Saturday, November 19, 2011

Acara kemuncak - Acara bersunat ramai2

Assalamualaikum semua

Hari ni sabtu, 19 Nov 2011 merupakan hari bersejarah bagi anak kedua mama...Rifqi Shafiq. Semalam acaran berarak dan mandi beramai2 manakala hari ni merupakan kemuncaknya iaitu majlis bersunat ramai2 di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Kemaman.
Bermula jam 8 pagi lagi tapi Afiq bangun awal sempat lagi main play station sambil makan nasik lemak...iya lah lps ni dah tak boleh makan ikut sedap jer..kenalah pantang sedikit baru cepat sembuh....



Jam 9 baru bergerak ke Sekolah Teluk Kalong...giliran yang ke 17...lama lah pulak kena tunggu. makin berdebor lah si Afiq nih hehe...tapi ramai2 dgn kawan2 dia so nampak dia rilex jer..maklumlah setiap kawan yang keluar nampak tersenyum jer:)


Jam 10:30 giliran Afiq masuk...selamba jer terus baring atas katil...ready utk di sunatkan...ni abah dia yang temankan si Afiq kat dalam...mama kat luar jer...sama kaum ibu yg lain....

15 minit pastu nampak afiq keluar dengan senyuman...mama beri minum teh hangat dan rehat 5 minit sebelum naik kereta pulang kat rumah...5 minit jer dari sekolah tu...


Beginilah keadaan Afiq kenalah baring...insyaAllah sepuluh hari lagi boleh lah main bola petang2 dengan rakan2nya cam biasa....

Alhamdulillah selesai topik berkhatam ramai 2011 di Teluk Kalong...selamat bercuti semua:)





2 comments:

EG said...

Teringat nostalgia zaman kecik2. Haha

Kak Eiza said...

bezanya sekarang semakin modem cara penggunaan prosesnya kan... Alhamdulilah.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq