Saturday, November 26, 2011

Salam maal hijrah 1433H

Assalamualaikum
Photo auc dot Com Mr Google

Salam maal hijrah buat semua blogger dan pembaca:)
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Thanks Mr Google - Gambar pinjam dari Islam.Com



Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Pengertiaan Maal Hijrah atau awal muharram yang mama petik dari wikipedia:
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah. Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya merupakan jalan panjang yang seharusnya diallui oleh setiap muslim. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran. Sama-samalah kita berazam utk melakukan penghijrahan hidup kepada yang lebih baik sempena tahun baru awal muharram ini dan juga tahun baru 2012 yang bakal menjelang...

Salam maal hijrah dari mama sekeluarga dan selamat bercuti:)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq