Thursday, December 1, 2011

percutian sekolah - jalan jalan Pasar Payang, Kuala Terengganu


Tengahari tadi bawak anak2 pergi round Pasar Payang,  syurga sutera batik bagi penggemar sutera. Sesiapa pun yg dtg sini  mmg soheh kelabu mata dibuatnya dan tak tau nak pilih yg mana satu sbb semuanya cantik2 dan bling2.   Harganya pula murah2 jer... kalau kat Kuantan tgk ari tu rm400+ tp kt sini dengan kain yg sama boleh dapat hanya rm250 jer.  alahaaaii rugi tak snap gambar jap tadi. ehmm tu le kalut sangat dok melayan anak2... yelaa bukan maknya ajer yg kelabu mata, diorang ni pun sama cuma perbezaannya cam bese le budak2 kecil camni dgn nak mainan, keychain le dan mcm2 le.  Sempat gak beli baju batik  untuk abah.... hihi... sutera mama ni ehmm biar le dulu.. SABAR.. nak pakai bila ya?.. raya dah lepas.. lagipun jarang pakai baju kurung melainkan untuk pergi majlis jer.  nanti le dulu.. sebab rasa tak perlu lagi. ;).. JANGAN MEMBAZIR...! FIRST kena  PIKIRKAN  KEHENDAK DENGAN KEPERLUAN, MANA YANG PENTING???? ... ???  ... SO bagi mama pilih le  sesuatu yg perlu dan penting dahulu contohnya keperluan anak2 nak masuk sekolah tahun depan.  kan...kannn... betul tak... anak2 mama 4 orang bersekolah.. budget besar gak tu nak kena keluarkan. :)



Okay... habis citer pasar payang. Hehe.. penat le.,. nak berehat le plak kat rumah.   

cantik tak pasu bunga ni??.. mesti le cantik sebab hadiah pemberian kawan mama yg menginap d'homestay mama ni pada minggu lepas.  Ina .. I Love U.. nanti kami perli Perlis akan singgah sana dan sama2 pg jalan2 Langkawi cam dulu2 ya.

amboi lekanya 2 anak 'teruna' ni kat luar. (pandangan dari dapur homestay.. cewah.. cam nak promot homestay aku jer ni.. hahah)
bestnya makan apa tu??.. nak sikittt....

Ni le sira pisang yang di bawa mak mama tadi singgah tengok org sunat  .... sonok syafik hari ni ramai yg datang melawat dia dan dapat hadiah duit plak tu berkepul2 duit merah, jeles plak Syahmi dok haru nak bersunat jugak.. haha.  Ehh camne ya diorang ni tau kami balik Padang Nenas.. ni mesti mak mama heboh2kan dalam phone .  Okay le jugak.. at least afik suka sangat ada org dtg melawat dia. dok Kemaman jauh dari saudara mara. kawan2 mama yang datang tadi pun terima kasih... rupanya diorg ni tau pun dari blog mama jugak  :)

"sedap le sira pisang tokma kangg...  kang...."
(sira pisang ni permintaan Basma yg dok haru suruh tokmat buatkan)


 
lunch ikan bawal sweet sour


petang2 kami kena sambung balik cabut rumput lalang ni...  ye laaa tanam rumput kapit ni kena belai sungguh2, mana boleh ada rumput2 lain tumbuh di sekitarnya, rumput manja le katakan.  kalau tak dok mencongak hari jer nak tengok ia membiak segar dan cepat bercantum.  Kalau budget besar boleh jer beli byk2 dan tanam rapat2 terus.. tp sayang duit le.. cam membazir.  hihik. buat sekadar gitu2 pun dah okay dah sbb lama2 ia akan merebak jugak. (masih ingat lagi kenangan waktu dok Perlis dulu.. beli 4 keping jer asal2nya...lama kemudian tu dah penuh.. ii sukanya tgk.. cantik!)

okay ini aje untuk kali ini.
jumpa lagi next entry sok2..

Assalamualaikum...







1 comments:

moon bulan said...

Assalamualaikum sis...

Berminat dengan sutera?

Sila like page

FB : TSUKI MOON SHOP
INSTAGRAM : TSUKI MOON SHOP
EMAIL : TSUKIMOONBULAN@GMAIL.COM
SMS/WHATSAPP : 017-6052330

THANKS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq