Monday, November 28, 2011

Percutian di homestay... rehatkan badan & minda

Assalamualaikum wbrkt

Kelmarin nak buat entry ni tp dok sibuk belajar ngan hubby pasal akcess post ke smarphone. so sekarang baru le berpeluang buat entry panjang siket bila semua anak dah tidur.

Sekarang ada di Padang Nenas, K.Trg. di homestay mama.. nasib baik kebetulan takde penyewa dalam 2 minggu ni, sebab 2 hari lepas baru keluar penyewa mama yg juga kawan baik mama dari Perlis selama 4 hari sbb nak melawat anaknya pergi Jambori di Telaga Batin tempoh hari. Mama balik kpg ni (Kuala Terengganu) ni pun memang tak rancang pun.. sebab dah planning nak balik 2.3 hari lagi.. sebab hubby nak pergi ke Japan esok pagi selama seminggu.  

okay mama hanya nak postkan gambar2 otw sepanjang ke mamaLUV.Villa.  .. jom layang gambar

kampung Merchang di sepanjang jalan ni ada jual  jagung bakar dan rebus, rakan2 yg dari KL ke KTrg boleh le singgah beli banyak2 ;)



sedap...

keropok lekor ni  kemek sikit rupanya.... hihi.. tapi sedap dan manis.


jam 6 petang sampai di Kuala Bekah untuk mama buat rawatan rokok resdung dan stim dengan herba. Niat nak buatkan rawatan untuk afik sekali tapi nampak tertidur lam kereta kesian plak nak kejutkan.  takpe le.. next week selepas abah balik dari Japan kita pergi semula ya.

Ni dah kali ke 4 mama di rawat kat sini.. masa proses tu wuhhh gatal,  dengan segala rongga mulut & hidung berasap . lepas dah kena stim dgn di sapu herba barulah rasa hilang gatal2 di muka, hidung pun rasa dah boleh bernafas dengan lega serta kulit wajah ni pun rasa segar dan  tegang jer. seketika kot.. hehe... tapi kan time terkena power rokok resdung yg berasap tu mmg tak tahan tau. rasa nak tepis2 jer tangan si Wani tu.. ishh jangan.. nanti terjatuh api ke muka aku nahas pulak.. hihi. Wani ni adik kepada kakaknya yg biasa merawat mama, tapi dah berpindah ke KL bukak kedai merawat resdung di sana pulak ikut suami, kat kedai ni Wani  ambil alih jadi pengganti. Musykil gak mama first dia buat tadi cam xsama spt sblm ni... asyik berenti jer.. haha kelam kabut wani bila mama tegur kenapa asyik berenti. hahaha.  org tengah belajar le katakan.. takpe le mama kasi peluang muka mama ni dijadikan experimen wani ya.. 

ni dalam homestay mamaLUV. nampak tak bersepah giler2 tu.. anak2 mama ni mana2 pergi mesti bawak bekalnya... segala mainan tak sah kalau tak  penuh 2 beg..


Pagi tadi  (time ni anak2 tido lagi) hubby belikan beberapa bungkus nasi kerabu ayam & daging bakar/bbq serta nasi minyak untuk yg tak makan nasi kerabu.. ;)

tdang.. dang.. dangg.. nampak tak.. sedap kan... area kedai2 makan pagi2 kat sini (Padang Nenas) tak sah kalau takde nasi kerabu ayam bakar atau bbq ni, lalu depan kedai pun dah nak meleleh air liur dengan bau asapnya

sementara menunggu anak bangun tidur kemas2 skek rumah ni bersepah dengan toys Basma & Risya. Baru sedap mata memandang ;)

 Wahh.. abah lekanya dok belek news pagi2.. ni perut dah kenyang menyang ni, balik Villa ni memang bercuti sungguh2 le.. kalau  dok rumah Kemaman tu asyik dengan kerja dan mama pula dengan kemas rumah tak habis2 sebab maklum le rumah 2 tingkat & besar memang byk nak kena bersih dan rapi hari2.  bukan rumah sendiri tapi kuartes jer.. heheh... Kalau anak ramai dengan yg masih kecil ni memang akan sentiasa meriah dengan segala toys dan makanan... ;)

Jom makan mangga..hihik.. kalau kat perlis ni biasa kalau makan nasi mesti ada mangga harum manis.. tapi ikut musimnya le. lemak2 manis mangga2 kt sini okay le jugak  tapi masih tak boleh nak tanding dgn mangga harum manis di Perlis tau.. ;(

 "ehh..ehh abah nak buat apa ni.... jangan le...". (aikk tau pulak malunya ya... hihi.),sat lagi boleh le pakai seluar ya.. nanti tahun depan giliran Syahmi plak bersunat.. InsyaAllah.

bland ikan kukus, bawang, lada hitam, halia utk kuah laksam

Sementara dorang di ruang tamu mama siapkan kerja rutin mama masak... menu mama hari ni laksam lagi atas permintaan anak2 mama lagi. Laksam ni pun mama beli di Kemaman, dan kuahnya pula buat sendiri... niat awalnya mkn rumah sana.. tp tak sangka pula balik kpg emegency  macam ni rupa, kelam kabut nak mengemas.. ish abah ni.. penat mama nak kemas cepat2.. angkut bawak dengan periuk kukus lagi.. sampai penuh satu kereta. maklum le balik seminggu sepanjang abah outstaion.
 Haa.. ni dia laksam kemamam beli sebanyak rm15 kelmarin.  sekali makan jer dah boleh habis ni semua..


 tengok tu.. dok blander sambal untuk laksam... blander ni pun angkut dr Kemaman gak.. haha. lawak2.

 Syaidi baru sudah men gapppp laksammm



Ok.. esok sambung lagi gambar seterusnya.. ngantuk le.. dah 2.12 pagi tau.. punyalah bersemangat waja berblogging ni.. hahah.. kelakor pula rasanya. zaman it sekarang kebanyakkan pengguna intenet macam ni le.. dok sibuk bertwitter, facebook dan berblogging.  Saling sharing dan menimba ilmu.

Jumpa lagi... dai daiiiii

Assalamualaikum...

2 comments:

cik dah faridah said...

wah pjgnyer entry kali ni..hik..hik..

kak ieza,resdung idah dah ok..aritu teruk jgk..bersin sokmo..hidung tersumbat..pastu aritu idah beli pencuci muka safi balqis..pakai dalam 2 3 ari terus tak bersin..terasa macam magik plk..

dgn safi balqis hidung kembali ok..tak rase berat dah kat pipi...

cer akak try..kut menjadi jgk...

Kak Eiza said...

Cewah idah ni cam beriklan lam tv pulak.. Hehe.. Ehh ye ke idah. Kja ni kalau bab merawat resdung seme nok cuba. Janji kena usaha gak drp tak berubat langsung blh jadi kansel dengar kata esok2.. Xpe idah kita cuba semua ya.. Insya Allah moga akan sembuh dr keseksaan yg berpanjangn ni deh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq