Wednesday, October 5, 2011

Cuti hujung minggu. Jom pi Terengganu

Assalamualaikum wbrkt dan selamat tengahari.

Hari minggu akan datang lagi...cuti hujung minggu...
Jom pi Terengganu...akak nak post tentang Terengganu especially kat Kemaman ni
Kemaman ni sempadan atau hujung Terengganu...kalau org sini biasanya akan ke Kuantan lebih kerap daripada ke Kuala Terengganu sebabnya kuantan lagi dekat.  Dari Kuala Lumpur ke Kemaman ni dalam sekitar  3~4 jam jer memandu...

Terengganu terkenal dengan kerepok lekor...
kat sini biasanya petang2 budaya lepak di pantai, dengan menjamu  kerepok lekor, satar dan otak2....santai tu biasa le kat sini dengan angin pantai yang senpoii.



Kawan2 kita yang di luar Terengganu...kalau sebut keropok lekor pasti teringat keropok Losong...sebab Losong terkenal hingga sebutan pun keropok Losong. orang tak sebut keropok Batu Rakit walaupun keropok tu di buat di Batu Rakit.  Orang tempatan jarang ke Losong beli keropok..sebabnya kat sini terlalu  banyak tempat lain spt Batu rakit, Seberang Takir, Pantai Kelulut dan Kemaman. Tempat2 ni sebenarnya lebih sedap atau tak kurang ramai pengunjungnya setiap minggu...

Salah satu kedai jual aneka keropok di Geliga

Singgah di Kedai Keropok Cap Ikan Tenggiri

Bagi yang travel ke Kuantan, boleh datang ke Kemaman kalau nak nikmati keropok Terengganu. Dari Kuantan tak jauh hanya 45 minit hingga 1 jam perjalanan jer.  Kalau nak pergi Kuala Terengganu pula dari Kemaman ni maunya ambil masa 2 jam setengah hingga  3 jam (kalau banyak berhenti le)....kalau semata2 nak makan keropok tak berbaloi tuu...

Aneka jenis keropok dan makanan laut

Selain keropok lekor, keropok keping timbang juga enak
 Tapi di Kemaman ni ada jgk keropok yang sedap iaitu di Geliga....boleh google dan tengok map...kalau dari jalan utama, lepas pintu gerbang "Selamat datang ke Terengganu". Dari Cherating akan jumpa masjid Geliga....tempatnya di belakang masjid Geliga dan depan Sekolah Seri Geliga, kat area situ banyak kedai keropok sepanjang jalan ...ada satu lagi kedai warung keropok, satar dan otok2...boleh makan di warung situ berhadapan dengan pantai...kalau hari minggu memang sentiasa penuh dan tak sempat tempat duduk le jawabnya.  Selain tu Kemaman juga mempunyai pantai yang cantik pemandangannya iaitu pantai Penunjuk di Kijal, bila dah ke sini singgah le ambik angin yang nyamannn jer. 


keropok keping


Ikan kering
sotong celup tepung

Kalau dah terlajak ke Kuala Terengganu tu boleh lah pergi ke Losong, pantai Kelulut, pantai Batu Buruk, Seberang Takir dan Batu rakit.  Di pantai Tok Jembal Gong Badak yang berdekatan dengan airport pula terkenal dengan tempat menjamu selera makanan laut yang segar seperti  ketam, ikan, sotong celup tepung dan keropok goreng. Petang2 tu biasanya memang sentiasa  penuh dengan pengunjung dari dalam dan juga luar Terengganu.


Bagi yang nak bermalam di Kuala Terengganu bolehlah bermalam di Homestay akak...mamaLUV.Villa.  Berdekatan dengan airport, UMT, Unisza, ILP dan kawasan keropok tadi di Batu Rakit,. Seberang Takir dan Tok Jembal.

Selamat bercuti:)




2 comments:

cik dah faridah said...

dekat jer tu mamavilla ngan tmpt cik dah...

Kak Eiza said...

Oo ye ke?. cik dah dok mane?
tgk2 jiran sebelah rumah sedara2.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq