Saturday, December 10, 2011

Ramainya orang!!!! Naik kuda dan main motor ATV pantai


Assalamualaikum

Semalam Jumaat, Terengganu cuti, so hari ni masih lagi di homestay mamaLUV, ( dah 2 minggu di sini, esok balik Kemaman) bawak le anak jalan2 tepi pantai dengan sepuas2nya.  ... lagipun area homestay mama ni banyak tempat2 menarik boleh bawak anak2 beriadah ptg2, memang syok diorg ni...


Nampak tak kat atas tu banyak betul kereta kan, Tapi memang macam ni le petang2 kat sini.

Bersebelahan pula adalah tempat Jambori Pengakap Malaysia ke 12 & antarabangsa Terengganu.. baru aje 3 minggu yang lepas.  masa tu jangan nak kata le sesaknya ya Allah.... berjam2 masing2 nak ambik ank terperangkap atas jalan.


Syahmi le yg nampak excited ngat sbb dapat pandu sendiri, last2 dah sudah tu tgk2 melecur le sikit betisnya terkena ekzos. aduuhh kesiannya ;(

Wah abang Syaid didepan lah..

Jangan laju2 yer

mama ngan abah dok ralek tengok anak2 dok  naik  ATV racing.. sesiapa nak naik kalau nak tau harganya RM10 utk sepuluh minit,. Si sulong mama plak.. Syaidi pada mulanya xnak naik pun katanya cam budak2.. ek eleh aksyen.. taaapi bila tengok abah pun dok naik jugak dengan adik bergeletak pula nak join sekali.. siap ngan tambah masa lagi. amboi22 ni dah lebih22 ni... ;)

Sebenarnya cuma ada 5 biji ATV jer kat situ.. tu yg nampak ramai dok menunggu...tak cukup tangan jugaklah yang buat bisnis ni hari cuti2 macam ni.... tapi kalau kat pantai Batu Buruk pun ada jugak, kata si adik ATV tu  kalau di B.Buruk  rm15 untuk selama 10 minit.. mahal le sikit tapi banyak le kat sana, tak perlu lama2 dok menunggu turn.

Abah sedang bagi arahan keselamatan...

Wah Isya pun naik jugak:)

Syafiq yang beria-ia naik...
Basma, Syafiq dan Syahmi naik kuda kecuali Syaidi.. ala  anak teruna trang tang2 nak jaga machonya le katakan, nanti malu kat awek plak nampak jong guidenya budak kecik jer.. hihihi. Kuda ni kalau nak naik harganya cuma RM3.00 untuk 3 pusingan area depan2 pantai ni jer... tak puas pun. Nampak anak2 pun cam seperti rasa tak syok jer.. tapi bila naik ATV racing tu baaaru le nampak ceria seceria2nya.  

Abg Syaid kata tak mau naik.....segannn pasal kuda tu kecik sangat kot.. hehe

Syahmi sedang fikir knpa dia pilih kuda ni sbb tak comel...  :)

Basma jugak yg best dapat kuda yg cantik, putih plak tu

Bila dah penat dok main... masing2 dah mula kelihatan menjeling22 pada mama dan abah.. dok tersengih2.. ehmm lapar le tu... okay jom kita makan keropok dan sotong celup tepung pula ;)   

Sotong Celup Tepung -klik post terdahulu
Dah habis makan kitaorg sambung lagi pergi pantai..  anak2 taknaak balik lagi... uhukk.. mama dah penat dah rasa cam dah lenguh2 dah kaki ni. tapi ehmm takpe le... alang2 dah datang main le puas2.




Nampak dah nak magrib ....terus bergegas pulang...tak sampai 5 minit pun homestay mamaLUV villa dari Pantai Tok Jembal, Telaga Batin tadi  :)  (airport bersebelahan jer)

Begitulah cerita jalan2 petang jumaat main pantai bersama anak2 mama :)

pssss.. hihikk mesti ada yg perasan kenapa warna baju kami bertukar2.. hehe.. okay le nak citer ni.. sebenarnya kami ke sana 2 hari berturut2.. aktiviti pun sama gak.. main ATV racing, naik kuda, dok main buaian, berlari2 tepi pantai dan makan.. so dah confius nak pilih gambar

3 comments:

cik dah faridah said...

akak dah nak blk kemaman dah ker?tak sempat pun nak jupe kan..pdhal dekat jer kiter ni....

orang muo said...

msti seronok anak-anak tu...kenangan yg mngkin dilupakan buat anak2

Azuin said...

bestnyer naik atv..kt mlk ni kuda je de tepi pantai tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq