Tuesday, October 11, 2011

Istirehat untuk mengasah minda: Penebang pokok dan kapak tumpul

Al-kisah pada zaman dahulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutan. Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan. Penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin, demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kpdnya.
Penebang pokok dan kapak tumpul

Ketika mula bekerja, majikannya memberi sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yg perlu dilakukan dalam masa yg ditentukan. Hari pertama bekerja, dia berjaya menebangkan 8 batang pokok. Pada petangnya, selepas mendengar hasilnya sangat baik, majikannya memberikan pujian kpdnya. "Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu. Belum pernah ada sesiapa sptmu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu.", kata majikannya. Pujiaan daripada majikannya itu memberikannya motivasi utk terus melaksanakan kerjanya.




Pada keesokkan harinya penebang itu bekerja lebih keras lagi. Tetapi kali ini dia hanya berjaya menumbangkan 7 batang pokok sahaja. Hari ketiga pula dia bekerja lebih keras lagi namun hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin hari semakin sedikit pokok yang ditebangkanya. "Sepertinya aku kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat terus bertanggung-jawab kepada majikanku?", fikir penebang pokok itu kerana dia merasa malu dan putus asa.

Dia menghadap majikannya sambil kepalanya tertunduk lalu meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memberangsangkan itu. Dia mengeluh kerana tidak mengetahui apa yang terjadi. Majikan itu bertanya kepadanya, "Bila masanya kamu mengasah kapak kamu?",tanya majikanya. "Saya tidak mempunyai masa untuk itu, saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga", kata penebang itu. "Nah! disini masalahnya. Ingat hari pertama kamu kerja dengan kapak baru yang terasah tajam, maka kamu mampu menebang pokok dengan hasil yang luar biasa." Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun. "Maka, sesibuk mana pun kamu perlu meluangkan masa untuk mengasah kapakmu, supaya setiap hari kamu bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum." Sekarang pergilah asah kapakmu dan segera kembali bekerja!", Perintah majikan. Sambil menganggukkan kepala dan mengucapkan terima kasih, penebang itu berlalu di hadapan majikannya untuk mengasah kapaknya.

Moral: Sebenarnya betullah kata bijak pandai. Istirehat bukan bererti berhenti, tetapi perlu untuk menempuh perjalanan yang lebih jauh lagi dan mencabar. Berhenti sejenak untuk muhasabah diri dan membaca agar dapat ilmu serta mengasah minda kita untuk terus berjaya!!

Sumber: Tazkirah Remaja oleh Datuk Mohd Zawawi Yusoh

3 comments:

ReYnn said...

betul2!!!! =D

Miss Padora said...

cerita simple p penuh dengan nasihat tersirat... =)

Kak Eiza said...

;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq