Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya- Raya 2011 di Homestay MamaLuv Villa, Gong Badak Kuala Terengganu

Askm wbt dan salam sejahtera semua.

Selamat Hari Raya dari mama sekelurga...
maaf zahir dan bathin yaa:)


Terlebih dahulu mama mohon maaf kerana hampir sebulan menyepi...
Iya lah sepanjang bulan puasa mama hilang...blog berabuk jer nampak...
Bukannya mama letih atau penat berpuasa tapi sibuk menyiapkan homestay before menjelang hari raya...

kerana tahun ni, 2011 mama sekelaurga plan nak siapkan rumah kami...rumah yg plan nak jadikan homestay tu boleh duduk sebelum raya...jadi raya tahun ni tak laa berebut2 dengan adik2 di rumah famili mama yang tak jauh dari homestay atau rumah kami tu...



 Nak cerita sikit rumah mama tu terletak dekat ...memang dekat sangat dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin). Market kat sini alhamdulillah sebab ada dua IPTA ni homestay memang tak cukup...



Selain daripada Universiti dekat jugak dengan Institu Latihan Perindustrian, MRSM KT dan Maktab Perguruaan Dato" Ghazali. Area sekitar adalah Kelab golf tok Jembal,  Kawasan perindustriaan Gong Badak dan Airport...dan tak lupa jgk pasaraya HKS...semua dekatlah dengan mamaLuv Villa ni..


Kami bagi nama mamaLuv Villa kerana sempana nama blog mama dan biarlah nama tu jgk jadi nama villa idaman kami...

Alhamdulillah raya hari tu sempat siap dan kami beraya di situ pada raya kedua selepas beraya di rumah keluarga suami di Jertih...raya ketiga buat doa selamat dan open house skit...maap sekali lagi yek tak sempat nak jemput...tapi syawal sebulan ... semua jemput kerumah kami beraya ye...

Sekarang secara rasmi mama dah launching homestay mamaLuv Villa untuk di sewa. Bunglow homestay 4 bilik dan dua bilik air dengan dilengkapi perabut dan segala peralatan termasuk WIFI mama sewakan RM300 perday. Kalau follower mama nak stay boleh kontek mama insyaAllah ada diskaunnya nanti hehhe...:)


Kepada pembaca yang nak tahu tentang homestay kami boleh lah tengok blog villa (http://mamaluv-villa.blogspot.com/) kami dan boleh promote kpd sedara mara dan sahabat handai yang nak datang ke Terengganu...


Selamat bercuti dan selamat hari raya semua...


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq