Elak tambah berat badan: Diet dengan makan mengikut tempat sesuai

Assalamualaikum wbt


Jangan makan depan kaca televisyen kerana anda akan mengunyah atau makan tanpa menyedari kuantiti makanan yang dimakan. Biasanya kita akan makan makanan seperti keropok kentang, kerepek, ais krim dan coklat...jadi elakkannya.

Jangan makan di meja kerja. Sama juga dengan makan sambil menonton TV kita akan mengambil makanan berlebihan tanpa kita sedari. Keadaan ini bahaya kerana kita tidak memerhatikan apa yang kita makan malah tidak akan tahu berapa banyak dan apa yang kita makan.

Jangan makan di bilik tidur kerana tabiat ini akan cenderung untuk menambah berat badan apabila kita terus tertidur selepas makan.

Jangan makan semasa memandu kerana kita akan mengunyah dengan cepat untuk mengelakkan tangan terlepas dari pegangan stereng dan mata juga penuh tumpuan pada jalan. Oleh itu kita tidak akan melihat makanan yang kita kunyah atau makan.

Jangan makan di dapur iaitu ketika menyediakan makanan ataupun sambil memilih bahan masakan dari peti ais. Tabiat ini akan menyebabkan kita makan tanpa disedari.

Makan bersama keluarga sambil duduk dimeja makan dan nikmati makanan yang kita makan.


2 comments:

Lady Rina said...

huhuhu..akak suka makan depan tv...

Kak Eiza said...

ha.a kena jaga2 tu... ;) nasib baik sy ni plak makan diet.. byk fikirkan takut high cholestrol dlm darah... so mkn pun kira berjaga2 gak.. ;), maklum le bila umur makin meningkat ni mcm2 penyakit blh timbul.

Tips mengerjakan umrah pada bulan ramahdan: Pengalaman Kakja mengerjakan umrah ramadhan 2018

Salam semua... alhamdulillah kakja nak share pengalaman serta tips umrah bulan ramadhan. Alhamdulillah kakja dan famili selamat berang...

Jom Follow Kak Ja