Tuesday, May 3, 2011

Ikan tongkol berkicap pedas

Assalamualaikum
Hari ni mama rasa cam takde moodd jer, cuaca lak panas tetiba... sebelum ni dok hujan je, perubahan cuaca dan udara yg bertukar mendadak kot menyebabkan anak-anak pun seperti badan tak sihat.. kurang selera makan dan berpeluh jer.  Tapi InsyaAllah.. esok lusa ok le kot.. Hujan dan panas itu kan adalah rahmat Allah... seperti kata Dr Fadzillah Kamsah.. jangan berkata hari ni cuaca buruk dengan hujan yang tidak berhenti2, hujan itu  kan rahmat yg di turunkan olehNya, kalau terkena kemarau memanjang masih nak kata hujan buruk lagi ker???.... kata la yg hujan hari ni tidak berhenti2.. dah.. takyah nak sebut2 BURUK.  :)

Okay.. untuk hari ini mama nak sharekan resepi ikan tongkol masak berkicap pedass... feveret suami mama.  kalau nak cuba jom layang bahan2 dan cara nak membuatnya ada di bawah.


Bahan2nya
  1. Ikan tongkol yg di rebus, kmd di goreng sekejap
  2. Cili giling satu senduk
  3. Bawang merah dalam 10 biji + bawang putih 4 ulas di blander, bergantung banyak mana kuah yg nak
  4. Kicap lemak manis
  5. Bwang besar dan cili merah dihiris utk hiasan
  6. spt biasa gula sikit jer pasal kicap dan manis, garam dan secubit ajinomoto.. 
  7. cili sos 3 sudu

Cara membuatnya:

Panaskan cili giling  hingga bertukar warna kemerah2an.  Masukkan bahan blander.. kacau hingga garing dan pecah minyak.. masukkan sedikit air mengikut kepekatan yg diinginkan.  Masukkan kicap dan cili sos, kacau hingga rata, kemudian barulah masukkan bawang merah dan cili merah hirisan tadi bersama ikan tongkol.. Kacau2 hingga rata tp jangan pula hancur ikan tu, sekadar simbah2kan kuah tadi di sekeliling ikan. ok.. dah siap.. boleh le dihidangakn dengan nasi panas.

SELAMAT MENCUBA


2 comments:

kakchik@ella said...

ooo .. sya sgt tergoda dgn lauk itu Mamaluv. Meh .. nak sikit. hihi

Kak Eiza said...

tak jemuu kan kalau makan apa2 lauk yg berkicap.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq