Friday, October 7, 2011

Perjalanan ke Songkla - Pasar Terapung Hatyai pasar perahu yang unik 2

Assalamualaikum...

Hari ni akak nak sambung cerita perjalan ke Songkla...selepas penat jalan2 sekitar Hatyai/Songkla kami di bawa ke Pasar Terapung Hatyai. Pasar terapung ni memang unik kerana semua peniaga menggunakan perahu. Setiap perahu ada berbeza makanan atau juadah yang dijual...kalau masakan panas tu siap masak atas perahu lagi...ramai betul pengunjung yang tak putus2 kesini...yang berniaga ni bukan aja makcik atau pakcik tapi ada anak2 dara yang cantik dengan pakaian traditional Thai yang memikat pengunjung... bermacam aneka ragam..satu keunikan yang ada peniaga berperahu ni akan hulur makanan/barang niaga  kepada pembeli yang melalui jejantas atau jambatan persisir air dari perahu mereka dengan menggunakan galah panjang.
Pembeli akan letakkan wang bayaran kedalam galah yang hujungnya ada bakul dan ambil makanan yang dibeli. Duit baki dupulangkan cara yang sama...sungguh unik..:)
Pelancong yang kesana enjoy beristirehat sambil nikmati permandangan sungai, makan, dan santai...berbas2 pengunjung yang datang....
















2 comments:

Fabulous Me said...

bestnye.. k.eiza jln lagik!

Kak Eiza said...

Jalan lagik? hehe... :)
Nanti nak pg jln2 pulau redang... InsyaAllah... Next year. Jom le pg sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq