Monday, December 19, 2011

Tips untuk isteri sentiasa dara atau perawan

abqaro bermaksud sentiasa dara
Assalamualaikum
Hari ni mama nak share bacaan mama tentang, petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman.



Bagaimana caranya...?? Senang dan mudah saje janji kita sentiasa amalakan perkara berikut, insyaAllah amalan kita diberkati olehNya...insyaAllah:)

Caranya:
Lepas solat Isya ' , ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga dengan izin Allah.

Surah Al-waqiah

سُوۡرَةُ الواقِعَة

وَظِلٍّ۬ مَّمۡدُودٍ۬ (٣٠) وَمَآءٍ۬ مَّسۡكُوبٍ۬ (٣١) وَفَـٰكِهَةٍ۬ كَثِيرَةٍ۬ (٣٢) لَّا مَقۡطُوعَةٍ۬ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ۬ (٣٣) وَفُرُشٍ۬ مَّرۡفُوعَةٍ (٣٤) إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧) لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٣٨) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (٣٩) وَثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (٤٠) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ (٤١) فِى سَمُومٍ۬ وَحَمِيمٍ۬ (٤٢) وَظِلٍّ۬ مِّن يَحۡمُومٍ۬ (٤٣) لَّا بَارِدٍ۬ وَلَا كَرِيمٍ (٤٤) إِنَّہُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٲلِكَ مُتۡرَفِينَ (٤٥)

And spreading shade, (30) And water gushing, (31) And fruit in plenty (32) Neither out of reach nor yet forbidden, (33) And raised couches; (34) Lo! We have created them a (new) creation (35) And made them virgins, (36) Lovers, friends, (37) For those on the right hand; (38) A multitude of those of old (39) And a multitude of those of later time. (40) And those on the left hand: What of those on the left hand? (41) In scorching wind and scalding water (42) And shadow of black smoke, (43) Neither cool nor refreshing. (44) Lo! heretofore they were effete with luxury (45)

Al-Waqiah

Dan naungan yang tetap terbentang, (30)
Dan air yang sentiasa mengalir, (31)
Serta buah-buahan yang banyak, (32)
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, (33)
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. (34)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) 
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36) 
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (37) 
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; (38) 
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, (39)
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (40)
Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? (41)
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak (42)
Serta naungan dari asap hitam (43)
Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan. (44)
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). (45)

Thank mr Google

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat 'Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Nota : - Surah Al-Waqi'ah ni memang indah dibaca. Cubalah baca dengan maknanya sekali, nescaya akan bertambah ketaqwaan kita kepada Allah

Sesungguhnya tips atau petua hebat ini boleh kita kaum ibu amalkan untuk menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' yang bermaksud sentiasa dara atau perawan agar sentiasa juga dicintai suami tersayang. Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman.

Petua Dari Dr. Fatimah Az-Zahra




4 comments:

Maryati said...

info yang sangat menarik mama... tq

Kak Eiza said...

Sama2. :)

kaklong said...

thnks sesangt sharing dgn kami...

kak long akan cuba amalkan wpun belum kawin lagi kan, demi kecantikan utk suami tersayang, dan keredhaan Allah...amin

Susie just susie said...

nice info. thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq