Wednesday, June 15, 2011

Bandung siri 8 - makan..makan..best!!



Baso Tahu.. fuhhh.. sedap pior! knape le order sepinggan jer makan 4 org.. uhh patut order 2.3 pinggan.. (nak cepat punya pasal masa tu dah nak kejar flight nak balik dah.. sempat lagi singgah rumah mode).  Anda yang pergi ke Rumah Mode jangan lupa pergi  restoran kat depan tu.. cari le menu ni Baso Tahu.. memang anda takkan kecewa punya!.  Linda adik mama pula tak habis2 mengeluh dalam flight.. ahh teringat le baso tahu rumah mode. hahha.. lawak dan memang seronok pergi makan di sana.. balik Mesia terus diet balik pasal dah kumpul byk kalori! dan
ini le harganya untuk baso tahu.. :)


Waktu ni jam dah 9.30 malam selepas buat rawatan spa.. perut lapar sebab tak makan lagi berpusing2 cari restoran.... jumpa le Hanamasa yakuniku & sabu2 dekat Jln Dago & Istana Plaza.  japanese style menu, .. jangan risau semua halal kat sini, pilih jer nak makan apa dan makan le  banyak mana nak makan hingga kenyang..heheh. tapi mama makan berpada2 gak.. (takut high kolestrol, bahaya ur kalau makan tak beringat, dah serik bila kolestrol tinggi dlm darah teruk sangat badan ni rasa lemah2 dan asyik naik pitam jer walaupun badan tak gemuk).. oh ya kalau nak tau harganya  dalam RM30 gitu la  untuk satu kepala.








last breakfast... dah nak balik dah.. hehe


otw ke airport singgah  beli brownies di Kartika Sari


Antara penjaja2 yang sentiasa menunggu kedatangan anda. :)



Singgah Rumah Mode kejap hubby nak cari kameja, pastu makan kat Restoran depan.. tgk mama menjeling semacam.. aihh...sempat tak ni nak gi airport??..?? hehe..



Nasi basil di order adik ipar mama, Zaidi.. sedap jugak.. ishh semua sewdap2 belake menu kat sini??...?..

Sup buntut (sup ekor).. bila makan tu hangat2 jer badan.. rempahnya memang memanaskan badan, berpeluh2 hirup supnya.

Yang ni lagi pioor sedap.. tomyam buntut, kuahnya huiss pekatt dan masam2 pedas.... semangkuk kongsi 4 org.. memang mengujakan kesedapannya!


Nasi iga bakar hubby punya (tulang rusuk lembu)

Sate  pun sedap.. yang baso tahu mama citer paling atas sekali tu... termasuk lam order ni.  kami berempat makan habis le dalam RM60 untuk 5 menu.. 

Alhamdulillah.. kenyang.. perut dah isi.. lam flight nanti dah taknak makan dah.. nak tidur.. penat!

Ok see u last episod siri Bandung sebentar lagi.. hehe.. jemu dah ke asyik2 citer Bandung aje mamaLUV ni.??..??.. sorry.. saje nak share utk rakan2 yg belum pernah ke sana yg ada planning nak ke sana thn depan.. boleh gak bantu bagi gambaran serba sedikit.. tul tak.. :)
Sekian

Topik Post Bandung
 Trip ke Bandung selama 4 hari pada 31/5/2011 hingga 3/6/2011..  citer bergambar:
  1. siri 9 - episod akhir Bandung - airport dll 

PANDUAN/TIP KE BANDUNG

  1. Tambang murah AirAsian, Hotel dan Teksi.
  2. Shopping - (TShirt berjenama, Jeans Centre, Masagge di Spa, Beg tangan dan kasut kulit, tempahan suit,  klik di sini
  3. Makan, Tukaran Wang dan Tip2 Penting yg harus di note utk yg first time pergi sana klik di sini
  4. Utk melihat gambar di Bandung klik di sini
  5. Utk memilih hotel klik di sini
  6. Trip ke Bali klik di sini 
  7. Trip ke Jakarta klik di sini 
  8. Tips ke Bandung ikut Jakarta- CIPAGANTI Toyota Alphard
  9. First prosedur sampai airport Bandung & handphone perlu activate di celcome center ke tidak.. boleh klik d Cni 
  10.  percutian bersama suami & anak2 di Bandung 
11. Berfareeda di Kota Bandung
  1.  


3 comments:

Haslina Hashim said...

Buat Jeles Aku jer tau..Uwaaaaaaaaa biler blh g etek ni....

Haslina Hashim said...

bl nak g ni cik abe weiii

Kak Eiza said...

sabar.. thn depan ada rezki bawak sekali nanti... mana tau cik abe dah jadi yb sok2 ... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq