Friday, November 18, 2011

Kenangan abadi upacara adat - Majlis perarakan berkhatam ramai-ramai dan bersunat

 

Assalamualaikum wbtk..


Semalaman mama dok sibuk buat pulut kuning ngan telor merah 10 biji seperti yang di kehendaki oleh pihak penganjur.. (pulut semangat utk di bawa semasa perarakan esokkan hari)
Utk buat telur merah tu mmg jenuh jugaklah nak warnakan nak kasi betul2 melekat warna merah tu. hihi kelakar..  dok golek2 beberapa kali jugak sampai le menjadi... okayssss puas hati.   telur merah ni tujuannya cuma nak  naikkan semangat pulut kuning je  tadi...pastu proses wak pulut kuning atau kata org Terengganu ni nasi kunyit.  berjam2 jugak le nak kukus hingga masak.. pastu nak kena angkat balik dan gaul ngan pati santan yg tlh di gaul ngn garam.gula.


 




 si kecil yg suka teman mama dok dapur..
 
lepas masak tu bermangkuk2 jugak le dok menambah Isya ni dok makan.. masa ni dah jam dekat 12 malam. penat dan ngantuk sangat2.. tp kuatkan semangat penat tu untuk anak tersayang yg bakal nak memasuki alam remaja yg 'matang' "  hehe.. pasni boleh nampak le cepat membesar dan suara berubah.. haha


okay... cerita pasal pulut kuning selesai.  Pasal Cuti sekolah yg panjang ni datang lagi....yeaaa jerit anak2 mama:), tapi dalam hati waaa bersedia le mama dengan fulltime memasak xhenti2... baju bertimbun2 tambahlagi musim hujan ni uhukk seksanya nak menjemur.  Rumah bersepah macam tongkang pecah...tapi meriahlah dgn kerenah anak-anak mama yang 5 orang ni.. penat tu memang le penat tp tu dah tanggungjawab dan adat membesar anak2 yg masih kecil.. memang le macam tu. esok bila dah besar baru le terasa rindu balik di zaman kanak2 doraang semua ni.

okay.. bersambung pasal sunat atau khatam hari ni  hari yang bermakna buat anak mama yang kedua...si Syafiq.  Selesai sudah upacara perarakan berkhatam beramai2 peringkat DUN Bukit Kuang dan Kijal..  Esok pagi pula upacara bersunat pulak ramai2...(upacara perarakan berkhatam, tepung tawar dan bersiram sebelum bersunat ni merupakan acara tradisi dan adat kat sini..berpesta sakan budak2 ni:)



Pagi tadi memang kelam kabut jam 7 pagi...dengan nak siapkan anak2...nak hias pulut dan peralatan berarak lagi...perarakan pula akan bermula jam 8 pagi hari ni dari Sekolah Teluk Kalong...woww memang segak Afiq dengan berbaju melayu dan bersamping.. (yg lucunya hp mama yg dah set alarm semalam utk bangun kul 6 am rupanya ter set 6 pm.. kalut la punya kitaorg terkejut lewat.. adussss... mongah22!

Rombongan menuju ke Sekolah Bukit Kuang yang perarakan utamanya dgn naik lori akan dilakukan mengelilingi kampung...penuh selori yang sepanjang trailler tu...ramai sangat dgn pelbagai fesyen  yg ada....

Perararakan bermula jam 9 pagi selepas ketibaan Menteri Besar Terengganu...yang mengetuai perarakan mengelilingi kampung...sambil diiringi paluan kompang...

Pesembahan silat sebelum anak2 melangkah masuk ketempat bersanding dan menepung tawar...dan makan pulut semangat..
selepas ucapan perasmian MB secara rasmi upacara menepung tawar dan bagi makan anak2 dengan pulut semangat dijalankan...sekitar 60 orang peserta rasanya tadi..

Anak2 standby untuk acara bersiram slps selesai makan pulut kuning...kecut semua kesejukan disiram dari air pili bomba unit penyelamat...takpa esok nak berkhatam kan..kena berani dan bersemangat:)

 
 
Selesai bersiram anak2 menukar pakaian dan menjamu selera bersama ibubapa dan penduduk kampung sebelum bersurai...

Esok acara kemuncaknya berkhatam akan bermula jam 8 pagi di sekolah Teluk Kalong..Gambare Afiq...esok bermulalah alam remaja afiq...mama doakan agar Afiq sentiasa bersemangat dan menjadi remaja yang baik dan disegani...fightoooo:)




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq