Thursday, November 10, 2011

Batrisya di serang asma dan batuk2

Assalamualaikum

Kesian Isya dah dekat 2 minggu tak sihat...:(
selepas balik mandi pantai kat Kijal hari tu terus demam..
baik jer demam sakit perut plak sebab kurang selera makan so perut masuk angin..
Isya ni biasanya bak makan dia nombor satu , mama dok dapur dia le org pertama menadah pinggan. tu le bila time sakit taknak makan sedey gak tengok. Isya ni juga tak le cerewet cam kakaknya Basma yang sememangnya payah nak makan..., masak le apa2 menu yg best menu roti jugak yg dia nak.



Pasal Isya yg dok tak sihat jer ni skrg perut nya pulak keras2 dan kembung, makan le pelbagai ubat pun &, sapu minyak yu yee pun masih jugak tak berkesan.  akhir sekali Doktor yg sama jugak merawat Isya menukar ubat baru dalam bentuk kapsul (utk buang angin).. kalau di campur air ubat tu berupa cam soluble yg utk selsema tu.. berbuih2 bila di campur air. masuk 2 hari Alhamdulillah.. perutnya dah ok.  legaa sangat rasanya..

Kalau  batuk pulak memang lagi terseksa menengoknya...batuknya cam tak lepas, banyak kahak.. tidur malam pun dadanya berbunyi.. so bawak le 2 kali pergi cairkan kahaknya di klinik sebelum nak balik kampung sambut raya hari hari tu....



Keesokkannya terus muntah berpanjangan..batuk jer muntah.. memang teruk.  perasaan risau ni membuak2.....jumpa Doktor esokkan hari tu dia cakap okay le tu.. bagus sebab kahak tadi keluar semua bersama muntah tadi.. kalau tak muntah dia akan keluar melalui najis.
Lepas pada tu Isya nampak okay sikit ...tapi batuk still tak ilang lagi ada sikit2..., tapi mungkin sekarang udara sejuk .. hujan berpanjangan yg buatkan payah nak sembuh kot.. ye laa.. tambah lagi banyak dok lam kereta berjalan jauh balik kpg..

Raya haji lepas..Isya mula batuk teruk lagi...berlarutan dan nafasnya termengah2 .. tercungap2...puncanya si abangnya ada bagi minum minuman sejuk.....maklumlah raya haji...semua kawan2 sepupu ada...bila tengok sepupunya makan dan minum Isya apa lagi terus join sekali.
tapi ubat batuk tu mmg sentiasa standby le..

Raya ketiga bergegas pulang ke Kemaman jumpa Dr Elina, ...dia kata Isya ni macam abang dia, Syafiq ada asma...kalau kritikal dan berjauhan dari klinik bahaya...iya lah kalau kes seperti hari raya lepas dengan pernafasan dia bermasalah...camna nak recover....emergency tuuu...

Jadi doktor cadangkan beli alat sedut ubat asma untuk baby yg boleh diguna kat rumah serta masa emergency seperti gambar kat atas tu iaitu ArroChamber plus Flow-Vu (Anti-static valved holding chamber for use  with inhales) for 1-5 years. bersama ubat spraynya iaitu Flixotide, Evohaler 125 mg

Time guna sedut ubat melalui corong tu nampak cam Isya suka jer sebab asyik tersenyum,.mungkin dia tahu tu akan redakan pernafasannya kot...mama rasa alatan tu amat perlu apabila terjadi kes kat kampung cam hari raya lepas tu...kalau terjadi tengah malam2 camna le nak bawa ke hospital kalau asmanya melarat....



Tunggu next post mama cerita treatment Isya dgn alatan barunya....dan mama akan share sebab2 asma pada baby dan pantang larang, ni pun mama baru tau semua ni bila anak dah terkena.  (Isya terkena asma ni baru dalam bulan ni.. Novemmber 2011) ...cari dan baca dalam internet rupanya kena air mandian ptg2 tak boleh sejuk..mandi tak boleh lewat petang..kena air panas...makan pulak ada yang perlu dikawal....dll

kawan2 yg ada petua pantang larang boleh gak kita share sama2 ya kat komen dibawah...thanks....
harap2 Isya cepat sembuh sepenuhnya.....
amin:)





3 comments:

Fabulous Me said...

Allahuakhbar.. Harap baby ni cepat sembuh. Haru dibuatnye kalu baby demam..

anggun said...

kat manew nak beli alat ni..?

Kak Eiza said...

Aslkm...
Sis Anggun boleh dapatkan di klinik pakar kanak2.. ni akak pun beli di klinik.. tapi d setengah farmasi pun ada jual sis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq