Saturday, November 12, 2011

Tips melancung ke Jepun - Nagoya Castle, Noritake no Mori, Nagashima Spa Land, Suzuka Circuit, Mikimoto Pulau Mutiara





Assalamualaikum

Hari ni mama nak share berkenaan tempat yang best dilawati di Jepun. Mama rasa ramai yang nak pergi Jepun tapi masih ragu2 nak buat travel plan kesana...maklumlah dengar bahasa jepun pun dah tak nak pergi...nnt tak faham...tapi buat pengentahuaan semua, sekarang ni travel naik train senang dah sana sbb ada dwi bahasa dan tulisan pun ada bahasa english sama cam korea gak...
mama dulu 6 tahun kat sana...masa kesana basic bahasa Jepun zero...tapi alhamdulillah sepanjang disana belajar dengan anak2 boleh lah cakap jgk:)
Nagoya Station

Sekarang nak kesana senang sebab air asia (AA) dah ada...boleh ke Tokyo atau Osaka (Kansai)...ke kansai airport tadi tengok ada sale RM229 promosi (ekonomi)..
Boleh cuba surf kat web air asia...


Sekarang ni musim luruh dan nnt musim sejuk (bln 12,1,2) dan lepas tu masuk musim bunga bulan 3 dan 4 (sakura awal bulan 4)...nak plan trip tu boleh buat dari sekarang yaa....tapi kena tahu kemana dulu nak pergi....betul tak?
Yamazakigawa Sakura

Mama dulu di Mie Prefecture dekat dengan Nagoya, Osaka, Kobe dan Kyoto...
So mama nak rekomen kawasan yang berdekatan area ni dulu...last post dah tulis tentang KINKAKU JI - Gold Temple Kyoto...boleh baca post tu:)
Bagi yang ambil air asia ke Osaka (kansai airport) boleh cari hotel di samada Osaka ataupun Nagoya...senang nak access ke tempat yang mama nak cerita nnt...

Nagoya Castle Sakura

Antara tempat yang boleh di lawati di area Nagoya adalah Nagoya Castle...sangat menarik di bulan 4 waktu sakura kembang. Nagoya Castle bangunan yang sangat uniuk dan menarik binaannya. Tak ketinggalan juga ke Tsurumai Koen (taman Tsurumai) yang dipenuhi pokok bunga sakura....boleh berehat dibawah pohon sakura sambil santai dan makan2...
Tsurumai Koen

Selepas itu boleh juga ke Noritake No Mori atau Noritake Garden atau Notitake Factory bagi pengemar2 pinggang-mangkuk jenama noritake. Boleh lawati muzium noritake disana dan lihat bagaimana noritake dihasilkan. Noritake No Mori ni terletak di Noritake Shinmachi, Nagoya. Bayaran ke muzium utk dewasa dalam Yen500 dan pelajar Yen300, kalau mahu just shopping noritake masuk ke kedai adalah percuma....
Noritake Garden

Noritake No Mori

Noritake Craft Factory

Sekiranya mahukan ke themapark mama cadangkan ke amusement park - Nagashima Spa Land di Kuwana (dalam daerah Mie Prefecture) sempadan dengan Nagoya. Kalau naik train boleh turun di station Nagashima slps Kuwana menggunakan Kintetsu Line dari Nagoya Station. Thema park ni memang terkenal dengan White Cyclone iaitu wooden roller coaster yang terpanjang iaitu 1700 meter panjangnya....


White Cyclone
Nagashima Spa Land

Dari Kuwana boleh menaiki train Kintetsu Line yang sama ke Shiroko Station iaitu menuju hala Tusu dan Yokkaichi dan boleh ke Suzuka Circuit dari Shiroko Station. Suzuka merupakan lokasi F1 dan tempat perlumbaan motor dan kereta F1 yang terkenal di Jepun dan di sini juga terdapat thema park yang terkenal dengan mainan kenderaan bermotor. Dari peringkat umur kanak2 sehinggalah dewasa...bagi orang dewasa boleh berpeluang berlumba cart racing di litar sebenar F1...



Suzuka Circuit

Dari Kuwana boleh terus menaiki train Kintetsu Line yang sama tadi ke Toba Station untuk melawat Mikimoto Pearl Island pula...bagi wanita2 pengemar mutiara Mikimoto Jepun inilah peluangnya...
Di Mikimoto Toba ini bolehlah melihat bagaimanana pearl dihasilkan dan terdapat berbagai jenis jualan mutiara original mikimoto yang sebenarnya....harga sebiji mutiara berbeza ikut kualiti tapi ada yang semurah Yen500 tapi dicadangkan memilih dalam lingkungan Yen1000. Mutiara ni mama bawa ke Malaysia dan buatkan cincin rantai dan sebagainya...bolehlah ikat dengan mas disini...kebanyakan orang Malaysia sememangnya mencari mutiara biji dan perkara ini telah diketahui umum oleh makcik2 Jepun penjual mutiara disana....
Bagi yang mahu set yang dah siap spt cincin, rantai dsb boleh terus pilih jer...banyak design2 yg menarik dan lawa2...pasti rabun mata hehee:) 




Toba Mikimoto Pearl Island

Disamping mutiara, makanan seafood juga terkenal di Toba ....boleh cuba udang karang yang terkenal disini iaitu ISE EBI....harga nya juga mahal jangan terkejut nnt ya...
Selain itu juga kanak2 berpeluang ke aquarium Toba yang terkenal yang ada berdekatan...

Ise Ebi

Mama stop kat sini dulu trip dari Nagoya ke Toba yang perjalanan menaiki Train Kintetsu tadi lebih kurang 2 jam...boleh balik dan bermalam di Nagoya sekiranya tidak mahu bermalam di Toba....
Kintetsu Train ke Nagoya

Jumpa lagi di post akan datang...mama akan ceritakan keistimewaan Nara bandar rusa di Jepun.
Jumpa lagi....

Post terdahulu tentang Jepun:-

1) Kinkaku Ji Gold Temple Kyoto
2) mamaLUV.com: Memory in Japan..
3) mamaLUV.com: memori lagi... part 2
4) mamaLUV.com: Gunung Fuji (Fujisan) dari Bullet Train Shinkansen ...


6 comments:

zette said...

salam.. nak tnya.. dari nagoya ke tokyo, guna train yg mana satu ye? nagoya ni menarik sgt rasanya.. sy bercadang nak tidur sini untuk semalam dua, sebelum melanjutkan perjalanan ke Tokyo.

Diharap mama dapat bantu... :)

Kak Eiza said...

Wsalam Zette..thanks baca blog akak
Nagoya mmg best sbb dekat dgn Kyoto dan juga Osaka...banyak tempat menarik area sini.
Kalau nak ke Tokyo guna Shinkansen (keretapi laju)JR (Japan Railways)
Perjalanan ke sana depand kepada jenis keretapi Shinkasen yg kita naik...kalau naik Nozomi laju lebih kurang dekat 2 jam jer, harga dalam RM320 lebih kurang. Ataupun naik Shinkjansen jenis Kodama yag banyak sikit hentinya tapi murah sikit dalam RM280 lebih kurang...tapi masa lebih dari 2 jam. Kalau naik Train JR biasa boleh jugak banyak henti2 dan perlu tukar train (transit)...perjalanan lebih dari 8 jam rasanya ..harga dalam RM150 lebih kurang...harap membantu zette ye:)

azizi zizi said...

saya akan ke nagoya hujung aprilni..wat research di universty nagoya,, klau nk stay lbih 15 hari mcmana ye,, klau kt itnry kita tulis kurng 15 hri tpi stay hngga 15 hri bole ke or tulisje gi univrsty nagoya 10 hari n yg lain jln2 je tempt lain

haha said...

Salam mama, nk tny., kalau nk ke nagoya, mana tmpat yg paling murah utk stay? Cost brp? Then dr satu tempat ke tempat lain yg mama citer contoh dr museum ke themepark, kenderaan mcmn? Taxi ke paling murah? Brp? Pastu kalau nk jimat cost makan/minum, blh bw instant food dr Malaysia x? Ke immigresn jepun strict mcm Australia jg? Hehe., kalau nk tahu bajet kasar yg dperlukan spjg brada kt nagoya, mama tahu x? Mungkin 3hari ke atas.. kalau ada bajet lebih, blh travel dr nagoya ke tokyo or mana2 yg sesuai.,

Marshella Malik said...

Nak pergi juga la... Seronok pula tgk n baca post puan ni.
Selalunya berapa bajet kena bawa ya?

Melancong Ke Jepun said...

Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

Sila hubungi melalui :
Website : http://www.melancongkejepun.com/
Facebook : Melancong Ke Jepun
Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
Email : melancongkejepun@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq