Friday, December 2, 2011

Sarapan nasi lemak


Assalamualaikum....

Hai semua...  makan apa ya pagi ni?... mama masak nasi lemak jer utk anak2...  lagipun feveret dorang seme...  maunya 2 pinggan jugak masing2 menambah, tu br makan pagi belum lagi makan tgh. 

cik abang kita di matahari terbit sekarang makan apa ya?.. mesti kappa sushi ni.. waoooo bestnya... jeles2.  nanti ambil gambar byk2 kenangan rumah lama kita dan kedai2 yg mama dok shopping selalu hari2 sana ya.  Dulu masa dok japan nak pergi shopping atau kalau rasa malas drive... kayuh basikal jer ngan hubby letak  anak depan dan belakang dalam raga, seronok tau, memang enjoy dan santai.  lagipun senang.  Sana mmg ada laluan basikal sepanjang jalan besar, tak macam di tempat kita payah sikit le nak buat macam tu.  kenangan yang best dan kelakar bila ada sekali tu masa tu mama nak pergi kelas.. dah terlewat. kayuh basikal punyalah laju cam semua org sepanjang laluan jalan tu mama nak langgar jer. rasa terror giler le kononnya aku tu .. hahah. pastu  berselisih  dengan sensei (lecturer) pun buat  dekk jer (sensei pun sama gak kalau dah berbasikal tak pandang org dah haha).  petang tu ada le org report kat hubby nampak kelibat bininya bawah basikal macam ribut dan nampak funny. hihihik...... tapi alaa bese le tu!







Dulu banyak gak dok ambik gambar minah2 jepun yg berkasut tumit tinggi dengan berskirt pendek sdg mengayuh basikal.. lelaki plak berpakaian formal coat dan segakkkk jer dengan bermacam2 gaya rambut tercacak le, berselak ke kiri dan botak di kanan le, memang hensem cam yg anda dok tengok dalam tv tu...  tapi kalau yg tak lawa pun ada jugak... tp dah kebiasaan diorang macam tu, kalau tempat kita mesti nampak janggal para bos2 atau lecturer nak kayuh basikal macam tu jugak kan.. kena gelakkan orang ada le. hihi.

okay le... entry xleh pjg2.. nanti bosan di buatnya.  mama nak sambung kemas rumah pula.


Salam sayang semua.. ;)

Pikir sejenak : Ehmmm...malam ni nak makan apa ya?.. haaa.. spaghetti bolognes jer la... buah tomato & mushrom pun byk lagi ni, tak pun boleh buat lasagnia jer ... daging hancur pun masih ada.  besok pula menu siakap masak cili api + tempoyak.  ehmm best2 makan ngan sambal cili dan ulam2!, 


3 comments:

Hasrina said...

nasik lemak tu, sambal ikan bilis tu nampak sangat sedapp

Kak Eiza said...

;) tq.. kalau dok dekat dah ajak dah makan sekali... hehe

kakchik@ella said...

sedap nampak Nasi lemak tu, mamaluv.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq