Friday, November 11, 2011

Omedetou! Tahniah untuk baby baru lahir 11.11.11

Assalamualaikum

Apa kabar semua hari ni...hari ni jumaat 11 November 2011 iaitu 11.11.11.
Ramai yg nanti hari ni dan ramai yg berharap nak dapat tuah dengan angka ini.
Tapi mama harap apa2 pun jangan sampai ada kepercayaan khurafat yg boleh memesongkan akidah kita...dengan percaya tuah angka 111111 ni:)

Walaubagaimana pun ramai ibu2 atau bapa2 mahukan anak yg bakal dilahirkan, lahir pada 11.11.11....bukannya apa senang nak ingat tarikh lahir tu hehee:)

Jadi mama nak ucapkan OMEDETOU (bahasa Jepun) dan TAHNIAH kepada IBU yang melahirkan baby mereka dengan selamat pada hari ini. Semuga murah rezeki dan jadikan anak yang soleh atau solehah...amin.



Mama juga nak ucapkan TAHNIAH pada kawan mama, Syikah yang lahirkan babynya...katanya tentative nama Adam Shahriman...so Tahniah dari mama sekeluarga ya:)
Pinjam gambar Baby - Adam Shahriman

Bercakap tentang angka 11 ni mama nak ucapkan tambahan TAHNIAH untuk ibu atau baby yg dilahirkan di Terengganu pada hari ni....nak tahu kenapa?? Angkanya jadi makin cantik iaitu IC atau kad pengenalannya jadi 111111-11-XXXX
kan cantik barisan angka sebelas tu ya....

Satu lagi mama nak tambah sikit lagi TAHNIAH buat baby kelahiran Terengganu yang lelaki....nak tahu kenapa??
Anak lelaki IC atau kad pengenalannya akan berakhir dengan angka ganjil di belakang iaitu nombor 1,3,5,7,9....so peluang atau kebarangkalian kad pengenalan baby lelaki Terengganu tadi berakhir dengan angka 1 ada disitu:)
So kebarangkalian akan jadilah IC atau kad pengenalan yang menarik (kalau ada yeer) 111111-11-1111
kalau tak pun still ada nombor satu kat belakang sekali tu yer...

Walau apa pun TAHNIAH sekali lagi buat semua ibu2, bapa2 dan baby yang lahir pada hari ini 11.11.11.

Tahniah juga mama ucapkan buat pembaca blog mama juga...terima kasih






1 comments:

hah said...

to some people.. today is the date to remember... to some people.. today is the date not to remember...

by d way...congratulation..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq