Friday, December 9, 2011

Pakej travel murah ke Bandung - Budget hotel atau homestay?

Ms Red Ribbon Blog

Assalamualaikum dan salam sayang semua:)

Hari ni mama ambil kesempatan jawap pertanyaan rakan blogger dan pembaca blog mama...rata2 tanya pasal travel di Bandung seperti budget dan hotel..pakej travel murah ke Bandung dsbnya...lepas tu jejengggg nak buat post ni...pakej travel murah ke Bandung - Budget hotel atau homestay?

Semalam juga blog mama di kunjungi oleh Ms Red Ribbon blogger...thank ye Ms Red Ribbon for sharing the info...mama tertarik pada post Ms Red Ribbon berkenaan pakej murah travel ke Bandung....Ms Red Ribbon ketengahkan pakej yang menggunakan homestay. So mama nak ulas dan share dengan kawan dalam post terbaru mama ni......................

Mama percaya kalau yang pergi dengan ramai kawan atau family amat sesuai tinggal dalam sebuah rumah yang lengkap di homestay Ms Red Ribbon tu...Homestay yang ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air dilengkapi fully furnish...sewaan sebuah rumah sehari RM170...Dan travel pakej ada jgk disediakan dengan pakej RM220/pax. Cuma mama tak jumpa lokasi homestay Ms Red Ribbon tu kat mana? Mungkin Ms Red Ribbon boleh jawab dalam komen kat post ni yer:)

Thanks KC dari blog Jari-jari halus kerana share info...rupanya rakan mama, kak Chik ni dah ke Bandung bersama Hanis Zalikha dan tinggal di Ms Red Ribbon homestay (travellya Homestay) rupanya. Homestay ni area Buah Batu...so kawan2 boleh baca post Kak Chik untuk lihat homestay Travellya ni....mama pun bercadang nak pergi sana march 2012 nnt (tiket dah beli dapat AA murah) bawa anak2 semua tinggal homestay Ms Redribbon...(hehe blum booking lagi ni...nnt nak booking cepat2 lah dgn Ms Red Ribbon)
Dari Blog Kak Chik - Boleh terjah blog Kak Chik utk bacaan lanjut

Kalau pergi Bandung dan nak merasa dok hotel boleh baca cari hotel budget ataupun hotel area berdekatan jalan dago atau pasar baru seperti tertulis dalam post mama sebelum ni:)
Apa2 pun transport memainkan peranan yang penting...kalau homestay senang di akses dgn taksi atau angkut travel kita jadi lebih murah dan senang nak bergerak...tapi kalau plan ambil supir rental seharian homestay atau hotel dimana2 aja pun okay mama rasa:)

Sekali lagi thanks kpd semua pembaca dan Ms Red Ribbon terima kasih kerana share di blog akak:)
Pembaca lain yang dah kesana dan sebelum ni baca tips di mamaLUV bolehlah share sini jgk ya..thanks:)

Buat rakan2 yang ada planning bercuti ke Bandung boleh baca tips2 yang perlu kita tahu sblm kesana ya...sila klik link topik di bawah:)

Topik Post Bandung
  1. Shopping - (TShirt berjenama, Jeans Centre, Masagge di Spa, Beg tangan dan kasut kulit, tempahan suit,  klik di sini
  2. Makan, Tukaran Wang dan Tip2 Penting yg harus di note utk yg first time pergi sana klik di sini
  3. Utk melihat gambar di Bandung klik di sini
  4. Utk memilih hotel klik di sini
  5. Trip ke Bali klik di sini 
  6. Trip ke Jakarta klik di sini 
  7. Tips ke Bandung ikut Jakarta- CIPAGANTI Toyota Alphard
  8. First prosedur sampai airport Bandung & handphone perlu activate di celcome center ke tidak.. boleh klik d Cni 
Trip ke Bandung selama 4 hari pada 31/5/2011 hingga 3/6/2011..  citer bergambar:
  1. Siri 1 - Hari pertama . di Pasar Baru
  2. Siri 2 - Hari kedua- factory outlet
  3. Siri 3 - Sekali lagi pergi di Pasar Baru dan Rumah Mode
  4. Siri 4 - Factory outlet dan sesi hubby bermain golf di Mountain View Golf Club
  5. Siri 5 - Penat tahap total - pergi spa
  6. Siri 6 - Khidmat pak Supir/driver di Bandung
  7. Siri 7 - Rambang mata memilih kain ela / kain sepasang yang cantik dan murah2. 
  8. Siri 8 - makan.. makannn.. memang mengujakan kesedapanya!
  9. siri 9 - episod akhir Bandung - airport dll 

4 comments:

kakchik@ella said...

KC dah duduk dah homestay Redribbon haritu .. dgn Kak Nani dan Hanis Zalikha. selesa sgt2. blh tgk entry nya di blog KC, mamaLuv.

Kak Eiza said...

KC thanks kerana baca dan info KC..
mama dah update blog...letak link dan photo KC di blog...TQ:)

Sweet Honesty said...

boleh tahu berapa harga tiket AA yang mama dpt book tu? dah lama ke mama book? saya bcadang nak g bandung bulan march 2012 jugak..tapi harga RM310 pergi balik termasuk airport tax.

Kak Eiza said...

Salam tkasih baca blog mama... sweet Honesty dpt tu kira murah dah...

mama boking hari tu semua sekali dalam RM3000 utk 7 orang ahli kelaurga mama...harga termasuk semua airport tax, fuel charge, seat pickup, bagasi 120kg (maklumlah ramai anak beranak..) dan makan...kalau ikut KLM lagi murah sebenarnya dapat RM437 pada tarikh tu...yg ni cuma average RM428 dan sampai Bandung terus:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq