Tuesday, November 22, 2011

Tips untuk hilangkan STRESS

Assalamualaikum wbt
Selamat pagi semua pembaca mamaLUV.Com
Apa khabar hari ni, harap semua sihat insyaAllah.


Hari ni mama nak share tips yang mama kumpulkan dari bacaan mama dari majalah dan juga internet. Iaitu tips nak atasi atau kurangkan stress. So marilah kita sama2 amalkan insyaAllah mujarab.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup atau stress.

Sentiasa amalkan perkara berikut:-

1) Biasakan diri kita berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi lebih tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Kerja yang susah insyaAllah akan menjadi lebih senang dan mudah diselesaikan.



2) Banyakkan membaca ayat suci Al-Qur'an atau berzikir
Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika kita berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. Amalkan juga berzikir "LAILA HAILLAH" dengan gerakan lidah sepanjang masa ataupun berzikir hati dengan hanya sebutan dalam hati sepanjang masa.

3) Banyakkan juga Solat Sunat
Dirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan atau beriadah
Badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis. Ini akan menyebabkan kita stress memikirkannya.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri kita merana.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil berkeyakinan diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi.


10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

11) Sentiasa bertenang
Sikap sentiasa bertenang dalam setiap situasi yang dihadapi juga dapat membantu kita berada dalam keadaan terkawal. Amalkan amalan diatas dan bertenang insyaAllah kita akan lebih yakin dan kurang stress.

12) Berurut dan berbekam
Berurut dan berbekam dapat membaiki aliran darah dalam tubuh kita. Berbekam dapat membuang darah dan toksin dalam badan dan akan menjadikan badan lebih sihat dan amalan ini baik utk gaya hidup yang sihat.


Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha dan amalan yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dan dikurangkan dengan jayanya, isyaAllah:)






2 comments:

eda_ej said...

huhuhu.. tp kalau kepala dah serabut sangat nak pape pon tak boleh.. heheheh... =D

Kak Eiza said...

tp kan kalau pompuan stress camne pun besenya kalau pergi window shopping atau shopping sakan mesti hilang stress.. hihi... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq