Saturday, September 24, 2011

Tips Cara Promosi dan tingkatkan traffic ke blog atau web anda

Askm

Just nak share ilmu yang baru dibaca utk tatapan semua...
kalau nak cuba tu silakan...nak share dengan rakan2 lain jugak ok...silakan:)
 
Cara2 nak promosi atau tingkatkan traffic ke blog atau web kita:-

Web/Blog boleh ceritakan tentang apa² perkembangan ttg web atau peribadi kita secara
lebih dekat. Visitor biasanya suka cerita dan update perkembangan terkini. Web atau blog kena selalu update. Search engines juga suka content dan keyword terkini  dan fresh. Boleh try tengok di google atau di blogger.com. Jadikan blog tempat atau kaedah promosi yang berkesan.




Fokus pada ‘niche’ atau topik khusus dgn lebih tersusun. Pastikan content web/blog kita berkualiti
dan unik. Contohnya kita boleh buat topik spt pasal memasak, resepi, sukan, hobi memancing, dan pastikan semua isi kandungan topik tadi diceritakan dgn tips spt kaedah memasak, resepi, petua, dan juga cara nak dapatkan bahan mentahnya serta tak lupa cara nak makan masakan tersebut.

Letakkan video di Youtube atau Google Video dan masukkan sekali link / url web/blog kita. Linkkan kan juga rakan2 atau blog mereka di web/blog kita agar rangkaian lebih meluas.

Gunakan Flickr atau Facebook atau twiteer sebagai batu loncatan promosi cerita cerita atau gambar-gambar berkaitan dng web/blog kita. Letakkan gambar yang menarik atau sesuai dengan cerita untuk dapatkan
publisiti mengenai web/blog kita.

Suggest web atau blog di google atau yahoo. Ping blog juga dapat kita lakukkan dengan percuma utk sebarkan web/blog kita.

Itu aja yang mama dapat rumuskan utk share dengan semua. maklumat yang dibaca...maklumat lain kawan2 boleh tambah dalam ruangan komen utk kita share antara kita semua...tq

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq