Saturday, October 8, 2011

Baby kuning, masih di tahan ward

Assalamualaikum wbrkt

Kemarin  kami sefamily balik rumah mak mertua, tengok adik ipar.. Jah bersalin, dalam kete dok exciterd tak sabar nak tengok baby.. tapi rupanya baby masih lagi di ward H.U.S.M Kubang Kerian disebabkan kuningnya tinggi, ingatkan dah balik .  tapi Jah dah balik rumah pun.  Pagi tadi masa breakfast  bgtau le mak nak ikut jugak le pergi hospital...  blh gak jalan2 KB.. hehe..

amboi jah... panjang langkah tu Jah.. rapat2 sikit.. hehe

 Jah kena naik kete sorong ni jah.. jauh lagi ni...  ahh lega ada pun (dlm hati Jah.. ;) )




arghh.. kaki tersangkut!.. hati2

olohaaa... kami tak dibenarkan masuk le.. hanya makayah baby jer dibenarkan.. uhukk..

 so menunggu le kami bertiga lama jugak le.. kdg2 bila boring dok mengintai ngan anak saudara, Ika kot tingkap tu tp nampak le sikit2 utk puaskan hati...


 
alaahai kesian ma padan main mengintai kot luar jer la kita ya ma... ehmm ;(


"Jom Kja kita balilk.. baby tak dibenarkan balik lagi le hari ni".... waaa.. hati aku tadi dok tak sabar nak sentuh tak kesampaian jugak nampaknya, pagi besok dah nak balik Kemaman.. entah bila la boleh jumpa.  masa baru lahir ni la aku nak pegang dan cium baunya (aku plg suka bau baby yg baru dilahirkan sebab baunya memang spacial dan wangi) .. last2 suruh jer jah tolong ambil gambar baby banyak2 tadi sebab nak tunjuk pd hubby yg dok menununggu kat parking.



Tadi sempat le Jah tayangkan melalui tingkap.. memang comel!, hidungnya mancung cam ibunya, bibirnya nipis, keningnya brown colour you.. wow besar esok2 jadi rebutan ni ;) .  Dalam hati aku eii kalau aku ni..takkan tinggalkan bayi aku kat hospital sorang2.. terus angkut  sekali 'lampu' tu jemur jer kat rumah di samping boleh menyusu je memanjang kat rumah, haaa... kena bersedia budget tinggi tu harga sewa sahaja dan beratus.  Tapi aku jemur cahaya matahari pagi jer. ;)  okay jugak. tapi kes bayi Jah tak boleh balik oleh kerana darahnya type 0 sedangkan makayahnya darah yg berlainan.. so ada masalah sikit le nak sesuaikan dengan badannya.. ishh tak faham jugak aku ni  psl2 darah ni tp setahu aku yg pernah Dr Yakamura terangkan dahulu (masa bersalin di Japan), antibody badan seseorg yg berdarah O ni orangnya kuat, jarang sakit atau demam. ha.a memang pun sebab aku ni pun dari zaman muda jarang betul demam sampai le sekarang.. kalau demam pun tak pernah melarat dan sekejap2 jer.  Ada betulnya jugak le kata Doktor tu.

Tengok...tidur jer manjang yaa...  macam ni le kalau baby yg tinggi kuningnya memang waktunya hanya dipenuhi dengan tidur, kalau tak kejutkan untuk bg susu memang tak bangun2 le jawabnya sehinggakan terpaksa menggeletek tapak kakinya untuk menyusu . tu pun payah jugak nak celip mata.   .  Itu kalau mengikut pengalaman anak2 aku dulu laa  Masa anak aku kena tahan ward dulu... pernah sekali aku mengintai nurse ambik darah.. aku tak tahan dengar jeritan bayiku tak henti2.. .. aku ni dah jadi gelisah jer manjang. lepas tu aku tgk nurse tu cam tak  berjaya jer.. dok cucuk sekali lagi.  last2 aku pergi jumpa dia.. pagi esok aku tak benarkan bayi ku di ambil darah lagi. aku nak bawak balik terus nak monitor sendiri jer kat rumah. Lepas hubby bincang ngan Doktor dan bla2... so esokkan jugak aku dan hubby bwk balik... than kt rumah memang giler2 aku jaga.. jemur pagi2 sekejap2.. bagi susu dada  setiap 2 jam..  aku makan sayur dan minum susu secukup2nya supaya susuku cukup segar untuk bayiku. lada hitam dan halia aku tahan dahulu ..tak makan langsung disebabkan nanti anakku kepanasan dan payah nak turun kuning, cakap2 org tua le nasihat kat aku.  alhamdulillah.. mmg kuningnya hilang.  so tak menderita le anak aku kena cucuk byk kali dan darahnya bukannya sedikit meleleh setiap kali kena cucuk.. menitik2 penuh satu tisu tuu.. bayangkan betapa tak sampai hati aku tgk... tapi pd sahabat2 di luar sana.. jangan buat spt yg aku buat ni bawak bayiku keluar sedangkan septutnya tidak dibenarkan, masing2 atas risiko sendiri le kalau nak buat jugak.. ;)  

p/s: Dalam pantang memang memenatkan sebab badan masih lemah lagi, waktu tidur pula selalu terganggu disebabkan setiap 2 jam harus bangun untuk menyusu supaya penyakit kuning cepat turun.  dan harus memeriksa lampinya.  Itulah rutin harian sehinggalah habis pantang dan badan mula sudah kembali segar dan sihat.  Tetapi makanan yg berzat spt banyak sayuran, buah dan susu haruslah cukup demi untuk kesihatan bayi yang menyusu badan.  Halia dan lada hitam memang cukup banyak dalam menu harian sepanjang berpantang supaya angin banyak keluar dan rasa kehangatan badan yg segar.  ;)

berita Jah sebelum ini

3 comments:

ida said...

sian nyer kat bby alisha..baru lahir jer dah kena tnggal...nnti ari ni pergi ambik yer mak ayah dier yer..jangan tnggal lama2...

Kak Eiza said...

tu laa... kesian.. tapi doh buleh balik doh tadi kot.. dop call lagi tanya Jah, ni baru sampai rumah kemaman

Fabulous Me said...

hope bby tu get well cpat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq