Friday, December 9, 2011

Pantai UMT musnah dilanda ombak musim tengkujuh

Assalamualaikum dalam selamat pagi
Apa khabar pagi ni? semua sihat tak...pagi ni mama nak jadi wartawan sikit...nak buat laporan skit :). Hahaha.. jangan gelak... wartawan tak bertauliah.

Pantai berdekatan UMT semalam teruk dilanda ombak...ombak kat sini mmg kuat pada musim tengkujuh ni..takut tengok pantai dengan ombaknya huisss... jangan le sesiapa yang berani nak berenang ya.. memang akan cari nahas....ngeriii...

hati2 syaidi...

Semalam kami sekeluarga ke kawasan pantai ni yang sememangnya sinonim di kalangan pelajar2 untuk melepak petang-petang,  kelihatan satu wakaf dan  benteng hingga ke jalan tar jatuh rebah ke bumi.. kerana dipukul ombak besar serta ribut monsun...2 pokok besar tepi pantai juga turut tumbang...pondok lepak2 juga musnah...jalan pun pecah dan sememangnya bahaya buat pengguna kenderaan yang lalu kawasan tu...


Kalau petang-petang sememangnya sebahagian besar adalah pelajar UMT yang lepak2 untuk menenangkan fikiran dikawasan pantai yang bersebelahan je dengan penempatan asrama pelajar UMT tu..penjual pun ramai..ada jual kerepok, burger air dan dsb...petang ni ramai pulak yang datang ambil gambar...mungkin nak share kat FB kot:)



Sedang bagi amaran pada anak2 mama
Apa2 pun hati2 pada musim tengkujuh ni kalau ada berdekatan pantai....


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq