Thursday, September 29, 2011

Gunung Fuji (Fujisan) dari Bullet Train Shinkansen dan Flight

Assalamualaikum wbt...

Hari ni akak nak share foto gunung Fuji....Fujisan...
gunung yang tertinggi di Jepun....cukup terkenal dan setiap pelawat ke Negara Matahari terbit ini pasti singgah ke kaki gunung Fuji. Kalau summer boleh daki ke puncak dan merupakan aktiviti lasak yang menarik...naik pakai kereta boleh tapi half aja...lagi separuh kena daki dengan kaki sendiri untuk ke puncak...




Hari ni nak share gambar gunung Fuji dari sisi iaitu semasa naik bullet train menuju ke Tokyo dari Mie (Nagoya).
Cantik time ni kerana gunung fuji kelihatan putih ditutupi salji....shinkansen atau bullet train mengambil masa kira2 1 jam 40 minit ke Tokyo dan kalau kereta biasa boleh cecah 8 jam perjalanan. Bayangkan betapa laju...gambar pun dapat snap ngam2 jer....

Gambar dari atas flight juga diambil beberapa hari selepas tu...cantik nampak keseluruhan gambar funung fuji yang dilitupi salji....

So kalau mahu melancong ke Jepun mendaki gunung Fuji elok pergi waktu summer...sebab atas tu sejuk ada salji lagi....

Dari Tokyo boleh terus naik shinkansen (bullet train) ke Shizuoka (Hamamatsu) ataupun dari Nagoya naik bullet train juga ke station tadi...senang travel di Jepun sbb public transport train ada di mana2....:)

1 comments:

Zaidani said...

Cantik mount fuji dari atas....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq