Thursday, December 15, 2011

Cerita hubby cirit birit di Bandung (sambungan post makan)

 Assalamualaikum

Sambungan post mama sebelum ini....

Nasi goreng ni sedapp tapi.tiada kena mengena dgn cirit birit yer  :)

Hubby mama serombongan pada malam tu dinner di Restoran Sidang Reret....biasalah pakej masakan sunda ni adalah sambal dengan salad atau sayuran. Semua yang makan sambal tu terkena cirit birit...tapi kalau ikut kpd cerita hubby tu... dia yang first kena sejurus lepas makan.  Hubby mama ni kalau ke sana sememangnya menu masakan padang ni kalau  sambal sunda dgn sayur tu memang berpiring2, so kebetulan kena hari tak baik ari tu kot... perut dah rasa semacam terus balik hotel cari bilik air &  telan ubat cirit carbon yang di bawa dari Malaysia (hubby biasanya selalu standby ubat cirit birit ni kalo ke luar negara)... Air minuman pocari  sweat (air ni bagus nak gantikan ion dalam badan bila cirit birit)...senang didapati di mana2 kedai di Bandung....   kalau kat Malaysiani  hanya Jusco, Sogo yg setakat ni mama tau yang ada jual tp  mahal le... uhukk22, sebab tu kan kadang2 bila pergi Bandung hubby bawak balik jer yg jenis serbuk tu yang boleh di bancuh.. rasanya pun memang sama jer seperti yang dlm botol tu.  saje buat simpanan byk2 time anak mengalamai muntah muntah dn cirit birit ....

oh melarat plak.. sambung balik  kes yg hubby terkena cirit tadi tu... kesiannnn... malam tu jugak langsung tak boleh tidur. ... kejap2 toilet2.. kejap2 bangun.  camne le nak tidur. Air pocari dah berbotol2 minum pasal dah letih sangat dah.


Alhamdulillah sampai Malaysia hubby mama dah pulih cam biasa....tapi masih lagi ada kesan sikit2 pada paginya.  Sebelum tu bila bertemu rakan2nya pada sebelah pagi (sebelum bertolak balik Malasyia) di restoran semasa breakfast... rupa2nya semua rakan2 hubby (sebahagian besar serombongan bas) yang makan sambal tu pun turut terkena nasib yg sama spt hubby mama tadi.  Hubby pun apa lagi sempat berikan ubatan yang ada pada mereka tapi tak cukup utk semua... maklumlah semua yang terkena.  Lepas tu hubby  pergi belikan lagi ubat cirit birit ni di apotek iaitu farmasi.  SEKIRANYA mahu beli ubat disana....  tipsnya belilah ubatan yang paling mahal sekali tau.  mahal pun takdelah semahal di Malaysia ni.. jangan bimbang ;)   masa hubby beli dulu yg paling mahal pun sekitar IDR5000 je (RM1.80)... sebabnya yang murah tak berkesan langsung.

Alhamdulillah ada rakan hubby yang sembuh sebaik makan ubatan tu dan amalkan minum air pocari sweat sepanjang perjalanan pulang ke Malaysia. (kebetulan hari yang kena tu hari nak balik Malaysia...so penuh jgklah tandas flight hari tu hehee)

Tapi ada dua rakan hubby  masuk KMC (Kuantan Medical Center),  di tahan wad selama 4 hari....ciritnya dah teruk sangat dah.. kata doktor tu kuman e-colly salmonella yang menyebabkan keracunan makanan dibawa oleh pembawanya. Maknanya yang sediakan makanan  tu pun terkena dan sebarkan kuman salmonella tadi....panjang ceritanya hehee ... nak reti nak citer panjang2.   :)

So sebagai kesimpulannya kita kena berhati2 bila makan di sana atau di mana2 jer...  kalau boleh panjangkan sikit leher meninjau2 di tempat tu dan berpura2 le nak pergi toilet ker.  kalau toilet bersih maknanya pekerja2nya mengamalkan kebersihan dan kemungkinan besar juga seluruh dalam kedai atau restorannya tu pun InsyaAllah juga bersih.  ...tapi kalau nak terkena jugak nak buat camna kan..

Jadi kat sini tip nya kalau mahu travel yg penting sediakan ubatan yang mencukupi  dan amalkan minum air pocari utk gantikan ion badan yang hilang semasa cirit... minta2 dijauhkanNya... InysyaAllah.

3 comments:

kakchik@ella said...

Alahai .. lecehnya kalau time travel kena cirit birit, kan mama.

Kak Eiza said...

sepanjang kc gi sana xpernah kena ke? homestay redribbon yg kc ngan Hanis ZUlaikha pg ari tu kan.. mama pun dah booking gak semalam utk bulan 3 thn depan ;)

KakTi said...

Ahli keluarga KakTi yg pergi ke Bandung ni ada jg yg kena cirit birit: suami, ayah (pergi trip berlainan)... peliknya org lain yg pergi trip sama tak kena pulak.. padahal makan benda sama je..perut org lain lebih kebal, atau perut mereka tak tahan dgn sesuatu bahan dlm masakan di sana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq