Monday, January 31, 2011

Anak manja berdikari



Jumpa syaidi di asrama.. hantar duit tak cukup,kebetulan plak elok betul nampak dok berkemas rapi katil dan almarinya.. laaahai anakku. best jer mama tgk.. dah tau buat sendiri ya. Alhamdulillah.

Buang bayi

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Sunday, January 30, 2011

Jalan jalan di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Hari ni takde tulis apa2.. uhuk.. tak sempat nk berfikir pun dan tak sempat nak menulis pun.. w/pun pg td sekejap ada perkara yg nak diceritakan di sini. Tiba2 rasa nk basuh dapur hari plak. So habis dapur basah dan kering di geledah dan di keluakan semua barang2. Wow hebat bersarang debunya yg bhg celah2 yg tak nampak tu.. mmg 'rajin' bibik aku, .Semenjak masuk thn baru 2011.. dapur jer lg yg tak basuh lg. Sblm ni dok beroperasi lap mengelap hiasan2 dlm almari dan dinding.

So lps masak tgh td terus beroperasi dengan bibik dan di bantu sekali anak kecilku, Isya dengan penyapu kecilnya dok kutip sampah. Besar esok2 agaknya ringan tulang ni.. pantang masuk dapur dia sibuk sekali le bukak semua laci, kutip mangkuk bersih.. panjat kerusi dn nak basuh mangkuk yg di ambil td. wah22.. hebat.

Kisah benar diceritakan oleh seorang ustaz - Arwah Ibu Datang Menuntut Mayat Anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.
Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.
Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Saturday, January 29, 2011

Rakaman Gambar Bandung

Ini adalah hak milik gambar dr EzzanYusofblog, telah dpt kebenarannya utk di pastekan di sini. Akak sebenarnya sampai sana nak ambil gambar memang tak sempat... sebab penat sangat. tangan pula dah penuh dgn bimbit pelbagai barangan shopping. Nak meraba camera memang mustahil. So ini le yg terdapat di Bandung yg pasti akan membuatkan terpukau mata memandangnya bg peminat2 kain sepasang.

permandangan Malaysia dr atas

Permandangan Bandung dari atas


Di bawah ini pula adalah di Pasar Baru


Rawatan spa - buang angin dlm badan

Herbal tea

Assalamualaikum..
Hari ni badan dah rasa eeenak sekali. Sakit leher, lenguh2 kaki pun dah hilang selepas buat rawatan massage di spa kemarin.
Kemarin start kul 2.. lama jugak le massage sahaja, bgtau kat staffnya fokuskan tempat yg sakit.. 2 jam jugak masanya dok massage tu. Ambik yg warming.. utk buang angin badan. Pastu bertungku... memang best. Patut le sebelum ni rasa nak bernafas pun spt tersekak jer rasanya, tak selesa.. rupanya badan terlalu byk angin, tu le.. suka sangat makan mde sejuk spt labu, petola mcm2 le apa2 yg sejuk.
Habis massage dan bertungku selama 2 jam, masuk sauna pula 20 minit.. seperti kena kukus. Segala toxin dah keluar...

Trip Jakarta

Assalamualaikum..
Ok... sebelum ini akak telah berikan tip2 bercuti ke Bandung spt dr segi tempah & harga tiket murah, belanjawan di sana, tempat shopping yg femous, jenis masakan yg best, barangah yg disyorkan beli di sana, hotel dan sebagainya. Kali ini trip ke jakarta pula.

Jakarta merupakan ibu Negara Indonesia yang sentiasa sibuk dan sesak, dan kalau nak kesesuatu tempat tu mmg lah mengambil masa sedikit kerana jam. Akk lebih prefer ke Bandung sbb walaupun sibuk sedikit tapi kerana keadaan Bandung yang semua tempat shopping area adalah centralize dan dekat2. Udara di Bandung lebih nyaman dan dingin jika nak dibandingkan dgn Jakarta yang sentiasa sibuk dan terasa bahang kepanasannya.

Okay... di Jakarta kalau mengginap akk rekomenkan hotel Le Grandeur, Mangga Dua Jakarta, boleh juga rujuk di sini (www.legrandeurhotels.com), boleh tempah secara online direct hotel website ataupun Agoda website (www.Agoda.com/le-grandeur-jakarta). Shopping area terbesar di Indonesia Mangga Dua direct access melalui pintu hotel so tak yah keluar, boleh jalan terus melalui pintu hotel (kalu hujan dan datang dengan kanak2 pun selamat dan selesa )





Friday, January 28, 2011

Rawatan Spa Acara Memanjakan Badan



Hari ni betul2 sakit badan, penat dok main dukung Isya jer, entah kenapa la meragam sungguh dari semalam... sakit perut kot. Leher aku plak seperti dah tak bleh nak berpaling ke belakang... tidur tak betul le ni. Ye la.... tidur sambil memangku Isya... anak tak sihat macam ni le, selang setengah jam tidur terkejut balik... macam tu le sampai ke subuh.
Thursday, January 27, 2011

Fasha Sandha dah putus?


Fasha Sandha dah putus?

Eh ye ke ni?.. boleh percaya ke pompuan ni?.. entah nak cari publitsiti lagi ke?.. tp logik gak.. Jejai pergi Japan ngan janda dan familynya sekali pasti akan ada kesempatan dr familynya pujuk balik Jejai ni atau bila tgk muka anaknya yg ciut tu tersangkut blk kat jandanya. Ehmm padan muka Fasha.. Mula2 nafikan tak ada kaitan ngann Jejai.. tgk tak lama apa cerita?.. artis222.. tak habis2 .. Ehh... kenapa aku pun tertulis pasal Fasha ni?.. yelaa.. dr dulu asyik cerita Fasha jer tak habis2 kluar news.. nak salahkan dia sorang tak boleh jugak, si Jejai tu kalau tak layan takkan jadi macam tu. Patutnya org laki kena kuatkan iman dan hati hanya pd isteri yg sorang. Tapi dalam hati ni

Semangat di pagi hari

Kenangan di Washigatake Gifu pd tahun 2004, time ni Syami baru 4 bulan. Syahmi ni dilahirkan musim panas.. tp excited musim sejuk. tak macam Shafik dilahirkan bulan sejuk tp tak suka udara yg sejuk..Syaidi plak tak kira musim sejuk ke panas ker semua excited... byk aktiviti kat sana kami buat, tak pernah jemu dok sana. BYK KENANGAN INDAH KALAU DOK SANA BWK ANAK2, enjoy.

Assalamualaikum w.b.r.k.t
Ehmm.. nak cerita apa ye hari ni?.. ehmm.. mata sebenarnya mengantuk lagi semalam tidur lambat pasal dok printsrn gambar dr dvd yg memory kat Japan dahulu. Memang frust giler semua gambar kenangan di Jepun dalam pc rosak, hantar repair pun tak boleh dah. Jam. Beratus gambar ada dlm pc tu... uhukkk.. waaaaaa.. sedey22. Bayangkanlah sepanjang 6 thn di sana.. setiap masa dok ambil gambar.. blk Malaysia semua hancur. Uhukk.. sedey lagi. Tapi nasib baik ada simpanan dvd.. terpaksa ambik gambar kt situ jer. Walaupun gambar tak clear tp okay le utk tatapan anak2 kecil ku yg blum lg sampai sana tgk kenangan si abang2 nya.

Selepas ni pula seperti biasa la.. ambik masa sejam dua utk buat promosi bisnes onlineku. Simple jer kerja ku di rumah..
Wednesday, January 26, 2011

Jom LaYang Gambar2...



Mengikut abah buat bengkel di Mayang Sari Resort, Dungun, Trg.

Pendidikan Anak-Anak Sekolah Berasrama






Assalamualaikum.
Bangun pagi ni bersemangattt jer. Alhamdulillah. Mood pun ok. Petang kemarin pergi jumpa Syaidi di asrama.. rindu sangat. Pergi sana sebabnya hanya nak tau kenapa tak pernah call?.. mama dok rindu jer kat rumah ni. Laa rupanya telepon sana rosak. leeee.. ingatkan syaid memang sajer2 tak ingatkan mama.hehe
Semenjak Syaid masuk sekolah agama, perwatakannya pun dah berubah sedikit demi sedikit, minggu lepas jumat malam dia pergi le ke surau depan rumah dengan bawak al Quran, tanya ler..."nak kemana tu?.. mengaji ngan ustaz ker?.." (sblm ni mengaji petang2 ngan ustaz kat surau situ). "Bukan"..jawab syaidi ringkas.."sajer nak hafal al quran, baca kat rumah bising adik ganggu.", katanya lagi...Uhh..terkejut mama.. perkembangan yg bagus ni. "Rasa berbaloi jgk hantar masuk sekolah agama ni"...bisik hati kecilku.

Hati Hati Bahaya Resdung

Assalamualaikum.... dan selamat malam. Dah kul 11 malam, sblm nak tidur post 1 entry kat sini berkenaan dengan RESDUNG.






Anak lelaki yg ke 2, Syafik.. dilahirkan di Jepun. Pergi sana masa tu ngah ngandungkannya 8 bulan. selang 4.5 hari lps tu terberanak kes gegaran gempa bumi. Bila flash back masa pecah ketuban tu.. cik hubby kita dok 'menoreh getah', nak tau kerja apa tu?.... MenGhaNtar SuRat KhAbaR. rumah ke rumah org jepun, dalam kul 3 hingga 5 pagi! time org tidur enak2.. cik hubby kita dok pulun buat partime. Time lahirkan tu musim sejuk.. memang tahap beku. Selepas 3 bulan dilahirkan bawak pergi Dynaland ski resort di Gifu... konvoi 5.6 buah kereta ngan semua pelajar sana main ski dan salji. Sepanjang dok sana 1 hari Shafik memang meragam, krn tdk selesa dgn udara yg sejuk, angin yg kuat dan salji turun berterusan. tapi bawaknya kluar pun kejap2 jer utk jenguk si abangnya, syaidi main salji. Kami berdua hanya dok dalam bilik rehat jer. Sebenarnya sampai sekarang bila di fikir2kan balik memang penyesalan tu tetap ada dalam hati.. Mama ni sepatutnya tak bawak Shafik keluar rumah... tp nak buat macammane. aduhh... terhimpit tak pergi karang.. Syaidi pula dok merayu2 nak pergi. Serba salah sbb hanya sekali jer dalam setahun main ski kat sana.
Semenjak dari tu Shafik seperti alahan pada sejuk, setiap kali masuk musim sejuk jer pasti sentiasa batuk dan selsema berpanjangan. Kalau time salji turun pulak.. si abangnya dok sukaria main kat luar.. tp si shafik ni pula hanya lebih suka dok berkurung dalam rumah sambil memanaskan diri dok bawah meja letrik. katanya dia tak suka musim sejuk!.
Balik Malaysia tahun 2006 bulan april. Suami dah habis study. Balik Malaysia tgk2 dah tak selsema, meeemang rasa seroooonok sangat hati ni. Alih2 tak sampai 3.4 bulan tengok2 selsema lagi! ya Allah.. kesiannya anak aku. Nak buat camne ni. . jumpa Dr.. katanya shafik alahan. dan selsema biasa jer, nak tak nak dok telan jer la semua yg ubat2 dr berikan tu, tp tak sembuh2 jugak!. Sampai ke tahap tu dah hilang sabar tgk anak macam tu terus ajak adik lelaki peneman sebagai driver tolong drive kereta pergi KMC Kuantan. aku tak boleh bawak pasal si kecil ni drive lama2 pasti meragam nak susu. Abahnya pula masa tu ada meeting di Indonesia.
Bila jumpa pakar.. `teropong' hidungnya tgk2 ada ketulan sebesar guli. kiranya ruang nak bernafas tu cuma sebesar 2 batang lidi jer... Bayangkanlah betapa seksanya shafik selama ni... Lepas tu terus buat appoiment buat operation 2 minggu lepas tu. Dr cakap Shafik resdung, asalnya berpunca dari selsema berpanjangan. Kalau biarkan lagi selsema mcm tu tanpa buat apa2 nanti benjolan tu akan tumbuh semula. Nah.. dah tau sebabnya senang sikit kan.
Lepas jer operation tu hingga ke hari ni barulah nampak tidurnya lena, tak berdengkur & takde selsema. Alhamdulillah.. syukur sangat2. Hingga saat ini Shafik dah sihat Walafiat. Hati Mama & Abah pun dah kembali tenang.

Entry mamaLUV Redung:
  1. Merawat resdung
  2. tip-mengurangkan-gejala-resdung.html
  3. merawat-resdung-syafik-rokok-resdung.html
  4. no Entry pasal rawatan ni - merawat resdung dengan menyedut serbuk herba, pastu akan terbersin dan akan keluar le segala lelehen dr segala rongga mulut dan hidung, tapi mama xkeluar apa2 pun sbb sblm pergi tu pagi makan ubat resdung so tak jalan le, tapi anak mama kluar le sikit... tp tak menjadi gak... ;(  
  5. resdungku-dah-99-sembuh-syukur-kepada.html
Tuesday, January 25, 2011

Menu hari ini sambal sotong BaBaS



Hari ni tak tau nak masak apa, dok geledah lam peti nampak sotong dan hati ayam, ok jugak ni kalau masak sambal sotong dan hati goreng halia. Basma meemang cukup suka lauk ni. ok Bermulalah operasi memasak di dapur sambil di bantu oleh bibik dgn dok menjaga isya. laju skek boleh masak takde gangguan si kecil.

Resepi Sotong Sambal Merah BaBas

sotong besar
2 sudu serbuk cili BaBas
bawang blander = bawang putih = bawang merah
Cili sos 2 sudu

Tumiskan cili hingga bertukar warna kemerah2an
kemudian baru masukkan bawang blander, kacau hingga kering sedikit, pastu baru masukkan bawang. kacau2 dalam 3 miit barulah tuangkan sotong tadi. dan sedikit air dalam 4 sudu. Biarkan, bila hampir pekat masukkan cili sos dan bahan perasa.. kacau2 hingga masak...ok siap di hidangkan dengan nasi panas. Sedap hingga menjilat jari.


Hati Ayam Halia

Perapkan hati dengan kunyit dan halia tumbuk serta bawang blander 2 sudu, serbuk ayam knor 1/2 sudu, gula dan garam.
tuangkan ke dalam kuali .. bagi kerig airnya, tp jangan terlalu kering.. kemudian baru masukkan minyak... kacau sekejap... masukkan apa2 sayur yg di minati, hirisan bawang besar dan cili padi atau cili merah besar. Ok siap.. boleh di ratah macam tu jer..

Selamat MencuBa
Monday, January 24, 2011

Memory in Japan..

ASSALAMUALAIKUM W.B.R.T.

Sekarang akk nak sharekan beberapa keping foto memori akak sepanjang berada di Jepun. Bila tatap balik gambar2ni terasa indah sekali. KenApa?.. yela.. masa dok sana sepanjang 6 tahun asyik dok pikir tak sabar nak balik Malaysia jeer, dah tak tahan dok sana tambahlagi kalau tiba masuk musim sejuk. Bila Musim sejuk memang terasa maaalas sangat nak keluar rumah, lebih suka dok berkurung dalam rumah sambil dok berselimut bawah meja letrik. memang best sambil makan nabe (steamboat).. rasa hangatt sekali... tidur malam2 plak atas kapit letrik. pasang heater plak hampir 24 jam. sampai kulit muka kering semacam jer. Tetapi kulit muka time dok sana tu memang cantik le.. putih gebu dan pipi merah semacam jer kerana terlampau sejuk udaranya... cewah memujikan diri nampaknya ni, ahak.. hehe!.. tp bila balik malaysia kan dah lain plak, cam hangus jer. ehmm :(. Org Jepun kalau nak tau setiap malam sebelum nak tidur diorg akan masuk baftab berendam air panas tahap 40 degree yg di tabur garam pelbagai aroma. kalau kat supermarket sana rata2 ada jual pelbagai jenis aroma serbuk garam ofuro (rendaman dalam baft), kalau org Jepun.. air tu diorg bergilir2 guna.. mak.. anak2. Kdg2.. ayah/mak berendam sekali dengan anak2 dalam tu walaupun baft tu kecil jer. yg kelakarnya tanpa seurat benang. hahaha. lucu. Ok la.. kat bawah boleh tgk gambar2 kenangan kami ...di antaranya di tadika, sekolah dan macam2 tmp lagi.

Pagi2 nak pergi tadika (houikuen) macam ni le kalau musim sejuk. pipi mmg merahhh.. comel jer. masa ni syaidi dah fasih berbahasa jepun.

Operasi memasang langsir baru

Hari ni terasa bosan sangat, tiba2 ada call dari Kamdar bgtau langsir dah siap. Langsir tu di hantar pd 2 minggu yg lepas lagi hasil dari komisyen biz onlineku selama 4 hari. Cantik jugak.. english style gitu bunga lembut dan sejuk mata memandang. Belanja untuk kos langsir sahaja dah RM1000 utk 2 pintu, slinding door & tingkap (termasuk kain putih, aksesori dan upah). ok le... nak cari yg berbunga merah, tapi dah kehabisan stok. uhuk. walaucamne pun yg ni pun ciut jugak. Siap dah siap takkan nak cakap tak cantik pulak kan. esok2 bila masuk rumah sendiri br buat cantik beladong kata org trg. ni cuma dok kediaman resmi jer.. bila2 masa je akn pindah. tu tak best tu nak shopping brg2 rumah.. pindah esok2 nnt rosaaak lg, ehmm buat rugi jer.

Sementara menaip post ni sambil memerhatikan 3 org staff suamiku tolong pasangkan batang langsir, ganti yg baru, sebab rumah ni style rumah lama.. pakai besi yg susah nak gatung langsir moden. so mintak tolong diorg tanggalkan kesemuanya.



Esok hubby plak takde.. pergi Singapore, lepas tu terbang ke Indonesia pula. ditinggalkan lagi selama 4 hari..uhuk22 asyik kena tinggal jer, nasib baik ada anak2 penemanku kat rumah, kalau tak mmg sunyi dibuatnya. Minggu depan raya cina balik kampung.. yeahh seronoknyaaa!!.

Haa?? tulis blog pun blh dapat duit ke? boleh jadi jutawan tu..

Itulah tajuk utama entry akak yg lepas, kalau ada rakan belum baca boleh belek semula post yg lepas. akak baru jer dapat tahu tentang perkara ni pada minggu yg lepas, tgk2 hari ni kluar berita harian berkenaan perkara ini! sesiapa yg dah ada blog tp belum daftar nuffnang daftar le segera utk membuat duit di samping berblogging. duit sampingan anda. kalau nak belajar buat blog pun ada di blog akak ni link tutorial blogspot di bawah belah kiri.

Sebaik jer kluar berita hari ni, berduyung pakat ramai2 nak buat blog... line pun memang slow tak patut! huiss.. buat .. jangan tak buat... jangan buang masa anda.
selamat berblogging.. dan selamat membuat bisnes online kpd yg berminat bisnes online.

Assalamualaikum


Sunday, January 23, 2011

Insan Yg Berjasa Dlm Hidupku..

Insan yg amat berjasa dalam hidupku, itulah ungkapan yg mampu aku ucapkan khas utk ibuku tersayang, takde ibuku takdelah aku di dunia ini, takde aku.. tak wujudlah anak2 ku.. begitullah pusingan hidup kita.. yg asalnya datang dr rahim seorg insan yg bergelar IBU.

Di Bawah adalah petikan dr email yg dihantar oleh suamikan yg diforwardkan oleh teman2nya. Begitu bermakna sekali kata2 ini utk kita semua supaya sentiasa sedar betapa isteimewanya insan yg bergelar IBU.


Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)
Thursday, January 20, 2011

Aktiviti Main Ski

Assalamualaikum... hari ini takde apa yg nak citer.. uhhukk.. tp ok jugak kan post gambar kenangan manis main ski bersama suami, anak2 dan pelajar2 Mie Dai. Aktiviti wajib setiap tahun. :)
Wednesday, January 19, 2011

Sambungan tip ke Bandung lagi (makan & tukar wang)





Assalamualaikum

Akak rasa nak sambung lagi yg post pagi tadi tak habis lagi, rasanya entry ni yg last utk tip-tip ke Bandung. Akak rasa sesiapa yg mahu bercuti ke Bandung pasti akan surf dalam google tip-tip melancong di Bandung. Dahulu masa first akak baru nak jejakkan kaki ke sana.. akak surf berhari2.. berkenaan rate duit, tiket suami dah uruskan semuanya, apa yg best kat sana, tmp best shopping, jenis masakan yg sedap, tempat tumpuan org Malaysia di sana membeli belah dll lagi. so sekaranglah masanya akak nak kongsikan pengalaman akak utk semua rakan2 yg baru pertama kali hendak ke Bandung. Semoga perkongsian akak ni amat berguna untuk rakan2 sekalian.

Makan
Makan adalah salah satu aktiviti yang menarik di Bandung. Makan tak usah risau di Bandung kerana senang nak makan dan murah. Makan kat restoran pun sekali makan dekat RM35. Kalau makan ramai2 lagi murah sebab boleh share dengan kawan2....Akk suka masakan Sunda. Antara yang kami suka adalah daging gepuk dan juga gurame goreng. Sup buntut goreng (Sup ekor goreng) juga tidak kurang enaknya. Sayuran kangkung goreng juga sedap. Restoran Sunda yang selalu kami berkunjung adalah Empera (bagitahu pak supir aja kalo mahu ke sana). Masakan padang juga best. Restoran Simpang Raya di Jalan Dago. Masakan akan dihidang di meja hanya makan aja...pilih aja masakan yang kita suka kalau tak makan semua pun tak pe sebab di kira apa yang kita makan aja.
Rata2 makan di Bandung memang murah dan berpatutan. Oh ya terlupa akak nak bagitau ada satu lagi menu yg pasti semua rakan2 suka, iaitu gado2..jangan lupa order menu ni.. mg sedap!. Maka nikmatilah trip beli belah anda dengan menikmati juadah masakan sunda dan padang di sana.

Tukaran Wang
Duit Indonesia main berjuta2...maka susah juga kita dibuatnya. Kita kalau kat sana dah jadi jutawan di Bandung . Berapa duit perlu ada untuk melancong atau bercuti kesana? Dalam RM1000 dah cukup!! kalau lebih lagi banyak boleh shopping banyak lagi kan??...Tiket flight RM300 pergi balik, Hotel 3 malam RM300(lebih kurang kalau mahu dok hotel bawah RM100 semalam), RM100 untuk makan dan RM100 lagi utk transport dan lain2...selebihnya RM500 (IDR1.5juta lebih kurang) lagi shopping...

Nasihat akak kalau mahu bawa uang rupiah bawalah 1-2 juta rupiah sudah cukup banyak dalam dompet kita (RM700). Tapi pastikan kad ATM samada Maybankcard atau CIMB card kita aktifkan pengeluaran ATM antarabangsa di ATM Malaysia sebelum kesana. (Sekira tidak tahu minta officer bank tolong aktifkan) Dengan kad ATM tersebut kita dapat keluarkan uang di ATM di Indonesia contohnya di ATM CIMB Niaga... CIMB ada merata di Bandung cuma aktifkan pengeluaran ATM atarabangsa aja)...

Bii Bank (adalah Maybank)...Maybank juga merata di Bandung...cuma perlu aktifkan pengeluaran ATM atarabangsa . Boleh lakukan dengan beberapa simple step di ATM mesin di Malaysia tapi kalau tak tahu boleh pergi kauntar minta diajarkan cara pengaktifannya...selepas aktif boleh keluar uang rupiah di Indonesia tanpa perlu bawa duit banyak2 juta tu kesana....

Selain CIMB dan Maybank Bii ada lagi bank lain yang boleh kita keluarkan uang sekiranya kad ATM kita aktif penggunaan antarabangsanya seperti, BCA, Mandiri, BNI dan bank2 lain yang ada MEPS. Maka senang lah nak cucuk duit kat sana kalau terdesak ataupun kurangkan bawa uang yang banyak juta tadi hehhehe. Duit Malaysia juga boleh di terima terus oleh peniaga atau di tukar di pasar baru tapi hati2 dengan uang palsu takut terkena. Rate juga boleh nego. Banyak juga kedai di pasar baru menerima RM maka senang nak membeli di Pasar Baru ni. Nasihat akak tukar duit di Malaysia adalah lebih untung sebenarnya...area KL kita boleh dapat banyak duit rupiah berbanding kalau tukar di Indonesia sbb rate dia ikut waktu dan hari...kalau hari ahad ramai visitor ke Bandung rate jadi naik...so tukar kat Malaysia lagi bagus. Melainkan bawa kad ATM dan jolok kat ATM sana takpa sbb rate dia standard rate Malaysia...even lagi murah sebenarnya berbanding money changer...lagi untung kadang2 tu...

Oh ya TIPS PENTING: Kalau nak tukar duit jangan time cuti sekolah... rate tinggi.. rugi.  kalau boleh tukar awal2... sebulan dua sblm nak pergi tp kena cek betul2 le.. kalau nak cek rate boleh klik di sini.
 


TIP2 PTG... (yg ni mmg akak catit dalam note sblm ke sana)
  1. Buat senarai duit iaitu utk Rph10 ribu – RM3.50, Rph100 ribu – RM35.00, sejuta – RM350.00.
  2. Ingat ya.. Hari Ahad di sana semua kedai dh nak tutup pd jam 4 petang.
  3. Kalau pergi sana mmg akan shopping giler2 so akk cadangkan bawak le beg kosong atau bawak baju setakai nak pakai sana 2 lai dah cukup.
  4. Kalau nak cari busana muslimah carilah di Pasar Baru. Biasanya dalam RM35 selai. Kalau kat Pasar baru kalau rasa dah mintak kurang tp nak tunggu dulu nak round tempat lain baik jangan, buang masa dan buat penat jer, rakan2 mmg tak terlarat nak pusing2 semua tempat.. sebab terlalu besar..kalau round2 pun habis2 adjust harga pun lbh kurang sama gak boleh dapat.
  5. Telekung Sembahyang beli le banyak2, yg kat Malaysia memg tak kurang hebatnya, byk gak yg lawa2.. tp bagi akak.. yang kat sana punya akak rasa selesa terutama bahagian muka penuh tak perlu nak pakai anak tudung lagi, dah kemas dan takkan terkeluar rambut. Dan kualitinya pun bagus, tak panas, kainnya sejuk jer bila pakai. Harganya dalam Rph80 ribu. Tapi HATI2.. kebanyakkan kain sarungnya pendek/singkat sikit.. tgk betul2, kdg2 baju dah okay.. tp kain pulak xkena saiz.. boleh terselak kaki nanti. Kalau nak beli seeloknya beli le ikut kodi, lagi murah dan boleh di hadiahkan utk mak, adik2 dan kakak2/saudara mara.
  6. Utk perempuan yg suka pakai kebaya atau bakal pengantin, jangan lupa beli korset. Murah jer.. dalam Rph6 ribu jer (RM18-).
  7. Swimming suit pun murah dalam RM40 jer.. quality kain bagus. Kain sepasang dan kain2 utk pengantin serta design nya memang mengancam, boleh beli banyak2.. boleh buat sewa atau di jual di kedai pengantin malaysia.
  8. Jangan lupa beli batik sutera hanya Rph150 ribu (RM40).
  9. Batik Indonesia kalau pakai ok le, tapi kalau untuk lelaki kurang sesuai untuk di pakai ke majlis formar atau yg goverment. Kerajaan lebih syorkan buatan batik kita sendiri.
  10. Kek lapis & brownies kukus harus beli utk ole2 atau utk dijual. Sebab rasanya memang sedap.
  11. Cadar katil yg englilsh style baru Rph200 ribu (RM70) jer
  12. Beli sarung toto, bagitau kat dia quilt cover.
  13. Baju tidur utk perempuan jangan lupa beli tau.. beli banyak2.. boleh jual di Malaysia..memang laris. ada 4 set (utk pakai dlm bilik tidur yg seluar pendeknya boleh pakai, tapi bila nak kluar bilik sarung le yg panjang pula.. cukup lengkap)
  14. Pakaian kanak2 perempuan memang cantik, di Rumah Mode.. bg yg ada anak perempuan walaupun yg takde anak perempuann pun pasti mahu beli jugak.
  15. Cadangan makan di mana? Pergi jer restoran kelapa sunda (makanan sunda)
  16. Sediakan duit syiling utk tip.

Airport
1) Check in di LCCT
2) Pastikan berat handcarry tidak lebih dr 7kg
3) Biasanya utk pesawat ke Bandung Indonesia akan aik Boing 739

Ok le rasanya dah cukup lengkap. akak pun dah kena stop, sebab dah hampir kul 7 ptg. time utk mandikan anak2.

salam dari Kak Eiza
Assalamualaikum

Topik2 Post Bandung
  1. Dari Post pertama berkenaan Tambang Murah Air Asia, Hotel & Teksi klik d cNi
  2. Makan, Tukaran Wang dan Tip2 Penting yg harus di note utk yg first time pergi sana klik di sini
  3. Utk melihat gambar di Bandung klik di sini
  4. Utk memilih hotel klik di sini
  5. Trip ke Bali klik di sini 
  6. Trip ke Jakarta klik di sini 
  7. Tips ke Bandung ikut Jakarta- CIPAGANTI Toyota Alphard
  8. First prosedur sampai airport Bandung & handphone perlu activate di celcome center ke tidak.. boleh klik d Cni
  9. Khidmat Pak supir/driver 


Trip ke Bandung bersama hubby, adik serta cousin selama 3 hari pada 31/5/2011 hingga 3/6/2011..  citer bergambar:
  1. Siri 1 - Hari pertama . di Pasar Baru
  2. Siri 2 - Hari kedua- factory outlet
  3. Siri 3 - Sekali lagi pergi di Pasar Baru dan Rumah Mode
  4. Siri 4 - Factory outlet dan sesi hubby bermain golf di Mountain View Golf Club
  5. Siri 5 - Penat tahap total - pergi spa
  6. Siri 6 - Khidmat pak Supir/driver di Bandung
  7. Siri 7 - Rambang mata memilih kain ela / kain sepasang yang cantik dan murah2. 
  8. Siri 8 - makan.. makannn.. memang mengujakan kesedapanya!
  9. siri 9 - episod akhir Bandung - airport dll
  10.  percutian bersama suami & anak2 di Bandung 
11. Berfareeda di Kota Bandung

Sambungan semalam tip percutian ke Bandung.

Dalam gambar ni perasan tak tangan akak ada note, mana2 pergi sana memangtak lekang note tu dari tangan, semua catitan ada.. dari bentuk senarai duit.. yelah duitnya main juta2, sakit kepala nak kira2 semua. Dan juga listing barang yg nak beli.

Assalamualaikum,
Post hari ni akak nak sambung tip ke Bandung yang semalam tak selesai lagi .. wahh... seronok bila teringat balik semua ni, tp bg yg tak pernah ke sana tp tak tau tipnya elok tgk panduan ini, yg sgt berguna utk anda, family dan rakan2 anda yg ada niat mahu membeli belah di sana.

Shopping
Shopping adalah topik yang paling seronok bg kaum hawa utk di ajak bersembang, tetapi kaum lelaki pun apa kurangnya...suka jugak kan, Cuma diorg lebih suka bercerita di antara sesama mereka je. Ok lupakan.. akk nak citer panjang lagi ni.. heheh..

Jalan Dago banyak factory outlet, semua jenama ada.. baju & seluar around 10rm – 30rm jer dr pelbagai jenis yg terkenal. Make sure pilih yang ori sebab banyak yang tak ori. Pasar baru di Jln Otto iskandardinata tempat tumpuan utama pelancong Malaysia. Di sana kita boleh beli busana muslim, kain sembahyang dan juga kain ela...pendek kata semua ada di pasar baru yang merupakan shopping mall 7 tingkat. Tapi HATI2

Ingin bercuti melancong ke Bandung?.. ini tips nya...

Assalamualaikum...

Ingin tahu tips bercuti ke Bandung? Tahukah kita perancangan bercuti yang baik akan jimatkan kos. Bandung sememangnya terkenal kota Paris di Jawa (Paris Van Java). Malam ni Akak nak berikan tip2 khas cuti di Bandung utk rakan2 yg ada rancangan untuk bercuti ke Kota Bandung tetapi tdk tahu bagaimana nak dptkan tiket murah, hotel, tmp2 shopping dan sebagainya. Semua tip ini boleh memudahkan perjalanan rakan2 ke sana nanti sbg panduan.

1) Tambang murah Air Asia

Tips tiket murah. Booking awal??..ya.. jawapannya anda mesti booking awal serta ikuti promosi tambang murah air asia yang ada ikut musim2 perayaan. Kalau kena hari dan waktu yang sesuai bolehlah dapat RM150 (tidak termasuk bagassi RM40 utk 20kg dan airport tax RM32 ke Bandung) tiket pergi dan balik..tapi susah jgk nak dapat kena betul2 cari waktu offer betul tu. Maka rebutlah peluang yang ada dan selalulah surf laman web air asia. Selain air asia MAS juga ada buat promosi tambang murah ke Bandung. akak akan kesana dengan family pada cuti sekolah 31 mei hingga 3 Jun 2011 tapi sebenarnya tiket tu dah beli pd tahun yang lepas bln 10 lagi. Kebetulan masa tu promosi all in RM250 pergi balik MAS. (MAS telah hentikan perkhidmatan ke Bandung setelah bergabung saham dgn AA (http://www.airasia.com/my/en/home.page). Kini MAS hanya ke Jakarta yang berdekatan dgn Bandung.


Oleh kerana MAS (http://www.malaysiaairlines.com/my/en.html) dah tiada mama cadangkan naik KLM (http://www.klm.com/travel/my_en/index.htm) ke Jakarta lagi murah sbb semua inclusive (bagasi, airport tax (pergi jer) fuel surcharge dan makan dalam flight) boleh dapat semurah RM365~....waktu pun tak fix pada promosi cuma booking awal lah sikit jgn lusa nak pi hari ni booking...mahal lah sikit jadinya.... dari Jakarta boleh baca tips ni kalau tak ramai...kalau ramai elok sewa kereta ke Bandung lagi murah.

Selain daripada tu akak cadangkan surf dalam laman web Lion Airways (http://www2.lionair.co.id/Default.aspx) boleh dapat tambang semurah +RM300.


Tiger airways (http://booking.tigerairways.com/Select.aspx) juga menyediakan tambang semurah +RM200 ke Jakarta. 


Garuda airlines (http://www.garuda-indonesia.com/gi_us) juga dapat dilihat utk buat perbandingan tambangnya. Akak lihat tambang di Garuda dalam +RM500.


Oleh itu seeloknya buat perbandingan harga pada tarikh yang kita mahu pergi Bandung melalui JAKARTA (kerana dari Jakrta ke Bandung sewa Avanza adalah lebih kurang RM200- boleh share 6 orang dah tu...murah dan senang di bargain di airport Jakarta nnt:) dengan semua ailines tadi iaitu AirAsia (AA), Tiger Airways, Lion Airways, KLM airlines, Garuda airlines dan MAS dengan ambil kira bagasi yang dibawa kerana kebanyakkan airlines harga sudah termasuk bagasi dan makan kecuali air asia. Utk AA pastikkan harga telah di finalise dengan bagasi 20KG barulah buat perbandingan harga. Kerana harga AA di awal murah tetapi setelah mahu buat pembayaran di akhirnya jadi mahal, jadi lakukan process booking AA sehingga final harga di ketahui dan tunggu dulu buat bayaran sehingga harga bandingan dengan syarikat lain di buat. Sekiranya harga awal AA adalah lebih kurang RM250 tetapi setelah di kira bagasi, TAX dan tempat duduk dan bayaran menjadi lebih kurang RM400 lebih maka baik ambil tiger airlines yang bayaran finalnya lebih kurang RM300. Begitulah seterusnya, harus buat bandingan pada tarikh dan waktu yang akan kita pergi ke Jakarta. Tapi harus di ingat KLM flightnya petang dan sampai di Jakarta sudah malam so hari tersebut tiada aktiviti dan hanyalah tidur di hotel...maka kos bermalam harus dikira dan baik ambil flight pagi kerana dah jimat kos hotel kerana sehariaan dapat shopping pada hari tersebut:)

akk dengan adik akan shopping dan para suami pula main golf di Mountain View Golf Club di Dago.Oh ya airport tax utk pulang IDR150,000. Kalau boleh kena sediakan duit syiling banyak2 kerana di sana sentiasa banyak beri tip. Kalau naik flight MAS utk ekonomi 20kg (dah tiada), Air Asia 15kg (dah kena bayar up to 20KG kalau tak salah) . Seeloknya jangan le bawak bekal baju banyaks angat nak ke sana, macam akk bawak 2 lai jer.. pastu yg lain semua shopping sana. kalau beg dah penuh nnti camne nak isi barangan belibelah sana, terpaksa pulak beli beg 3.4 biji lagi. kan menyusahkan namanya. 


2) Hotel

Tips mencari hotel. Di Bandung banyak hotel tapi mahu pilih yang mana...Bagaimana cara bookingnya....Banyak caranya melalui Agoda.com, Trip Advisor, Hotel Booking ataupun melalui laman web hotel tu sendiri. Ok sekarang akk nak bercerita pasal Hotel di Bandung pulak..Hotel banyak pilihan dan bergantung kepada harga atau budget kita...kalau nak murah ada hotel New Naripan dan hotel Cemerlang dalam lingkungan bawah RM100 je semalam. Hotel Royal Dago 2, Rumah Ebo, Hotel Cihampelas, Hotel Ardellie, Hotel Patradissa, hotel Mutiara. (Boleh surf nama hotel ni utk buat booking secara online atau talipon). Lokasi hotel jugak penting. Perlu dekat shopping area... nnt akk terangkan dalam post bak shopping esok atau seterusnya nanti. tapi hotel2 yang akk akan rekomen ni semuanya dekat2 dgn shopping area yg famous.

Biasanya suami akk akan booking hotel melalui www.agoda.com untuk dapat rate hotel yg murah. Biasanya akk stay dekat Aston jalan Braga...sangat dekat dengan pasar baru (kawasan shopping yang paling terkenal di Bandung). Aston rate yang biasa dapat dalam lingkungan RM150 semalam. Kalau yang ada 2 bilik style apartment... RM240 semalam boleh stay utk 3-4 orang. Kalau ke Pasar Baru boleh juga jalan kaki kalau mahu. Pagi2 tak sibuk sangat.. so boleh jalan kaki je ke sana sambil menyedut udara dingin.. Aston juga terletak di kawasan Mall yg sesuai utk shopping, bila keluar jer dari hotel boleh jalan2 cuci mata dan makan2 kawasan tersebut. Tapi cuti sekolah nnt akk tinggal di Novotel Bandung (4 star hotel) dapat rate RM140 semalam (tempah awal...semalam tengok rate dah RM240 semalam). Hotel ni juga dekat dengan shopping area di Cihampelas sbb hotel ni terletak di jalan Cihampelas. Hotel Majesty dan hotel Grand Setiabudi juga sesuai utk family kerana apartment style... dan rate yg murah bawah RM150 semalam je.

3) Teksi

Tips cari Teksi (Taxi) di Bandung. Public transport di Bandung sangat bagus dan convinience. Dari Bandara (airport) ke hotel hanya RP45,000 aje(RM15). Gunakan Blue Bird teksi, perkhidmatan terksi terbaik di sana. Kebiasaanya untuk ke tempat2 shopping mintak je pak supir teksi tunggu. (Jangan lupa ambil nombor telpon pak supir agar senang nak call balik semasa di parkir nnt). Kos menunggu tak mahal sangat dan memudahkan urusan kita utk membeli belah kerana banyak tempat yang akan kita pergi serta pak supir boleh bantu kita angkat barang2 ke teksi. Biasanya kos seharian jalan2 shopping dengan teksi blue bird (dia pakai argo=meter) RP250,000(RM80) bergantung berapa lama kita bershopping dan jalan2. Pak supir (blue bird) boleh kita percayai dan boleh harap.Perhatian: Kalau naik teksi selain blue bird dan tak punya meter tanya dulu harga berapa...kalau harga tu kita pastikan murah contohnya dari Aston mahu ke Dago plaza atau factory outlet jalan Dago dalam IDR10,000~IDR20,000 jer (RM3.50 ~RM7.0). Kalau nak naik angkutan kota boleh lagi murah IDR1000~IDR2000 bergantung pada route yang angkutan kota (sebuah van yang bergerak angkut penumpang sepanjang jalan yg ditetapkan). So nak shopping ni cerewet sikit kena bawa barangan shopping lagi, kena kenal tempat nak berenti lagi...so dicadangkan taksi sbb boleh arah jer pak supir kemana kita nak pergi janji tahu nama kedai dan jalan yang nak pergi..buat planning iltenary awal2 okay selamat dan murah...

ok.. akak rasa cukup di sini dahulu utk coretan post akak ttg tips melancong dan bercuti di Kota Bandung. Tips ni penting untuk kita rancang cuti secara terancang dan teratur. Ini kerana bab nak dapatkan hotel dan teksi adalah penting. Esok akak akan sambung lagi mungkin bab shopping di Bandung beli barangan kulit, pakaian branded,spa,tempat makan atau makanan, barangan apa yg di sarankan beli kat sana yg best dan juga cara dan di mana nak tukar wang. Kalau ikut hati nak cerita panjang lagi ni tapi nanti nampak nampak `kelabut` sikit... heheh, okle... jumpa lagi seterusnya.

Assalamualaikum



akak letakkan link sambungan tip ke Bandung ini di atas permintaan ramai kawan2 yg kdg2 tak jumpa post sambungannya.

Topik Post Bandung
  1. Shopping - (TShirt berjenama, Jeans Centre, Masagge di Spa, Beg tangan dan kasut kulit, tempahan suit,  klik di sini
  2. Makan, Tukaran Wang dan Tip2 Penting yg harus di note utk yg first time pergi sana klik di sini
  3. Utk melihat gambar di Bandung klik di sini
  4. Utk memilih hotel klik di sini
  5. Trip ke Bali klik di sini 
  6. Trip ke Jakarta klik di sini 
  7. Tips ke Bandung ikut Jakarta- CIPAGANTI Toyota Alphard
  8. First prosedur sampai airport Bandung & handphone perlu activate di celcome center ke tidak.. boleh klik d Cni 
  9. Khidat Driver/Paksupir
Trip ke Bandung selama 4 hari pada 31/5/2011 hingga 3/6/2011..  citer bergambar:


11. Berfareeda di Kota Bandung

12. Makan2 di Jakarta

Monday, January 17, 2011

Resepi Okonomiyaki


Emmmm bestnya!!! Kalo makan pasti ada yang menjilat jari nih!! Ini adalah makanan yang terkenal di negera matahari terbit, JEPUN. Nak tahu namanya apa?? OKONOMIYAKI!! Bahan2 boleh dibeli di JUsco, Sogo atau supermarket yang seangkatan dengannya...

Bahan A
TELUR 6 BIJI
SEDIKIT TEPUNG JAGUNG
1 BTG SOSEG DIHIRIS DADU KECIL
ISI UDANG, TAKNAK BUBUH PUN TAKPE
1 GENGGAM MEE KUNING
KOBIS YG DIHIRIS NIPIS KECIL2 SEBYK 2 GENGGAM
DAUN BAWANG
1/2 BATANG CAROT
serbuk lada sulah
secubit garam
sedkt gula

Bahan B
SOS OKONOMIYAKI (ada di Jusco...Baca ingredient dulu kat belakang botol sblm beli ya...)
MAYONIS (Dalam botol pet kat JUSCO)
NORI (rumpai laut yang di potong halus..warna hijau...ada di JUSCO)
KASYUO (potongan halus ikan tongkol...ada di JUSCO)

kacau telur hingga hancur, kmd masukkan kesemua bhn A, apbila rasa dah sebati... tuangkan 2 senduk ke dlm kuali yg telah dipanaskan minyak 4 sudu, goreng seperti nak bentuk lempeng atau pancake. tudung sekejap bg cpt masak.
Apabila dh rasa hampir masak.. balikkan. caranya tuangkan dhl okonomiyaki td ke dlm pinggang, pastu cuba balikkan guna 2 pinggang spt main tepuuk tangan. kelebihan buat camni kalau adunan tu besar sgt blh mengurangkan pecah/hancur.

setelah masak, sapukan sos okonomiyaki spt sos atas pizza. kemudian taburkan nori biar rata (hijau halus spt dalam gambar).. jgn byk sgt tau. cantikkan pula dgn mayonis. Last sekali bhg atas tu taburkan kasyuo/serbuk ikan spt dlm gambar.

selamat mencuba, kalau sesiapa nk tau apa jenis sos tu blh tanya ajer, akk blh uplod foto nnt bg senang tau.. sebab plastic covernya dalam bahasa jepun. tu susah sikit. akk selalu beli sos ni utk buat takoyaki (akan diajar dalam menu akan datang)& okonomiyaki.
Selamat mencuba!!!


Ronda2 di Bandung

Assalamualaikum:

Alhamdulillah.. rezeki anak.. bulan ni cukup murah, selang 2.3 hari duit biz onlline masuk cam air jer. heheh.. sekadar depan laptop.. cewah.. dok ulang ayat yg sama, oklah taknak percaya takkkpe... janji akaun akak makin kembung. tak pernah usek... perap kat situ. mana tau emergency esok2 nak guna kan. duit poket dan dapur dah suami berikan. ok la tu... Alhamdulillah. simpan nak borong barang2 baru utk masuk rumah baru... impian nak buat banglo di kampung. dari dok jepun lg balik malaysia rancang nak beli tp krn asyik berpindah randah.. asyik tersangkut jer.

Hari ni nak cerita apa ya?.. oklah.. syaid hari ni mc. tak pergi sekolah, batuk2 kluar darah. terkejut jgn nak kata lah bila sebut kluar darah tu.. terus terkam abahnya ajak pergi asrama bawak pergi kmc, tp alahai rupanya kmc takde Dr.. sabtu.. cuti le, pastu pergi klinik swata berdekatan jer.. Alhamdulilah.. menurut kata Dr cuma punca batuk dia kuat menyebabkan luka dlm tekaknya.


Basma anak dara ku sorang ni, hari ni tetap tak makan jugak kat tadikanya, aduhaii.. dok mengeluh risau je lah mama tiap2 hari mengenangkan perut anak dok berlapar setengah hari kat sekolah. keras betul hatinya. Bulan depan akan menyambut ulangtahunnya yg ke 5 thn. selalu dok sebut nak tema princess, oklah sayang.. mama akan buat hari tersebut hari yg plg berbahagia dalam hidup basma. Setiap hari dok main ugut sblm nak g sekolah.. "kalau hari ni tak makan jugak mama ambik basma lambat", dia taknak jugak. pastu ugut cara lain plak.. "ok klau taknak makan jugak mama taknak buat tema princes befday party nanti.. mama akn buat tema spongebob"... ehmm tak makan ugut jugakkk.. memang tetap pendirian anak dara ni, dang dia kata A.. A laa.. jangan kita nak kata B. uhukkk .. ugut2 mama pun tak berkesan jugak, dah kehabisan idea nak buat camne utk buatkan anak dara kecilku ni makan kat tadikanya. RISAUUUU.. taknak hantar tadika lagi.. dia nak pergi jugakkkk.. pening22.. KENA banyak BERSABAR NI!

Aku dah terasa cam sayang plak bila pikirkan bibik aku ni dah hampir mnak balik bulan depan, kerja tak bagus pun tapi ada dia sekurang2ya ringan beban aku kat rumah. Melayan hero2 ku semua memang mencabar kesabaran.. terutamanya syahmi heroku yg paling HERO dlm rumah. tambahlagi nak uruskan kain2 pakaian ni yg plg leceh. dari basuh, jemur, lipat dan gosok.. tambahlagi musim hujan memang laaaagi leceh. kalau takde bibik nanti baju2 semua yg tak sempat kering tu terpaksa hantar dobi le alamatnya.. uhuhuuk22. Bibik dah pesan kat aku nanti kalau ibu pergi Bandung datang le ke rumah sy bu. Aku mmg nak pergi Bandung pun bulan 6.. saje jalan2 teman hubby main golf, ajak adik sekali. Sementara para2 suami main golf.. para isteri pergi shopping.. :)


Alang2 sebut pasal Bandung ni.. akak nak cerita pasal org sana.. kalau nak kata purata jumlah org kaya di Indonesia ni sama jumlah dengan penduduk di Malaysia. Kaya mereka mmg kaya giler2. pakai kereta semua kereta import, kalah org kaya Malaysia. Walaupun pakai kereta mahal2 tapi cam tak risau jer kereta tercalar ker atau terhimpit kereta2 lain... Pemandu2 kenderaan sana bertolak ansur sesama mereka, takdak langsung nampak ruang jalan tar.. semuanya nampak kenderaan jer dok berhimpit2 (tak nampak langsung ada berlakunya kemalangan), tapi laju jer sampai ke destinasi, kalau penumpang cam aku ni takdak plak rasa cam mabuk2 atau pening kepala (kalau dok lam teksi malasyia dah tersembur kluar isi perut ni). Hon kereta pulak jangan nak kata la.. berdesing dok dengar pemandu sana sini bunyikan ping pong ping pong.. supaya berikan jalan! yg bestnya bila bunyi hon tu.. kereta lain beri laluan dengan hormat sekali!. aduhh.. ternyata memang takdak suasana camni di Malaysia yg kalau boleh taknak bagi laluan pun kalau para ibu/kanak2 nak melintas. kalau dok menunggu tepi jalan nak melintas tu jangan harap ada pemandu nak perlahankan kereta berikan laluan. Masing2 terkejar nak sampai ke destinasi masing2. Seperti di Jepun .. tak nampak langsung ada accident, pemandu diorg kalau nampak jer ibu/perempuan/kanak2 menunggu nak melintas, diorg terus perlahankan/stop kereta diorg dan bagi laluan.. BEST kan?

Kami round2 bandung naik teksi... haa kalu nak guna teksi kat Indon gunalah teksi blue bird....harga 250 ribu rupiah (RM75) untuk sehari dia dok follow mana jer kami pergi, kami pergi semua.. pasar baru, chibaduyut (barangan kulit spt beg/kasut), jalan Dago, jalan Riau, Fectory outlet spt Herritage, blossom, macam2 le branded2 tshirt lelaki kat sana. Rumah mode. wahh memang penat giler.. time pergi tu bulan puasa tahun lepas.. shopping baju raya anak2.. satu hari. penatt. Berbukak puasa di restoran Surhati.. masakan sundal, wowww sedap giler rupanya masakan indonesia ni. apa2 menu semua kena taste kita. tapi pergi bulan puasa.. terhad sikit nak rasa semua menu kat sana.. heheh. Tapi aku mmg tabik la driver teksi tu.. memang amanah.. barangan shopping aku diangkutnya masuk bonet.. kalau 2.3 jam dok ronda2 beli belah 2.3 jam kat situ lah dia tunggu dengan barangan belibelah td dah hampir penuh satu bonetnya.. dah le bulan puasa, kesian dia.. kami ajak berbukak puasa pun dia segan silu.. dok tunggu jer lam teksi. tunduk2 .. "tidak mengapa pak, ibu. saya nunguin di sini aja".

Oklah .. malam dah lewat benar ni.. dok menaip pun ayat berterabur jer , tak edit langsung.. nanti free esok kite edit balik ayat bagi mudah faham sikit.. heheh. Ni pun harap semua anak2 dah tidur baru boleh siap 1 entry ni. ok le tu dr takdak langsung. :), ok le esok tunggu cerita apa pulak ya... tak tau apa yg akan berlaku esok... entah suka entah duka.. hehe.. ishh mulut ni. takdak pantang langsung. ok le.. selamat malam
Assalamualaikum
Sunday, January 16, 2011

tak percaya RM150 boleh buat duit RM1k plus

Assalamualaikum

Pagi ni akak nak sharekan tentang testimonial biz online aleacorp yg hanya kluar modal RM150 tp boleh buat income +RM1000 sebulan. Daripada suka2 jadi serius apabila tgk2 dpt income lbh dr modal yg di kluarkan. Sebenarnya kalau nak di fikirkan RM150 tidaklah buat kerugian besar kepada kita, tak bangkrap pun. Kalau biz yg modal beribuan ringgit kenapa pula berani sangup join?..hakikatnya org yg anda nak taja tu pun mampu ke seperti anda?,bagi akak majoritinya RM150.. 80% org mampu nak kluarkan modal tu, tp kalau ribuan ringgit peluang anda akan dapat ahli tajaan adalah sukar/tipis. Mungkin bg yg kluarkan modal yg besar tu.. fikir nak cepat dapat keuntungan yg besar2.... sebab tu melabur pun besar2... Bagi akak bisnes ini mudah. dgn hanya rm`150 kita boleh buat keuntungan yg besar.. dengan hanya duduk rumah kalau yg surirumah tu seperti akak hanya dok depan laptop ajer, tanpa berkereta sana sini cari org, jual produk, tol dan minyak kereta tp masuk jugak income tak putus2 dalam akaun.. janji sentiasa promosi la, promosinya semua akan diajar selepas dah jadi ahli. Di bwh ni testimonial yg dah tersenyum syukur...
Saturday, January 15, 2011

HaRi ni Masak MaSakAn Italian & Jepan


Hari ni takde idea nak menulis, maklum le cuti.. sibuk dengan anak2 kat rumah...sorang nak makan spageti, abah plak nak makan sup jepun lala, mama plak rasa nak makan puyuh goreng berempah... tong teng22 kat dapur dengan di bantu bibik tolong cuci pinggan mangkuk maka siap la bolognes spageti, lasagnia, miso soup lala & abah pula tukang buat yogurt buah, Alhamdulillah puas hati semua menu kesukaan dah siap utk di makan... yum2222..


Bahan YoGuRT Buah:


Yogurt origional Nestle
Ais Cream VaniLLA
Buah strawbery, anggur, apple/atau semua buah tempatan yg ada kat dapur tu di potong kecil. (seperti pisang, jambu air, jambu batu, rambutan, buah naga dll lg)

Caranya:
Campurkan ais cream dgn yogurt tadi, nak tuang ais cream byk mana pun terserah kpd kawan2 nak manis++ atau tidak, kemudian boleh di gaul dengan kesemua hirisan kiub buah tadi/ditabur jer atas yogurt apbila nak dihidangkan.. kalau beri anak makan pasti tak cukup 1 mangkuk!. tak percaya boleh cuba :)

Kalau nak best lagi... bahagian bawah sekali dlm mangkuk tu susunkan beberapa keping kek coklat dan tuangkan adunan yogurt td dgn taburan kiub buah2an. ehmm sedapppp!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq