Wednesday, September 28, 2011

Tips ke Jepun - Kinkakuji Kyoto Kouyou Autumn musim terbaik

Assalamualaikum semua....apa khabar hari ini...
Seminggu lagi masuk bulan October, rasanya sekejap jer masa berlalu...terkenang musim "kouyou" mean musim daun berwarna kuning sebelum musim luruh....tak lama lagi akan masuk musim kouyou (autumn) di Jepun...Kyoto ni di Pulau Honshu Jepun terletak ditengah2 pulau Honshu. Berdekatan dengan Nagoya, Kobe dan Osaka dan Juga Mie-Prefecture iaitu daerah akak dan suami akak tinggal dulu. Mengambil masa kira2 1 jam dari Kyoto dan Osaka serta Nagoya. Bulan November biasanya akan kouyou di daerah atau kawasan kami...mengikut cuaca makin kebawah makin cepat kouyounya.....






Kalau musim kouyou ni biasanya best pergi berjalan ke Kyoto sebab banyak kawasan tradisional atau kawasan lama di Jepun...sangat di rekomen utk kawan2 kesana pada musim begini...:)


Airport terdekat ke Kyoto, Osaka, Nagoya dan juga Mie adalah airport Kansai International.  Ia terletak di Osaka dan Chubu Centrair International Airport di Nagoya. Dari Airport boleh ambil terus keretapi ataupun taksi ke Kyoto. Kira2 satu jam perjalanan dgn train.


Antara tempat menarik di Kyoto adalah Kinkakuji iaitu Golden Temple ataupun Kuil berwarna Emas...dikala musim kyouyou dengan daunnya yang  kuning keemasan ditambah pula warna temple yg berwarna emas, Memang sungguh cantik permandangannya.  Kuil ni bukan tempat sembahyang...hanya tempat visitor melawat dan merupakan famous place di kyoto....


Kalau mahu bercuti  ke Jepun... di syorkan pada  bulan October dan November iaitu adalah musim kyouyou (musim daun kuning) dan silalah singgah ke Kyoto!!!.  Satu lagi bulan  yang sangat cantik pemandangannya iaitu musim bunga sakura  iaitu pada bulan April.  Nanti akan di ceritakan pada post akan datang... tungguuu... ;)

Salam sayang untuk semua pembaca

p/s: buat untuk rakan2 yg sedang menunggu post akak ttg Japan sebenarnya dah banyak bercerita lama2 sebelum ni.. just boleh klik di Cni aje ya, tq .. 



9 comments:

Nava.K said...

I bet its a wonderful place to visit with lovely sceneries.

Zaidani said...

Ieee bestnya....cantik:)

Fabulous Me said...

Bestnya byk tempat dah mamaLUV dan went to. Nnti make sure cerita lagi dan lagi.. Suke sgt bace.. Lagi2 bab travel n makan... Bole share info. Tq in advance

Kak Eiza said...

sebenarnya dh banyak jugak bercerita bab sepanjang pengalaman duduk di Japan.. kalau Fabulous & rakan2 di sini nak tgk gambar2 pun banyak.. boleh klik kat atas ada sy baru letak linknya di p/s

hcvvorld of Travels and Photography said...

memang cantik kinkakuji..emas cukup bersinar pada waktu pagi saya pergi masa dulu

Kak Eiza said...

Betul.. Student2 kita kat sana pun mmg ramai dtg dr pelusuk tmp semata2 nak bergambar & lihat suasananya yg nyaman..

CIKU said...

mekasih kak..best la info sini..nak tanya dari airport kansai ke kyoto naik teksi atau train tu bajet lebih kurang berapa yek?

Kak Eiza said...

Salam ciku...mama dah jawap di post terbaru ttg keretapi di Jepun. Tq baca:)

DiEtLaSaNgAt said...

Assalamualaikum,

Hi Mama.. Saya akan pergi pada bulan April ni. Tapi saya mengalami kesukaran mencari hotel murah di Kyoto untuk 3 malam 3 orang. Adik beradik nak ikut saya tapi mereka risaukan harga 3 malam untuk hotel sahaja ialah lebih MYR1000. Mama boleh advisekah di mana kami boleh dapat harga yang murah? Mak saya pula x izinkan kami stay di Guesthouse yang bkena share toilet & bathroom. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq