Friday, November 25, 2011

Musin banjir datang lagi

Assalamualaikum..

Hujan tak berhenti mencurah2 dari pagi sampai ke malam....kain dan bertimbun tak kering2...petanda musim banjir datang lagi...Bila hujan seharian segala kerja jadi perlahan...tapi setengah2 orang musim banjir ni punca rezeki...ada pulak cam pesta dan ada pulak yang tak suka musim banjir ni...apa2 pun kena hati2...jangan leka nanti jadi bencana yang teruk pula...jaga kanak2 sbb yg suka biasanya budak2...share post keratan akbar ttg banjir di Terengganu kat bawah.....


KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu tidak banyak berubah petang ini berbanding pagi tadi. Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negeri, Ahmad Redza Arshad, berkata jumlah mangsa terkini ialah 1,406 orang berbanding 1,439 orang pagi tadi. "Seramai 33 orang mangsa di daerah Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini setelah air hujan yang melimpah surut di kawasan berkenaan," katanya.


Beliau berkata, penduduk yang tinggal di pusat pemindahan ialah Besut 560 orang, Setiu 671 dan Hulu Terengganu 175 berbanding 208 mangsa, pagi tadi. Katanya, pada masa sama jumlah pusat pemindahan berkurangan kepada 18 petang ini berbanding 21 pagi tadi. Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran negeri (JPS), berkata paras air di kebanyakan sungai utama di negeri ini sedang naik berikutan hujan lebat, sejak malam tadi.

Beliau berkata, di Besut, di Kampung La paras air terus naik dan kini melebihi tahap bahaya 19.2 meter pada bacaan jam 1 petang ini. Begitu juga Sungai Nerus di Setiu sehingga kini paras air di tiga tempat melebihi paras bahaya petang ini berbanding dua tempat pada sebelah pagi. Katanya, di Jambatan Permaisuri, air berada di paras 9.14 meter berbanding tahap bahaya 8.8 meter, di Kampung Langkap 22.95 meter (bahaya 22.5 meter) dan Kampung Bukit 13.7 meter (bahaya 12 meter). - BERNAMA

Mama harap semua boleh ambil langkah jaga2....selamat bercuti semua...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq