport.

A  : saya akan sampai 8 malam. bahaya tak?, senang dapat teksi? tempat makan waktu malam tu di mana?

mamaLUV : Tak bahaya pun.  teksi byk.. driver teksi memang jujur orgnya kira blh di percayai le (setakat hingga hari ni ok lg le.. xde lagi problem driver teksi buat hal).   kuar jer airport belah kiri couunter teksi bgtau hotel mana nk pg dan ambik kupon.  so naik le teksi dgn selamatnya. ;) nak mkn malam suruh driver tu bawak pergi Ampera atau masakan padang atau surh driver atau pak supir tu bwk jer makan yg best atau makan hotel je.

A : ok tima kasih akak. sy risau gk sbb 1st time pegi sendiri je. xpela.  nnt klu sempat kt sana nnt boleh la kita contact2, pegi mkn2 ngan family ke?. nnt contact2 la kt sana ek. akk guna no ni ke kt sana nnt?

so ini le antara sms melalui kami berdua ttg trip ke Bandung.. semoga boleh membantu w/pun xmahir mana. ni pun info dr hubby yg byk fly ke sana atas urusan kerja.  nak pergi next wekk kira 2nd time.. tak sabar!. hihi

Untuk 'A' .. SELAMAT BERCUTI DAN BERSHOPPING.. MANA TAU BLEH MAKAN SAMA2 KAT SANA.. MERIAH SIKIT.. RAMAI GENG 1MALAYSIA.. HEHE



Topik Post Bandung
  1. Shopping - (TShirt berjenama, Jeans Centre, Masagge di Spa, Beg tangan dan kasut kulit, tempahan suit,  klik di sini
  2. Makan, Tukaran Wang dan Tip2 Penting yg harus di note utk yg first time pergi sana klik di sini
  3. Utk melihat gambar di Bandung klik di sini
  4. Utk memilih hotel klik di sini
  5. Trip ke Bali klik di sini 
  6. Trip ke Jakarta klik di sini 
  7. Tips ke Bandung ikut Jakarta- CIPAGANTI Toyota Alphard


9 comments:

NiezaMan said...

Bestnya p Bandung

Mcm nk repeat je..rasa x puas.
selamat bercuti

Kak Eiza said...

ha.a dekat nak raya ni makin excited.. xsabar nak pilih2 kain2 ela ;)

Zaidani said...

jangan lupa makan kat simpang raya di jalan dago ye:)

Kak Eiza said...

Oo situ memang best... dah makan dah.. memang akan pergi lagi.. dah ada lam kepala.. hehe

mey rozana said...

Akk nk tanye, based on akk nye expeeience. Sy nk blik kl dr bndung pagi taw. Lam 8:30 by air asia. Snang x nk dpt transpot ke airport tuh? Risau xsempat. Btw. Suke baca blog akk sal bandung trip.

Zaidani said...

Tkasih kerana baca blog akk...
Taksi sana senang....pastikan bluebird atau gemanipah taksi, servicenya ok so far. Utk ke airport bandung seawal waktu tu no problem. Minta hotel sediakan transport atau shuttle 2 jam before ok jer bergantung kawasan hotel. Pepehal minta hotel arrange senang...lg pun tak mahal...

amy said...

suka baca blog ni sebab banyak info yg best. saya dan keluarga akan ke bandung for the first time october ni, sebab nak cari barang kahwin like kain ela n kad kahwin. selain dari pasar baru ada tak butik pengantin di sekitar pasar baru? kami di sana cuma 4hari 3 malam takut x ckup masa untuk buat pilihan.

Kak Eiza said...

Aslkm..

Amy.. kalau nak cari barang pengantin kalau kat pasar baru tu memang banyak.. kalau 1 hari rasanya tak terlarat amy nak tinjau2.. esokkan pasti amy akan sambung lagi utk menambahkan lagi belian barang2an lain. sebab kt situ semuanya dah ada & murah2 spt korset rm5 boleh dapat kalau pandai tawar.kalau nak cari butik pengantin tu byk tapi rasanya amy akan dapat apa yg amy nak di pasar baru... sbb akak perhatikan ramai pengunjung malaysia kat pasar baru dok borong barangan pengantin cam kain2 pasang dsbgnya. ...
semoga tip akak boleh membantu amy serba sedikit. tq

QA's ~ mamapapa said...

salam kenal...trjumpa blog ni waktu gugel on shopping kt bandung :) jemputla follow kembali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq