Thursday, May 12, 2011

Kenapa suka sangat santau orang?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni tak tau nak bercerita apa.. cuma dalam fikiran dok fikir kenapa orang sekarang suka sangat bomoh atau santaukan orang.  Dunia semakin moden dan canggih tapi pemikiran masing2 masih di tahap kemunduran di tahap maximum.   Bila dengki, jeles bisnes orang lain ker atau jeles kesenangan atau seumpamanya sikit2 nak santau atau hancurkan hidup org tu.. takde kerja lain ke?... Nak kata orang Islam tetapi atas nama ajer Islam tapi hati kotor... masih lagi apa-apa minta bantuan jin syaitan untuk ganyangkan mangsanya..
  Sedarlah wahai-wahai sekalian.... semua itu takan ke mana... bersihkan le hati kamu, kalau kau tak dapat dia sekali pun atau bisnes tak lebih maju dari orang tu... dah tertulis itu bukan rezkimu.. mana tau akan datang Allah akan melimpahkan rezki berbentuk cara lain yang lebih lumayan.. ?.. kita semua tak tau.. apa yang perlu di buat perbanyakkan le berdoa kepadaNya.  Jangan le asyik nak menjatuh atau merosakkan hidup orang lain dengan menghantar mde2 kotor tu semua..  kesian sangat mangsa tu, bukan tu ajer engkau yang tukang buat tu pun akan sengsara esok2.. kalau dekat2 ngan maut baru kelam kabut nak bertaubat.. InsyaAllah.. Allah akan ampunkan  kerana sesungguhnya Allah itu maha penyayang lagi maha pengampun, tapi dosa sesama manusia???...???.. belum tentu kamu di maafkan.. balasan akan tetap kamu terima!.. Nauzubillah...




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq