Wednesday, December 7, 2011

AirAsia (AA) sales tawar tambang 10 sen

Assalamualaikum
Hari ni mama dapat email promosi dari AA (AirAsia) tawar tambang murah tiket seposen....10 sen tak masuk charge bahan api, tax, tempat duduk dan bagasi...tapi still murah lah kalau dapat harga seposen tu...berapa seat ada?? tu mama tak tahu...cuma AA yang tahu, pasti limited seat...kaedah cuba jaya disarankan:)

Harapan mama pada AA agar tingkatkan service nya...biarlah harga tiket yang seposen tapi servicenya bukan seposen yea...mama tahu susah nak dapat tiket ni tapi kebarangkalian nak dapat tu ada so selamat mencuba ya:)

Petikan bernama:
AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah, menawarkan tambang perjalanan sehingga serendah 10 sen bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-10, bermula tengah malam hari ini.

Tambang perjalanan itu adalah bagi kira-kira 80 destinasi domestik dan antarabangsa termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, Jakarta, Bali, Medan, Bangkok, Hat Yai, Phuket dan Hanoi.

"Tahun ini sudah tentunya merupakan tahun yang menakjubkan bagi kami.

"Kami bangga kekal sebagai pilihan paling popular di kalangan pelanggan selama 10 tahun sekarang dan kami akan terus melakukan yang terbaik untuk tahun-tahun akan datang dengan menyediakan “Pengalaman AirAsia” yang menarik kepada setiap orang menerusi tambang murah yang hebat,” kata Ketua Serantau bahagian Komersil AirAsia, Kathleen Tan dalam satu kenyataan hari ini.






3 comments:

intan morsalin said...

td try bukak web air asia...search yg tiket sposen tu..pastu ade la table destinasi n harga tiket( all in fare )..cth ke langkawi all in fare rm 16.10..excited nak try booking...bila try booking..tiket jadi 133...huhuhuuh...cam kena tipu plak..mula2 sposen..pastu 16.10..bila booking jadi 133 plak...ke sya yg x reti...

Kak Eiza said...

Intan: thank for baca blog akak.
MMg gitu AA harga mula mmg murah tapi plus Fuel surcharge, tmtp duduk, bagasi, tax, makaln so jadi mahal cam Intan dpt that price...

Biasanya kalau banding dgn airlines lain ada yg murah tapi ada jgk yg mahal...cth ke Jakarta kalau AA dapat price lebih RM360 baik naik KLM spt price fix RM360 lebih kurang dah inclusive semua dan taraf lima bintang lagi:)

aai66 said...

Jgn Mudah tertipu dgn gimmik AA
Tiket mmg murah
Tapi other fix charges spt Airport Tax & Fuel Surcharge buat harga tiket jadi mahal sikit.
The rest spt Meals, Seat, Insurance & Counter Check In, blh skip.
Yg penting byr utk luggage aje
Normally still masih murah..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq