Wednesday, May 4, 2011

Puding Karamel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda buat kueh apa ya utk makan petang nanti?, kalau tengok blog2  memasak kan.. memang best giler.. kelabu mata di buatnya.. spt semuanya mama rasa nak buat!..  Tapi puding ini mama dah selalu buat sekian lama dari zaman2 anak dara lagi... hehe.  Okay kalau nak cuba buat puding karamel jom kita lihat bahan2 dan cara membuatnya... mudah semudah memakannya... :)

Bahan2nya

1tin susu cair
2 sudu gula untuk adunan puding
Telur 4 biji

Untuk gula hangus gulanya sebanyak 6 sudu.. kalau nak kuah banyak boleh lebihkan lagi.


Cara2nya
 Kepuk Telur sehingga kembang, manakala susu cair di kacau bersama gula hingga hancur.  lepas tu campurkan kedua adunan ini dan gaul hingga rata.

 Gorengkan gula sebanyak 6 sudu dengan api yang perlahan

 
 Sementara menunggu gula hangus tadi panaskan loyang .

 Kacau sikit2 supaya rata... jangan terlalu  kehitaman nanti pahit, Warna tu biar kelihatan keperangan dan pekat .. 

Tuangkan gula hangus  tadi.  Tak menutup habis ruang tu pun takpe sebab nanti dia akan cair dan akan rata keseluruhan bahagian bawah puding nanti

Barulah di tuangkann adunan puding tadi

Tutup periuk kukus tersebut dan biarkan selama 20 minit

 Apabila dah masak.. bukak tudung biarkan sejuk seketika barulah di masukkan ke dalam peti ais. 

 Jeng.. jenggg jenggg... dah siap.. opp lupa nak cakap.. lepas di kluarkan dari peti ais tu ... balikkan ke dalam pinggan tau, baru nampak cantik.. :)  tapi kat tepi tu xcantik sangat... nak snap gambar2 masakan pun memang selalu  rasa  cam tak puas hati jer.. apa taknya sebaik jer masak anak gadis kecilku siapa lagi kalau bukan Isya ni... dah sibuk terkam nak makan.. kelam kabut mama buat semua tu. 
uhukk.. tak sempat nak hidang puding mama dah di kacau  Isya.. nampak tak kt bhg atas puding tu di tekap dengan cawan.. hahah.. tengok kat bawah tu bukan main bersungguh dok hirup kuah puding.. hingga menjilat mangkuk! lawak.. lawakk....

Okay untuk ini sahaja N3 mama hari ini... dok masak jer so post entry pun byk resepi2 lak.. ahakk... hehe

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq