Sunday, December 11, 2011

Makanan Jepun Sushi Sahsimi sedap ke?

Assalamualaikum

Malam ni mama nak cerita pasal makan..makanan Jepun...siang tadi dah post pasal nasi miNyak Terengganu dah:)

Pasal makanan Jepun ni ramai yang tanya mama sedap ke makanan Jepun ni...boleh makan ker...kat sana nak makan apa?? Bagi yang plan jalan2 kesana tak usah risau sbb seafood atau makan laut spt ikan mentah banyak kat sana....semua makanan laut tu boleh makan...takut tak lalu jer:) tapi harus berhati-hati dengan sos kicapnya atau dipanggil syouyu.. Mama kalau makan sushi selalu tanya tukang buat sushi tu samaada kandungannya ada alkohol atau mirin tak.. Pernah sekali mama mintak botolnya nak tgk ingredients Tp kebanyaakkannya ada mirin le. Kalau takoyaki atau okonomiyakai jugak punya kebanyakkannya juga ada mirin yg sbgnya yg nonhalal. Nak makan kena banyak bertanya. Org jepun tak kisah dia cakap jujur jer takdak berselindung. .. Kalau nak pergi lama2 tu hafal le bahasa katakana & kanji khas ingredients jer. Tu yg ptg.

Mama paling suka sushi kat sana....freshhhhhhhh...sedap rasa ikan tu cair dalam mulut jer...berbeza dgn sushi king kat sini...nak try yang sedap kat Malaysia ni boleh pergi pure Japanese restaurant so boleh order sushi atau sashimi...pasti rasanya lain dari sushi king:)

Tenpura
Rasanya semua orang Malaysia suka...org Terengganu lagilah suka...macam ikan celup tepung jugak nih...namanya tenpura...udang, ikan dan sayur dicelup teppung dan digoreng...makan dgn nasi..sedappp:)
Sakana - ikan ntah apa namanya..
Sakana tu ikan dalam bahasa Jepun...ikan ni masak kukus dan diletakkan sos ajer...makan dgn nasi atau salad...sedap jugak rasanya cuma namanya aja tak tahu...

Seafood Nabe
Seafood nabe ni cam seafood steamboat...bahan mentah spt diatas akan disediakan dan di masukkan dalam prencah 'nabe' kalau kita prencah tomyam dsbnya...paling sinonim dgn kita...dan boleh makan:)

Set Japanese Lunch
Set Japanese lunch ni ada sashimi iaitu ikan mentah yang hanya dicicah dgn kicap serta wasabi (cam lada-pedas) boleh makan dgn nasi atau makan sahsimi sahaja...

Sahsimi
 Sashimi...hirisan ikan mentah yang dimakan dengan kicap Jepun dan wasabi.

Sup seafood

Sahsimi Gohan
Nasi sahsimi atau sashimi gohan. Nampak sedap kaannn?? bahagian bawak dah kena cubit dah tu hehehe:)

Telur dan Labu

Tendon
Tendon-tenpura ni sama dgn tenpura tadi cuma bawahnya ada nasi yang dicampur kicap tenpura...sedapp dan amma rasa semua pasti suka ni...boleh cuba nnt ya:)
Takoyaki Mayonis
Takoyaki mayonis- seperti jemput2 tapi isi dalam adalah sotong besar (octopus) dibakar dan makan dengan sos mayonis....rasa nya lebih kurang okonomiyaki....mama ada sediakan cara nak buat okonomiyaki ni dan resepi dalam post okonomiyaki mamaLUV. Selamat mencuba ya:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq