Saturday, November 26, 2011

Hotel murah di Osaka

Assalamualaikum

Ada pertanyaan buat mama ttg hotel di Osaka. Hotel murah di area Osaka, Kyoto dan Nagoya kat mana? Mungkin ada terbaca ttg post mama sebelum ni ttg Kyoto....kerana Kyoto ni bandar lama Jepun dan banyak tempat menarik yang boleh kita ziarah. Bila ada pertanyaan ttg hotel yang murah melalui shoutbox mama...mama lebih senang jawab ikut post ni...semoga dapat membantu yaa:)

Hotel di Jepun, bukan hanya Osaka dan Tokyo mahupun tempat2 lain semuanya mahal2 belaka. Lainlah kalau Bandung boleh dapat bawah RM100 tapi kat Jepun nak cari yang paling murah pun boleh dapat sekitar RM200 semalam...cuma kena rajin cari jer:) Kalau cari ikut Agoda.com ataupun Trip Advisor atau booking.com banyak hotel murah yang boleh di booking awal sesuai dengan planning kita.
Chisun Inn Osaka



Kalau area Osaka tu mama tengok hotel Chisun hotel group. Hotel Chisun Inn agak murah boleh dapat RM170 semalam dan hotel ni agak baik kerana dekat dgn station keretapi Shin Osaka dan Umeda jadi senang nak kemana2. Shin Osaka station juga merupakan station keretapi laju Shinkansen so boleh nak pergi Nagoya atau Tokyo terus dari sini.
Chisun Group Hotel Osaka

Satu lagi hotel yang agak murah adalah hotek Raizan Hotel berbintang 1.5 star harga RM160 semalam. Hotel ni berdekatan dengan station Japan Railways line (JR Line) Shinimamiya Station.berdekatan juga dgn subway station dan bandar Shinsakaei jadi senang nak bergerak bila dekat dgn public transport ni terutamanya train station dan subway. Kalau nak selesa dan luas ambil Japanese type room ada cam toto jer tapi bilik luas lah tak seperti bilik style barat ada katil so sempit.
Riazan Hotel Osaka

Kalau nak hotel atas RM200-RMR350 tu banyak dan boleh serach sendiri kat agoda atau trip advisor yang banyak hotel murah around Osaka. Semoga dapat membantu ya:)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq