Tuesday, October 4, 2011

Tip mengurangkan Gejala Resdung



Assalamualaikum wbrkt dan salam sejahtera buat sahabat2ku.

Satu hari kemarin merupakan hari yang paling memeritkan bagi diri aku.  rasanya seolah hidupku tak sempurna. Segala rutin harianku tersangkut dan tak terbuat.  bila la penderitaan ni nak berakhir?? kenapa begitu sukar nak menyelesaikannya sedangkan pelbagai cara dah ku cuba untuk selesaikan.  Ya Allah.. sembuhkanlah apa yg aku alami ini Ya Allah... moga2 aku akan menjumpai 'ubat' yang mujarab yg terus boleh menghilangkan penderitaan yg aku alami ini.


Inilah keluhan aku setiap kali resdungku datang.  kemarin memang menyeksakan betul buat aku.  air hidungku keluar seperti air paip yg tak sudah2 mengalir, mata gatal2, kulit muka pun spt ada sesuatu yg merayap. bersin jangan nak kata le tak berhenti2. Bila teringat balik puncanya..  sehari sebelum tu ada  buat majlis open house.. so banyak le makanan dan bbq, mungkin kerana aku termakan sedikit sotong bakar yang sempat aku rasa sedikit dari pinggan anak sedara aku terus keesokkan harinya bermulalah penderitaan resdungku.. hahaha.. tu lee.. degil sangat dah tau ada resdung pergi berani telan tu sape suruh? betul tak.

So sebelum nak tidur semalam hubby tersayang aku carilah maklumat tentang resdung.  maka terjumpalah satu laman web bio-asli berkenaan minyak kelapa dara yang boleh menyembuhkan.  sebelum tu mari kita lihat apa tanda2 resdung ya..
Apakah tanda-tanda anda menghadapi masalah resdung?
  • hidung anda sering berhingus
  • berkahak
  • hidung gatal-gatal
  • kerap bersin (terutamanya pada waktu pagi)
  • mata yang selalu gatal & berair
  • tidur berdengkur yang kronik
  • tidak sedap badan
  • letih dan sakit kepala pada waktu pagi
Selain resdung, apakah ada nama lain atau Nama saintifik Resdung?
Nama saintifik resdung ialah SINUSITIS

Adakah resdung boleh dirawat atau diubati atau disembuhkan?
Jawapannya ialah YA.  BOLEH DI RAWAT.  Lebih elok, kalau anda dapat mengesan penyakit resdung ni di peringkat awal. Maka lebih mudah untuk merawatinya.

Apakah punca yang menyebabkan alahan Resdung ini?
resdung disebabkan oleh alahan terhadap;
  • habuk
  • pepijat
  • kutu
  • makanan tertentu

Apakah sumber alahan yang dihadapi oleh pengidap Resdung?
Menurut pakar, sebanyak 90 peratus daripada alahan disebabkan oleh ;
  • selimut
  • bantal
  • tilam
  • binatang peliharaan
  • bedak herba
  • ubat-ubatan
  • buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.

Apakah risiko yang bakal dihadapi sekiranya Resdung tidak dirawat?
Kalau ia melarat dan teruk, penghidap resdung mudah untuk menghidapi penyakit yang lebih serius seperti;
  • penyakit TB
  • kanser
  • jangkitan kulat,virus dan bakteria
  • memberi kesan kepada telingan (boleh menjadi pekak)
  • memberikan kesan buruk (komplikasi) pada otak
  • merosakkan penglihatan (boleh menjadi buta)
  • Lelah/Asma

Adakah Resdung ini boleh berjangkit pada orang lain melalui bersin?
TIDAK, ia tidak berjangkit.

Ada tak petua atau tips untuk mengelak atau menyembuhkan resdung?
Ya, memang ada.  Cuba amalkan petua di bawah ini;
  • Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
  • Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sentetik (tiruan).
  • Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat  daripada bulu binatang
  • Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
  • Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.
  • Berhati-hato bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.
  • Selalu basuh barang permainan yang lembut.
  • Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.
  • Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain.  Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.
  • Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.
  • Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.
  • Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.
Ada tak ubat mujarab bagi alahan resdung?
Ubat memang banyak tapi mujarab ke tak tu, tak tau.  Kena cuba sendiri.
Salah satu ubat yang dikatakn mujarab ialah MINYAK KELAPA DARA!


Menyiksakan!!! Dan takut jgk kalau tak dirawat nnt melarat...
Selamat mencuba insyaAllah kita sama2 mendapat pertolongan dan hidayah Nya..Amin!!

entry Resdung:
  1. Merawat resdung dengan Berbekam di Bahagian Muka
  2. Merawat resdung
  3. no Entry pasal rawatan ni - merawat resdung dengan menyedut serbuk herba, pastu akan terbersin dan akan keluar le segala lelehen dr segala rongga mulut dan hidung, tapi mama xkeluar apa2 pun sbb sblm pergi tu pagi makan ubat resdung so tak jalan le, tapi anak mama kluar le sikit... tp tak menjadi gak... ;(  
  4. resdungku-dah-99-sembuh-syukur-kepada.html


7 comments:

cik dah faridah said...

sy pun ada resdung gak...kdg2 bersin time pagi2 buta....

kena amalkan vitamin c jgk kalu nk elakkan bersin kan...

stakat ni blum try lg myk kelapa dara...ok erk..

Kak Eiza said...

vit c pun dah lama sy amalkan tapi takde perubahan jugak.. uhukk.. memang resdung ni kebal segala ubat kot. tapi try minyak kelapa dara ni tgk camne kesannya.. sbb blum cuba blum tau kan

Me Elyssa said...

memang tak selesa sgt sebab resdung ni. especially bila time kemas rumah ke, atau time baru pindah rumah. asyik bersin sbb habuk sampaikan kadang2 tu demam.

MamaEma said...

nice tip

nasib baik saya tak alaminya..ALHAMDULILLAH

Kak Eiza said...

mmg ramai di kalangan kita ni alami resdung... aduhaii.. memang teruk sgt kan, nasib le kita... tapi walaucamne pun mesti ikhtiar gak cuba pelbagai cara... dengan minyak kelapa dara ni harap2 ada kesan yang positif.. InsyaAllah ;)

razwien said...

Saya nak bagi petua tradisional ni untuk rujukan kita semua:

Sediakan beberapa hirisan bawang, beberapa helai daun sirih dan secubit biji sawi. Bahan2 ni di campurkan dalam air yang menidih, kemudian boleh la wap kan ke muka...Insyallah mujarab dan perl di amalkan sekerap mungkin... :).. salam perkenalan kengkawan...meh singgah fb kami https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202871302971306&set=a.2169288679460.125869.1464017521&type=1&theater

lan86 said...

Salam sy nk tnya ni sbb sy xthu la pnyakit yg sy alami skrg sama ada resdung etc tp bersin2 xde plak cuma lendir2 dlm hdung tu berbau krg mnyenangkn la..itu resdung ke..?? Plzzz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq