Wednesday, October 5, 2011

Perjalanan ke Songkla - Trajedi berdarah serangan di Masjid Kerisek (Kru Se Mosquse)

Assalamualaikum wbt...

Alfatihah……….!!!
Serangan berdarah...peristiwa menyayat hati...
Lima tahun telah berlalu, peristiwa pembunuhan kejam beramai-ramai dalam masjid Kerisik (Kru Se mosque) oleh tentera penjajah Thai. Peristiwa sedih penyembelihan kejam ini berlaku pada pagi 28hb April 2004 di masjid Kerisik.

Kesan tembakan

Masjid Kerisik-tempat bersejarah


Masjid Kerisik ini merupakan sebuah masjid tinggalan kerajaan Melayu Patani dizaman kegemilangan nya (1853) yang terletak di daerah Pattani, Thailand. Pada 28 april 2004, seramai 32 anak-anak muda yang berumur dari 16 hingga 34 tahun dan 80 jemaah lain telah gugur syahid sebagai korban menandakan bermulanya dan bersemarak semula kebangkitan perjuangan pembebasan rakyat patani. Mereka di bunuh tanpa senjata oleh tentera penjajah Thai dengan perentah yang datang dari istana raja Thai melalui General Panlop Pinmanee. Walaupun General Chaovalit memerentahkan supaya tentera hanya mengepung dan berunding dengan pemuda-pemuda tersebut, tetapi mereka engkar dan dengan kejam sekali membunuh pemuda-pemuda tersebut dengan menggunakan berbagai jenis senjata termasuk senjata berat dan helicopter dalam pertempuran selama lebih 7 jam.


Hubby sempat solat dalam masjid ni...

Sumber rujukan fakta: Wikipedia (gambar di ambil masa perjalan ke Songkla)

Semoga perjuangan mereka diberkati dan Patani akan aman....




nnt next post akak akan tulis berkenaan pasar terapong di Songkla...tunggu:)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq