Thursday, June 16, 2011

Cuti Sekolah - Jalan2 ke La Hot Spring Kolam Air Panas Kampung La, Hulu Besut



Assalamualaikum dan selamat pagi..
Dah abih episod bercerita tentang jalan2 ke Bandung...(jangan boring ye asyikkk cerita Bandung jer hehee) mama nak citer tempat menarik di kampung hubby di Bukit Payung, Besut.. tapi tempat menarik ni di kampung La iaitu ada kolam air panas sesuai untuk budak2 bermandi manda, tak bahaya pun.  airnya cetek.. dan sesiapa nak berendam untuk kesihatan boleh naik atas.. mama cuba masuk kaki.. first tu terlompat2 kepanasan... cam rasa kaki tu nak masak jer.. tapi cube gak masuk slow2. pastu okay jer tapi tak boleh bergerak le.. akan rasa kepanasan tahap maximun, kalau rebus telor tu dah boleh masak kejap jer.

cara nak perginya Pergi ke bandar Jertih, Besut dan dari Jertih menuju ke hulu Besut melalui jalan hospital Jertih ke kampung La, sampai kpg La, kira-kira 18 km dari Jertih akan terjumpa le signboard kolam air panas sebelah kiri.  so ikut jer jalan tu akan sampai le.. selamat berhibur.. oh ya ada chalet.. sesuai sangat nak berkhemah.

share youtube pemandangan Kolam air panas di kampung La




3 comments:

cik dah ganu kiter said...

x pernah smpi pun situ...hahha namanyer tok nenek org besut...besh ker kat situ

Kak Eiza said...

ok le gak.. budak2 suke le.. lagipun xbahaya.. mak ayah blh berendaM kaki kt atas...tp org2 muda lebih suka pg Lata Tebakah lagi.. air terjun.. akk xsuke.. risau bdk2 bahaya.. kat situ byk makan org terutama org2 luar/asing yg xbiasa

intan morsalin said...

wah...la hot spring yer...sya yg org setiu pon x penah agi smpai sana..kalau lata tembakah tu penah la gi....slalunya balik kg sekajap jer..x smpat nak ke mana...kalu cuti pnjg nanti nak bawak anak2 ke la hot spring ler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq