Sunday, December 4, 2011

Merawat resdung Syafik - rokok resdung


Assalamualaikum...

Hari ni  entry bergambar rawatan resdung.  Mama bawak anak tadi, Syafik pergi buat rawatan rokok resdung di Kuala Bekah, K.Trg.  Pada mulanya mama pun risau gak takut2 Syafik tak tahan.. tapi bila fikirkan dah banyak kali afik mengalami situasi yg lebih menyakitkan seperti baru bersunat 10 hari yg lepas... (yg tu lebih sakit.. heheh) so rasanya alaa... bese2 jer kot bagi afik ni.. tanya jugak sblm nak buat tu "sanggup ke Fik??..?..".  dah jawabnya "boleh jer mama.. nampak mama pun cam biasa jer. ok le kot""... okay jalan.. buat jer Wani... ;) (nama tukang buat tu Wani) .

so sekarang boleh le kita sama2 tengok proses bagaiman rawatan rokok resdung ni di buat.. (sebenarnya sepengetahuan mama banyak lagi kaedah cara2 dan jenis herba2 yang di gunakan dalam rawatan rokok resdung ni).  Sesiapa yang belum pernah buat dan bagaimana ia di buat boleh rujuk kat sini... jangan risau.. ia tak menyakitkan pun. kebetulan masa Syafik buat tadi pun selepas gilirannya ada  budak umur 5 tahun pun buat juga.  okay pun.  ;), siap tersengihdan cam tak sabar pun nak buat. kelakar tengok.

Muka mesti di tutup dengan kapas lempab

Di asapkan di seluruh wajah

Syafik ni memang seorang budak yang macho le...dan tak nampak sedikit pun
ada kerutan sakit... good boy Fikk.. memang mama kagum sangat!




Dah mula kelihatan warna putih seperti debu2 di lubang hidung.. kata Wani tu hama atau kuman resdung le tu yg dah terkeluar.. dah mati kepanasan. hahah.. padan muka engko.. selama ni engko dok menyeksa anak aku ya.. haaa...hambikkk engko!



Dah siap dengan rokok resdung di sapu pula rempah herbanya.. 
pastu stim. berpeluh sakan Afik ... kesian.. tapi nampak ceria jer lepas siap....
Okay le tu.. nanti boleh buat lagi.. lagipun mama dah order rokok resdung, dan akan buatkan sendiri untuk afik di rumah nanti ya, ehh mama ni pula?, siapa pula yg nak tolong buatkan??.. heheh siapa lagi kalau bukan Mr. hubby kita dah tawarkan diri nak merawat di rumah.  ni pun hubby le yg beria2 suruh mama order rokok resdung ni di sini. sape yg nak boleh le belek2 blog tu nanti ya. banyak info tentang resdung kat situ.


Kalau nak tengok video nya boleh tengok di bawah ni ya... ;)



Semoga info ini boleh membantu ;)



  1. tip-mengurangkan-gejala-resdung & Minyak kelapa Dara
  2. Merawat resdung dengan Berbekam di Bahagian Muka
  3. Merawat resdung
  4. no Entry pasal rawatan ni - merawat resdung dengan menyedut serbuk herba, pastu akan terbersin dan akan keluar le segala lelehen dr segala rongga mulut dan hidung, tapi mama xkeluar apa2 pun sbb sblm pergi tu pagi makan ubat resdung so tak jalan le, tapi anak mama kluar le sikit... tp tak menjadi gak... ;(  
  5. resdungku-dah-99-sembuh-syukur-kepada.html







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq